It was in back 2019 when I was awarded an industrial grant from Telekom Malaysia. Not to exaggerate, but the truth is - it was the best and thrilling experience I had as a grant leader ever. The main driver for the excitement was vastly a result of having a good team member! Working on the industrial grant also urged you to really emerge in the process as the timeline is pretty tight. We worked diligently for 7 months - thanks to all my sedulous, conscientious, punctilious, and meticulous - and other 'ous' (hahaha, you name it!) research team! You deserve a shout out guys! And I had published few entries on Telekom Grant HERE, HERE and HERE. My heartfelt thanks to 4IR Institute UKM for the invitation to share my experience on Industrial Grant. As I mentioned to Dr. Ummul, I may not technically share the dos and don'ts of everything related to the industrial grant, as my personal experience with Telekom Grant might be different or unique. Thus, it may not be generalized to other industrial grant applications. Anyway, I was glad that I had the chance to tell my story and interacted with the audience. Hah! I do not have any grants left! All my grants had ended .. it is time for grant hunting again. Let's do it, peeps! Here are parts of my slides on the tips. Hopefully, this is helpful if not fully :)
0 Comments
Saya diamanahkan untuk membangunkan serta mengendalikan salah satu modul bagi Sijil Profesional Pengajaran Pendidikan Tinggi untuk dihadiri oleh para pensyarah baharu - Modul Rekabentuk Semula Pengalaman Pembelajaran atau nama 'catchy' nya ReLEx. Bersama-sama saya yang merupakan pembangun modul dan tenaga pengajar adalah Prof Ismail Saibon serta Dr Harwati Hashim. Esok merupakan hari terakhir untuk modul ini di mana para peserta akan membentangkan pengajaran secara mikro. Selamat maju jaya buat semua! ^___^ Berlangsung pada 19 Ogos yang lepas, acara Persidangan Meja Bulat ini merupakan sebahagian daripada aktiviti yang sememangnya dirancang dari awal lagi. Persidangan ini mengumpulkan pakar-pakar dari bidang yang pelbagai termasuklah Keusahawanan, Pendidikan, Perundangan, TVET, serta Industri yang dijemput untuk duduk semeja dan membahaskan isu-isu berkaitan kelestarian Pusat Internet di negara ini. Alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi diucapkan buat penaja geran penyelidikan kami iaitu Telekom Malaysia Bhd kerana semenjak dari fasa pertama pengumpulan data sehinggalah ke peringkat penghasilan model kelestarian, seringkali memberikan komitmen dan sokongan yang tidak berbelah bahagi. Sekalung pernghargaan tidak terhingga buat En Anuar Mat Alim, Pengurus Besar TM yang sudi merasmi, membaca doa malah bertindak sebagai tunggak peting dalam perbincangan meja bulat ini. Tidak lupa juga buat pegawai-pegawai TM yang lain serta staf-staf MSD yang turut hadir. Tentu sekali tidak dilupakan para pakar yang sudi meluangkan masa, tenaga serta buah fikiran yang bernas. Output akhir daripada Persidangan Meja Bulat ini merupakan model kelestarian pusat internet yang kami rangka berdasarkan sorotan literatur dan diharmonikan dengan data temubual pada fasa pertama kajian. Penggunaan Interpretive Structural Model (ISM) saya kira amat praktikal di mana perisian ini membantu menganalisis input daripada proses voting yang dijalankan dan hasilnya setiap sub-elemen akhirnya disusun mengikut keutamaan berdasarkan voting yang dibuat. Credit untuk pelajar PhD saya Mazzlida yang membantu menguruskan penggunaan ISM ini. Duh, masa kian pantas berlarian sedangkan masih ada tugas yang berbaki yang perlu dilangsaikan untuk projek Geran Industri ini. Janji kami kepada TM, laporan akhir akan idserahkan dalam bulan Oktober 2019 ini. Mudah-mudahan kami diberikan kekuatan minda dan fizikal untuk meneruskan urusan yang berbaki ini. Di bawah ini adalah ahli-ahli penyelidik yang sentiasa komited dengan tugasan yang diberi. My heartfelt thanks to - Dr Azlin, Dr Diyana, Dr Sheerad, Dr Hazrati dan Dr Yusoff. Coming together is a beginning. Keeping together is progress. Working together is success!
Tajuk entri ini mungkin bukan suatu fakta namun dianggap sebagai pemangkin semangat untuk merealisasikan penerbitan yang lebih berimpak dan lebih menjurus kepada jurnal-jurnal terindeks di bawah WoS. Wajah-wajah yang tertera pada layar (gambar di atas) merupakan warga fakulti yang dipilih untuk menyertai bengkel pertama di bawah inisiatif lonjakan penerbitan. Ia juga malah satu tunggungjawab yang besar untuk memastikan visi dan harapan fakulti dalam menambah bilangan penerbitan jurnal terindeks. Hmmm .. banyak yang dirancang dan dirangka. Namun masa seringkali merantai jua. Komitmen di sana sini sememangnya banyak memperlahankan proses penghasilan manuskrip :( namun ianya tidak boleh dianggap sebagai alasan mutlak untuk tidak menerbit. Apatah lagi dengan wujudnya sokongan daripada pakar-pakar luar yang dijemput khas oleh universiti untuk turut sama menggembeleng tenaga fizikal dan mental untuk tujuan ini. Datuk Paduka Kamaruzzaman Jusoff bukanlah insan yang asing bagi saya. Semenjak lapan tahun yang lalu, saya sudah pernah menghadiri bengkel penulisan beliau. Kami malah, pernah mengeteh di medan selera Presint 11 Putrajaya bersama rakan saya Sal dari UNIMAS. Pada kali ini, nampaknya ada peluang lagi untuk bertemu beliau. Masih segak, sihat dan energetik orangnya. Proses penulisan sememangnya tidak akan berlaku dalam masa sehari. Banyak proses yang perlu dilalui sebelum sesuatu artikel dapat ditulis dengan berkesan. Malah, pembacaan literatur merupakan ramuan penting sebelum penulisan artikel dapat disempurnakan!
Semoga tahun ini memberi ruang untuk pencapaian yang lebih baik dari aspek penerbitan inshaAllah! Sudah terlalu lama rasanya saya tidak menghadiri mana-mana persidangan antarabangsa yang khusus seputar bidang Teknologi Pendidikan atau Educational Technology. Kebanyakan seminar yang sering dihadiri adalah umum kepada Sains Sosial. Kesempatan ini saya ambil sementelah dilamar menjadi committee member yang antara lain bertangugngjawab melaksanakan tugas sebagai pewasit serta mempengerusikan sesi pembentangan selari. Syukur, Dr Hazrati turut bersama-sama saya menghadiri ICEDUTECH ini. Jadi perjalanan dan agenda tiga hari tidaklah terasa sunyi kerana ada teman mengembara. Seminar berlangsung di Lingnan University. Letaknya di Tuen Mun - hentian terakhir untuk tren MTR. Fuhhh .. memang agak di hujung tanjung (hmmm ... mengingatkan saya akan kembara beberapa tahun lalu di Paris bersama pakar kaunseling dari Unimas, Dr Salmah. Hotel kami juga letaknya di hentian terakhir tren. Puas menunggu untuk tiba. Namun yang penting hotel ratenya murah hehe! Ok tinggalkan cerita Paris .. sambung cerita Hong Kong pula). Antara yang menarik adalah beberapa pembentangan ucaptama yang menyentuh topik Cybersecurity (Prof Hui dari Hong Kong University of Science and Technology), Digital transformation of K-12: From digitized curriculum to deeply-digital curriculum (Prof Chatie & Prof Elliot dari USA) serta demonstrasi bagaimana mudahnya maklumat peribadi 'ditawan' oleh robot Zenbo - Using companion robot for research and education (Prof Hung dari Ontario Institute of Technology Canada). Tidak kurang menariknya adalah topik-topik pembentangan selari di sepanjang tiga hari yang penuh bermanfaat itu. Benarlah pesan para sifu, jika mahu mendalami kefahaman dalam bidang sendiri, hadirlah ke seminar yang khusus untuk bidang itu sahaja kerana di situ bukan sahaja pembentangan semuanya ada kaitan dengan bidang kita, malah peluang untuk duduk bersama dengan pakar-pakar bidang dari luar negara tentu sekali kesempatan yang tidak boleh dilepaskan. Kami memang kesuntukan masa untuk bersiar-siar di sekitar Tuen Mun lantaran sehari-hari memang dihabiskan di Lingnan University. (Memang niat dipasang untuk hadir penuh ke seminar ini) syukurlah perjalanan dari hotel tempat kami menginap hanya mengambil masa sekitar 15 minit menaiki bas. Namun pengalaman mencari stesen bas serta nombor bas untuk ke Lingnan University agak menyeronokkan (walaupun agak letih sebenarnya kerana terpaksa menapak ke stesen tren yang terletak sekitar 500 meter dari Penta Hotel). Kebanyakan rakyat di sana juga boleh berbahasa Inggeris meskipun tidak begitu fasih namun boleh membantu misalnya menunjuk arah. Sementelah, semenjak di bangku sekolah dahulu saya sememangnya 'hantu' drama dan filem Kantonis, jadi beberapa perkataan dalam Kantonis masih boleh diingati. Seronok dapat berbual bersama pemandu teksi yang kami tumpangi pada hari kedua dan ketiga untuk pulang semula ke hotel. Ternyata mereka teruja apabila melihat orang asing boleh menggunakan beberapa patah perkataan dalam konteks yang tepat hahaha. Terima kasih Andy Lau, Simon Young, Anita Mui dan tidak ketinggalan Jackie Chan! :P Melalui keseluruhan perjalanan di seminar ini beberapa refleksi untuk renungan: 1. Jangan underestimate international conference seperti ini. Pastikan topik yang dipilih untuk dibentangkan merupakan topik yang signifikan dengan bidang serta memperlihatkan sumbangan dalam kajian. 2. Tidak salah untuk membentangkan sesuatu projek yang bersifat 'on-going' kerana melalui platform ini, akan ada sahaja idea dikongsi oleh para audiens. 3. Pastikan slide ringkas dan yang paling penting, bersedia dengan latihan atau rehearsal agar tidak gugup dan hilang kata-kata di hadapan para penonton yang datang dari pelbagai pelosok negara. 4. Jangan berkumpul dengan ahli rombongan senegara sahaja. Pastikan berbual dan perkenalkan diri kepada mereka. Lebih baik sediakan kartu nama anda dan masukkan maklumat untuk dihubungi. Boleh juga senaraikan bidang penyelidikan bagi memudahkan orang lain mengetahui larat belakang (mana tahu jika ada rezeki untuk kolaborasi di masa akan datang!). 5. Mereka yang bermata biru berambut blonde kadang-kadang agak segan apabila melihat wanita jelita bertudung. Jadi jangan teragak-agak menegur dahulu. Tunjukkan keterbukaan kita. Kita tidak tahu persepsi apa yang ada dalam diri mereka. Namun percayalah, apabila kita menunjukkan kemesraan, mereka tidak teragak-agak untuk membalas dengan kemesraan juga. 6. Jika ke negara yang bukan negara Islam, makanan halal mungkin tidak mudah didapatkan. Jadi pastikan memilih pilihan makanan vegetarian untuk mengelakkan kita berputih mata. Alhamdulillah, lunch kami begitu enak sekali malah portionnya agak besar sehingga tidak mampu dihabisi! Sesekali meninggalkan ayam, daging atau ikan tiada masalahnya. Namun jika tiada pilihan makanan di luar, pastikan bekal maggi dan biskut atau roti secukupnya dibawa. (Kami meninggalkan 6 peket maggi di meja sebelum pulang. Kami anggap ia sebagai ole-ole untuk petugas hotel .. tak larat pula nak bawa balik semula!) 7. Rancang penginapan serta kenalpasti kemudahan pengangkutan yang ada sebelum bertolak dari negara kita. Dapatkan maklumat lain seperti ramalan cuaca misalnya kerana ia akan membantu kita memilih pakaian yang sesuai sebelum keluar. Oh oh Hong Kong pada ketika ini sebenarnya dalam mode musim sejuk namun suhunya tidaklah begitu sejuk. Malah ini musim sejuk yang paling 'panas' di Hong Kong berbanding tahun-tahun sebelum ini. Hmm .. agak panjang entri kali ini. Jumpa lagi. ^____^ AKRI atau nama penuhnya Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan Malaysia merupakan kesinambungan daripada Anugerah Pemikiran Semula dan Rekabentuk Pengajaran (APRS) yang dimulakan pada tahun 2017. Alhamdulillah, kali ini, saya diberi peluang sebagai salah seorang juri yang bertanggungjawab menyaring pencalonan yang diterima daripada segenap pelosok insitusi pendidikan tinggi di Malaysia. Sebelum acara kemuncak, para juri telah 'berkampung' selama lebih kurang tiga hari dua malam untuk menyelesaikan tanggungjawab yang diamanahkan. Bukan mudah untuk mencari finalis, justeru setiap skor yang diberi harus mengikut rubrik pemarkahan yang ditetapkan. Ehmm .. oh ya sebelum proses penyaringan, kami terlebih dahulu berkumpul di KPM untuk membangunkan rubrik mengikut kategori masing-masing untuk digunapakai dalam proses penyaringan. Acara kemuncak berlangsung pada 14 Disember 2018 di Hotel Movenpick. (Ye, betul dah lama ..!). Sehari sebelum acara kemuncak, telah berlangsung pertandingan pitching di mana para finalis membentangkan hasil projek/inisiatif mereka kepada para juri. Sayangnya saya tidak dapat turut serta pada sesi tersebut memandangkan kelas berderet dari pagi hingga malam pada hari yang sama. Namun alhamdulillah, diberi jua ruang untuk bersama-sama meraikan kejayaan rakan-rakan. Tahniah Dr Farah Dina, sahabat saya dari UM (Pengarah ADEC) yang telah berjaya dalam kategori Imersif Teradun. I know you will make it Dr Fara! :) Tahniah juga buat sahabat saya Encik Bayan Serit dan Mr Lim dari Taylor's University - di atas kejayaan anak-anak buah mereka menggondol lima anugerah! Satu pencapaian yang membanggakan! Saya kira, inisiatif ini merupakan satu ruang yang sangat perlu diberi sokongan dan diteruskan justeru ia merupakan ruang pengiktirafan buat para pendidik di insitusi pengajian tinggi yang menunjukkan sikap berinovatif dalam melahirkan aktiviti pembelajaran yang lebih berimpak serta ruang untuk meneroka kekuatan diri dan kapasiti sebagai penyelidik berfikiran reflektif.
Usik saya bersama rakan-rakan juri - 'Jumpa lagi tahun hadapan di pentas akhir' hahahaha! Barangkali ada yang menganggap bahawa kerjaya sebagai ahli akademik, khususnya yang bertugas di menara gading sebagai satu tugas yang elit, serta bukan dapat dicapai oleh orang-orang biasa. Mungkin kerana syarat asas seseorang ahli akademik adalah pencapaian yang baik serta memiliki Ijazah Kedoktoran, maka golongan ahli akademik di pandang tinggi.
Namun, apalah erti gelaran sebagai pensyarah jika nilai dan pekerti tidak setanding gelaran kerjayanya? Memasuki dunia ahli akademik merupakan satu langkah besar, justeru tanggungjawab yang bakal dipikul dengan jawatan ini bukanlah sesuatu yang mudah. Seorang pensyarah tugasnya justeru untuk mendidik, memacu kecemerlangan para pelajar, menjadi tempat rujukan para penyelidik lain malah sekali gus menjadi suri teladan dalam setiap aspek yang positif. Cara berfikir, cara bertindak, malah cara menangani para pelajar yang pelbagai rencam, meraih geran serta menjalankan penyelidikan berimpak, malah tidak dilupakan tanggungjawab sosial melalui kerja-kerja khidmat komuniti - merupakan antara elemen yang perlu dihadam serta perlu 'dihidupkan' dalam diri seseorang ahli akademik. Kewibawaan seseorang ahli akademik pula diraih berdasarkan 'acknowledgement' orang lain dan bukannya boleh dibeli dengan wang ringgit atau acara kipas-mengipas. Justeru, sesiapa sahaja yang menjejakkan kaki dalam dunia akademik, harus dan wajib merenung semula niat kenapa kita memilih untuk menjadi pensyarah. Jika yang diangan-angankan adalah kenaikan pangkat dengan jalan pintas, atau sanjungan tinggi kerana faktor kebaikan yang ditonjol-tonjol secara bermotif (walau pada hakikatnya tidaklah ubah seperti sebuah tong deram yang kosong) - maka di saat itu wajiblah kita melalui proses muhasabah diri serta purifikasi, yakni penjernihan diri dari sampah-sampah pemikiran berstatus lantai. Masuk ke dunia akademik juga mengajar kita tentang erti adab. Yang tua dihormati, yang muda disayangi. Amat sayang dan rugi sekali kepada mana-mana pensyarah yang terlalu terburu-buru untuk menjadi 'core member' dalam lingkungan ahli akademik. Lebih sedih jika hasrat tersebut ingin dicapai dengan jalan ringkas - memijak kepala orang atau menikam dari belakang. Atau, barangkali manusia sebegini begitu senang dengan cara memburuk-burukkan orang lain dengan mengadakan cerita yang tidak benar, dengan harapan imej seseorang itu tercalar serta dipandang negatif - di kala itu, tentu sekali harapan yang bersarang di dadanya agar orang lain terus mengiktiraf dirinya sebagai manusia sempurna yang dihantar ke bumi, maksumnya mengalahkan nabi, cekap dan taatnya mengalahkan malaikat. Ingatlah, manusia-manusia yang bersikap dan berfikir begini, bahawa Allah itu ada. Hari ini, anda senang menumbuk lumat kredibiliti orang lain dengan nista dan kesumat, namun jangan lupa setiap perbuatan itu pasti Allah tahu. Kita ini manusia biasa yang punya hati dan pedal. Kita juga dianugerahi perasaan yang halus - cuma yang membezakan kita adalah cara kita bekerja dan bermuamalah. Jika ada manusia yang resamnya hanya tahu membodek, ditambah perencah fitnah seenak rasa, maka hiduplah mereka dalam cara sebegitu dengan bahagianya. Namun, kita jangan lupa. Hidup kita ini, adakah hanya untuk bahagia di dunia? Jemputan ke seminar ini saya terima sehari sebelum berlangsungnya acara ini. Oleh kerana jemputan dihantar secara personal, jadi tidak manis rasanya mengatakan tidak meskipun sebenarnya saya agak putar-alam dengan jadual komitmen yang telah dipersetujui lebih awal. Untuk menolak juga terasa rugi pula kerana input yang dihidangkan jarang-jarang diperolehi, tambahan pakar-pakar dari universiti terkemuka seperti US (Harvard, Indiana), UK (Edinburgh), Kanada (Victoria), Qatar dan pelbagai lagi turut sama berkongsi. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya dapat mendengar isu-isu berkaitan penggunaan teknologi dalam dunia latihan dan amalan perubatan dan kesihatan - memberi satu 'insight' yang segar kerana latar belakang saya yang berbeza. Sememangnya teknologi itu ada manfaatnya, namun kebitaraan manusialah yang menentukan bagaimana ia digunapakai untuk menghasilkan impak yang sewajarnya. Teknologi bukan segala-galanya. Sentuhan kemanusiaan serta konsep berguru secara 'talaqqi' atau face-to-face tidak boleh dipinggirkan secara total. Menarik sekali apabila ada bicara yang menyinggung isu data raya (big data) dan peranan artificial intelligence (AI) dalam bidang kesihatan. Duduk bersama pengamal perubatan serta penyelidik dalam bidang ini membuat saya merasa diri terlalu kecil. Melihat sumbangan mereka kepada kesejahteraan hidup manusia sejagat turut membugarkan rasa kagum dan bangga. Alhamdulillah atas pengalaman ini. Alhamdulillah atas ilmu dan kesedaran ini - ilmu Allah itu terlalu luas untuk seorang manusia kerdil menguasai segalanya! Mungkin kerana telah ditetapkan rezeki saya untuk menyelidik hal ini, justeru permohonan geran FRGS saya berjalan lancar dan diluluskan setelah mencubanya buat pertama kali. Alhamdulillah thummalhamdulillah! Idea untuk menjalankan kajian tentang kesedaran siber ini muncul setelah saya mendengar ceramah daripada Brother Aaron yang ketika itu masih bertugas di Cyber Security Malaysia. Beliau dijemput ke UKM untuk memperkatakan tentang bahaya siber serta risikonya andai pengguna tidak tahu mekasnisme pertahanan diri. Sudah ramai menjadi mangsa. Tidak sedikit pula yang dipersia. Semua itu membuatkan saya mula celik mata. Betapa membarahkah keadaan ini? Sejauh mana ketagihankah anak remaja kita kepada media sosial serta komunikasi dalam talian? Tidak adakah mekanisme pertahanan diri? Apakah mereka akan merujuk ibu bapa, guru atau teman kiranya sesuautu kejadian tidak diingini menimpa diri? Itu antara perkara yang melingkari pemikiran saya kala menulis proposal kajian. Lalu apabila permohonan saya diluluskan, dan mendapat remark daripada penilai bahawa ini kajian yang sangat kontemporari dan diperlukan dalam keadaan semasa, saya menghela nafas lega. Namun cemas pula apabila memikirkan ini satu tugas yang berat dan panjang yang harus dipikul sebaiknya. Alhamdulillah, setelah proses pembangunan item dilaksanakan beserta pilot test yang menghasilkan Alpha Cronbach yang memuaskan, penyelidikan saya kini melangkah setapak lagi - iaitu pengutipan data sebenar. Negeri pertama tempat saya singgah adalah Sarawak Bumi Kenyalang. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih buat sahabat rapat saya Dr. Salmah yang telah sudi meluangkan masa dan tenaga untuk sama-sama mengharungi dua hari penuh makna itu. Saya membawa pulang lebih 200 soal selidik yang lengkap ditanda (berkilo-kilo beratnya!). Orang Sarawak memang hebat lagi penyantun. Hospitalitynya tip top. Di kesempatan ini juga ingin saya rakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat pengetua di dua buah sekolah yang telah memberikan kebenaran untuk saya meluangkan masa bersama para pelajar. Jamuan makan tengahari yang enak pasti juga tidak dilupakan! Malah di salah sebuah sekolah yang kami lawati, menyediakan ruang masa yang begitu panjang sehingga sempat pula saya dan Dr Salmah menjalankan sesi ceramah tentang Kesedaran Siber. Semoga anak-anak yang bersama dalam sesi tersebut mendapat sedikit sebanyak maklumat tentang bahaya yang menunggu dalam talian kiranya tiada waspada. Di sebelah petang hari pertama juga sempat singgah ke UNIMAS untuk perkongsian kecil tentang CONDUCTING RESEARCH AND SYSTEMATIC DATA ANALYSIS IN CASE STUDY
Warga UNIMAS juga begitu peramah menjadikan saya lebih selesa bergurau senda. Oh oh -- tidak ketinggalan ketemu pula dengan senior di UM dahulu - Pn Samsiah Jayos. Tidak dilupakan perkenalan penuh makna bersama Pn Nora .. sehingga terjebak saya dengan satu jenis obsesi hehe (rahsia). Salmah sahabatku Susuk yang kukenali di zaman bergelar pelajar PhD. Ternyata persahabatan ini masih terpatri dengan kukuh. Banyak susur galur hidup kita lalui bersama mate, dan semua itu kukenang dalam sangkar memori jua. Mate, masih banyak perkara yang hendak kita lakukan. Mohon titiskan doamu dari kejauhan. Mudah-mudahan segala perancangan dapat dilunaskan dengan redha Ilahi jua. TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA MATE! Secebis kenangan di Nottingham dan Paris ^___^ Acara telah lama berlangsung namun seperti biasa, saya akan memeram cerita sehingga menjadi pekasam yang enak dimakan hehehe .. duh, masa terlalu memburu meski banyak hal ingin diceriterakan. Namun, kerana ada hal yang menuntut prioriti, maka usaha mencatat di laman kecil ini seringkali ditolak tepi. Baru-baru ini, tepatnya pada 21-22 Julai nan lalu, saya dijemput bertugas di booth UKM sempena Graduan Aspire 2018 bertempat di Convention Centre [KLCC]. Alhamdulillah, pengunjung ke booth UKM tidak putus-putus. Bermacam pertanyaan diajukan - dari peluang pekerjaan sebagai Research Assistant, tutor dan pensyarah sehinggalah peluang melanjutkan pelajaran di peringkat pra dan pasca siswazah. Tidak terasa masa berlalu. Seharian di booth meskipun memenatkan tetapi boleh jadi juga sebagai terapi minda. Seronok berjumpa dengan pelbagai latar belakang anak muda. Oh oh terasa benar bahawa diri ini sudah meniti usia! Melihat wajah-wajh bersemangat di hadapan mata mengingatkan saya kepada kenangan lalu di zaman prasiswazah. Satu tempoh yang mengujakan walau penuh siksa dan kenangan heh! Kepada mereka yang benar-benar ingin menjadikan impian mereka untuk menjejak kaki ke UKM, saya doakan impian tersebut dikabulkan. Siapa tahu. kita bertemu lagi di kampus Bangi :) Aktiviti sebegiini bukan selalu saya ikuti. Lalu peluang yang ada untuk bersama-sama beberapa pelajar dari SMK Kg Dangar Pasir Mas ini tidak mahu saya lepaskan.
Meski sudah berlangsung hampir sebulan yang lalu. baru hari inilah jemari mampu mengetuk aksara. Masa terlalu renyah untuk tugas-tugas 'housekeeping' blog ini hingga bersawang sudah di sana sini! Berlangsung selama 3 hari di Pantai Penarik, Setiu Terengganu, banyak pengisian yang diberikan. Saya bersama 6 lagi rakan pensyarah Fakulti Pendidikan menyusun aktiviti bersama. Daripada pengisian berbentuk kerohanian, hinggalah kepada kerjaya, kepimpinan, jati diri dan komunikasi. Literasi komputer juga tidak dilupakan. Di akhir sesi, anak-anak terpilih ini melahirkan rasa syukur di atas apa yang diterima sepanjang kem ini. Semoga ia membekas di dalam jiwa dan kelak menjadi bekal untuk kehidupan seterusnya. Rasanya banyak yang hendak saya coret sebagai refleksi namun minda bagai terkunci. Mungkin kerana terlalu lama membeku tanpa menulis. Ala-ala otak beku barangkali :P Mohon permisi. Barangkali ada yang tidak pernah mendengar nama Latvia, sebuah negara cantik yang terletak di Timur Eropah ini. 'Apa?' itu reaksi yang beberapa kali saya dengar apabila nama Latvia disebut. Syukur, kedatangan Professor Andrejs Geske ke fakulti atas kapasiti Profesor Pelawat memberi banyak input bermakna, bukan sahaja untuk pelajar siswazah di FPend, malah turut memberi maklumat kepada kami, warga pensyarah. Perkongsian beliau tentang program PhD di Universiti Latvia juga agak menarik. Selaku Ketua Program PhD fakulti, saya dijemput oleh Prof Dr Saemah untuk turut sama mendengar perkongsian tersebut. Satu perkara yang menarik hati tentang pakar berbangsa Latvia ini adalah kesederhanaannya dalam segenap hal. Tutur katanya yang bersopan, tersusun malah senyuman yang tidak lekang di bibir membuat sesiapapun menjadi senang untuk berdampingan dan berguru dengannya. SIkap ini seharusnya menjadi suri teladan buat kita semua. Semakin banyak ilmu dan pengalaman, semakin merendah rendah. Janganlah hendaknya kita berasa puas dan angkuh dengan apa yang kita ada, kerana ilmu di dada walau sebanyak manapun, ia tetap hanyalah setitis daripada selautan imu Allah. Tahun baharu, azam baharu, visi baharu dan semangat yang baharu! Maka 2018 disambut dengan rasa pelbagai, azam berwarna-warni. Selari dengan kedatangan tahun baharu ini juga, Dato' Seri Idris Jusoh, Menteri KPT turut mengambil peluang untuk bersama-sama mengongsikan amanat beliau kepada semua warga kerja KPT agar setiap visi dan misi dapat dicapai seoptimanya. Saya menerima jemputan rasmi daripada JPT untuk menghadiri majlis yang penting lagi signifikan ini sebagai satu penghormatan terhadap diri saya selaku seorang penjawat awam di bawah naungan KPT. Soaring Upwards! Bertempat di PICC, majlis tersebut dihadiri oleh ramai sekali tetamu. Dewan penuh dari bawah hingga ke atas! Selama hampir 2 jam dengan asyiknya mendengar celoteh beliau, yang jelas, bersahaja tetapi pernuh inspirasi. Sesekali mengangkat telefon bimbit untuk merakam momen penting khususnya paparan slide yang dirasakan perlu untuk rujukan semula. Seperti dijangka, isu 4IR merupakan intipati penting dalam amanat Dato's Seri. Saya turut mengambil kesempatan untuk berkumpul bersama tiga wanita hebat dari tiga institusi berbeza: PM Dr Azidah (USM), PM Dr Wan Zuhainis (UPM) dan Dr Rosemaliza (UIA). Alhamdulillah, silaturahim yang terjalin beberapa tahun sebelum ini akhirnya melahirkan satu kesepakatan untuk sama-sama menjayakan satu projek merentas institusi. Beberapa minggu nan sudah, kami sempat ber Zoom.us untuk perbincangan lanjut tentang projek bersama ini.
Apabila dikelilingi tokoh-tokoh hebat ini, aura positifnya memang terasa. Benarlah hikmahnya pesan Rasulullah agar kita berdampingan dengan mereka yang baik dan positif kerana tempiasnya pasti ada! Dr Azi, Dr Wan, Dr Rose - terima kasih atas persahabatan ini :) Alhamdulillah NC4IR akhirnya berjaya dilangsungkan dengan jayanya! Syabas buat kesemua ahli jawatankuasa kerja yang begitu komited dengan portfolio masing-masing. Ini kali pertama saya ditugaskan sebagai Floor Manager dan sesungguhnya sebelum acara berlangsung saya agak risau jika tidak dapat menjalankan tugas dengan sebaiknya. Maklumlah peranan Floor Manager amat berat kerana perjalanan keseluruhan majlis bergantung kepada lampu hijau kami! Syukur, keseluruhan aktiviti dapat dilangsungkan mengikut jadual yang ditetapkan kecuali untuk agenda forum - atas sebab-sebab teknikal namun berjaya dihabiskan mengikut waktu jua. Seharian memegang walkie talkie ke sana ke mari sememangnya agak memenatkan namun apabila acara tiba ke garis penamat, semacam perasaan menyelinap. Alhamdulillah di atas kelancaran segalanya. Terima kasih Hazrati yang turut sama bertugas sebagai Floor Manager bersama saya dan tidak dilupakan Izwan yang berperanan sebagai JK Protokol yang sama-sama berganding bahu dalam memastikan segalanya berjalan mengikut tentatif. Oh oh .. saya mula sukakan tugas ini! Mungkin sudah agak bosan dengan tugas-tugas multimedia, rekabentuk serta buku program yang seringkali diberikan untuk seminar-seminar sebelum ini! Jika diberi peluang lagi untuk bertugas sebagai Floor Manager mungkin saya tidak akan menolak! Apapun, pengisian di sepanjang program sehari ini amat signifikan serta dibutuhkan semua. Lensa kefahaman tentang 4IR serta implikasinya kepada pembangunan kemahiran sumber manusia serta kepentingannya dalam kelangsungan perkembangan ekonomi serta bidang sosial dan kemanusiaan menjadi semakin meluas dan mendalam. Alhamdulillah di atas kesempatan yang diberi untuk menceduk maklumat serta menghadamkannya mengikut kapasiti serta bidang tersendiri. Syabas FPEND! Keserakanan atau collegiality merupakan salah satu elemen penting dalam kelestarian sesebuah organisasi di mana ia menghubungkan aspek inter-personal ahli-ahli sehingga akhirnya membawa kepada pencapaian dan penghasilan produktiviti yang mampan secara secara kolektif.
Konsep Communitiy of Practice sendiri banyak menekankan aspek pembelajaran dan pembangunan seseorang secara profesional melalui interaksi, perkongsian serta menuntut daripada ahli yang lebih pakar. Inilah yang dikatakan sebagai Legitimate Peripheral Participation karangan Lave & Wenger (1998). Kedudukan seseorang dalam sesebuah komuniti adalah bersifat dinamis dan sentiasa berubah. Bermula dengan peripheral participation, individu akan bergerak menuju ke titik hardcore/active members setelah melalaui proses pembelajaran daripada mereka yang lebih pakar melalui proses - observasi, soal jawab sehinggalah pelaksanaan tugas-tugas dari yang asas kepada yang lebih kompleks. Saya melihat diri saya begitu. Masih hijau dalam akademia. maka pertunjuk dan nasihat daripada pakar tentunya maajun mujarab dalam memperkasa profesionalisme diri. Setinggi-tinggi penghargaan buat Prof Dr Kamisah yang telah menjemput saya turut serta dalam projek Buku Perancangan Strategik KPT 2017-2018 bersama-sama tiga lagi pakar yang saya segani - Prof Dr Lilia, Prof Dr Saemah dan Prof Dr Ruhizan. Mudah-mudahan pengalaman ini memberi makna yang membekas. |
Archives
December 2023
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |