Agak lama tidak mengendalikan bengkel latihan, sementelah dalam keadaan negara masih berjaga-jaga dengan wabak Covid 19. Apapun, perihal kerja sendiri juga banyak membataskan keaktifan dalam sesi perkongsian akademik bersama rakan-rakan di luar sana.
Namun alhamdulillah, semalam dan hari ini berkesempatan meluangkan masa untuk berbincang tentang Scholarship of Teaching and Learning bersama rakan-rakan pensyarah dari Fakulti Perubatan UKM. Terima kasih di atas perhatian dan komitmen disepanjang 2 hari bengkel berlangsung. Slot saya - berbincang tentang bagaimana mengendalikan SoTL dalam konteks P&P menggunakan kerangka model ADDIE serta bagaimana menggarap keperluan dari sudtu teori pembelajaran, pendekatan pembelajaran, metodologi serta pelaksanaan penilaian untuk disesuaikan dengan keperluan P&P dan dalam masa yang sama mengendalikan satu kajian empirikal. Usai sesi perkongsian, kami dipecahkan pula kepada kumpulan-kumpulan kecil untuk membantu penyediaan proposal kajian. Saya dan Dr Azlina bertanggungjawab membantu kajian yang berhasrat membangunkan satu Virtual Clerkship untuk pelajar-pelajar Farmasi. Banyak input yang diberi, serta cadangan bagi membolehkan proposal lengkap dapat dihasilkan dan selari dengan perspektif pendidikan. All the best semua .. hope to see a complete proposal on the 22nd! Sekalung budi buat Fakulti Perubatan di atas jemputan ini. Tidak dilupakan Prof Lilia dan Prof Kamisah yang telah menjemput saya menjadi sebahagian daripada ahli pasukan :) Semoga ada manfaat daripada keseluruhan pembentangan dan perkongsian yang telah diberikan. Allahul musta'an .. ! #SoTL #training #medicukm #fpendukm
1 Comment
Alhamdulillah, dalam memburu masa yang seringkali berkejaran, saya sempat juga menyertai The 4th Scholarship on Teaching & Learning (SoTL) Symposium di AKEPT pada baru-baru ini. Para peserta terdiri daripada peserta bengekl e-Learning untuk Level 3 Fasa ke-2. Semasa Fasa Pertama dahulu, kami diminta menjalankan satu kajian berasaskan SoTL dan dikehendaki membentangkan dapatan tersebut pada simposium kali ini. Saya pada mulanya bercangan untuk menarik diri kerana merasakan tidak sempat untuk menyiapkan bahan persembahan serta penulisan bab dalam buku untuk simposium ini. Namun alhamdulillah, entah dari mana kekuatan itu datang akhirnya sempat juga menghantar penyertaan. Sebilangan besar rakan-rakan peserta dalam 'batch' yang sama tidak hadir pada simposium ini. Saya sedikit kesal kerana niat di hati agar dapat bertemu kembali dengan rakan-rakan yang merupakan para pensyarah dari IPTA dan IPTS lain tidak kesampaian kerana hanya saya dan seorang lain rakan dari UiTM yang hadir mewakili 'batch' yang lepas. Saya membentangkan hasil kajian berkaitan pembinaan komuniti pengamal maya untuk pada pelajar tahun pertama universiti. Data saya kumpul selama satu semester melibatkan para pelajar untuk kursus Komputer dalam Pendidikan. Syukur sekali lagi kerana tanpa duga saya, telah terpilih sebagai pemenang untuk The Best Presenter Award. Terlopong mulut beberapa saat ketika nama dipanggil. heh! Apapun, terima kasih semua .. terima kasih Tuhanku.
|
Archives
December 2023
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |