Setelah beberapa kali perbincangan bersemuka bersama pengurusan Telekom Malaysia dan vendornya MSD, saya diberi kepercayaan untuk mengepalai satu projek di bawah penajaan Telekom Malaysia. Alhamdulillah, satu lagi geran industri sebagai amanah dan taklif. Objektif penyelidikan ini antara lain adalah untuk mengenalpasti impak Pusat Internet di bawah pengendalian Telekom Malaysia (483 buat) daripada keseluruhan 800 lebih Pusat Internet di seluruh Malaysia. Output utama yang akan dijana adalah model pengoperasian yang menggambarkan keseluruhan modus operandi Pusat-pusat Internet ini selain daripada input untuk penambahbaikan dan kelestarian institusi ini buat masyarakat setempat. Ahli-ahli kumpulan kami tidaklah begitu ramai - kami hanya ber-enam namun saya memanjatkan setinggi kesyukuran kerana komitmen yang diberikan adalah sangat tinggi apatah lagi kami bertanggungjawab untuk mengendalikan sesi temubual bersama pengurus, penolong pengurus serta pengguna Pusat-pusat Internet secara langsung. Jarak sesebuah Pusat Internet yang dikunjungi juga agak berjauhan antara satu sama lain. Namun, kepuasan setelah mendengar dan menyelami isi hati para responden merupakan pulangan lumayan. Banyak persamaan malah variasi dalam respon yang diterima. Saya kira inilah antara kekuatan penyelidikan kualitatif yang menyajikan dimensi yang mendalam terhadap isu yang ingin dikupas. Apatah lagi dengan wujudnya 'kuasa' triangulasi daripada sumber data yang berbeza, menambahkan kekayaan dan perincian maklumat yang diperolehi. Sebelum Ramadhan yang lepas, kami berpeluang untuk meneliti data temubual dan menghasilkan beberapa konstruk utama untuk pengutipan data secara kuantatif pula. Untuk fasa ini, seramai 1500 responden akan terlibat. Namun, kemunculan Syawal menyebabkan perjalanan penyelidikan agak perlahan lantaran cuti umum (termasuk cuti peribadi!). Nah, sekarang waktu untuk kembali 'menyingsing lengan' justeru masih banyak tugas yang belum terlangsai. Setinggi-tinggi penghargaan buat Telekom Malaysia, khususnya Pengurus Besar, Encik Anuar Mat Halim, Tn Haji Jaffni, Encik Anuar serta tidak dilupakan orang-orang kuat MSD di atas sokongan padu demi melihat projek ini direalisasikan dengan jayanya. Kami juga dijemput untuk berkongsi tentang projek ini bersama En Azhar serta staf di Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia di Cyberjaya. The clock is ticking, it's time to keep going!
0 Comments
|
Archives
December 2023
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |