Bukan selalu kami dapat berjumpa. Namun semenjak pertemuan rasmi UKMShape dan AKEPT sebelum ini, kami agak kerap berhubungan. PM Dr Azila, merupakan sahabat saya dari IIUM yang kini ditaklifkan sebagai Timbalan Pengarah AKEPT.
Kami saling mengenali smeenjak di KISAS lagi. Tambahan pula pasangan masing-masing juga dari kampus yang sama lalu keterdekatan itu amat terasa. Cerita sana cerita sini balik-balik melibatkan orang yang sama heh. Didoakan agar sahabat saya ini terus cemerlang dan berjaya dalam setiap yang diusahakan inshaAllah, Mudan-mudahan kerjasama kita dapat dikembangkan untuk ruang yang lain pula inshaAllah :)
0 Comments
Otak yang penat tentunya tidak baik untuk kelangsungan hidup serta kesejahteraan emosi. Lalu di kala kaum Tionghua meraikan tahun baharu, saya dan ahli serumah mencari ruang untuk berdamai dengan alam, menyatu dengan laut dan pantai. Alhamdulillah .. the battery of life has been charged, if not fully. Cuaca agak suram di sepanjang beberapa hari di sana. Sukar mencari limpahan cahaya mentari lalu senja yang dinanti agak samar-samar memunculkan diri. Bilik untuk Family Villa yang ditempah cukup selesa dengan dua bilik di bawah satu bumbung dengan dinding yang boleh laras untuk privasi sememangnya menyenangkan. Satu bilik untuk mama & daddy, satu lagi untuk adik dan kakak. Bujangku - sebelum pulang teringin pula menjamah Maggi Cup di anjung villa :D Barangkali karena ada deru ombak yang membuai, keenakan Maggi lebih terasa!
Setiap kali pulang ke kampung halaman, saya seringkali berpesan dan berjanji - nanti kita ketemu. Namun sudah banyak kali janji tinggal janji. Bukan sengaja memungkiri, namun waktu yang terlalu melingkar akhirnya membataskan peluang untuk bersua muka bersama sahabat saya yang jauh di Binjai - Yanti.
Seorang lagi sahabat saya Kay, tinggalnya di Teras Jernang - boleh dikatakan hampir setiap hari saya akan melalui jalan di kawasan taman perumahan tempat dia menginap. Pun, situasi yang sama berlaku. Janji tinggal janji. Sementelah masing-masing hanyut dengan tugasan yang tidak pernah kunjung malap di kampus, akhirnya kami hanya berutusan di Whatsapp. Begitu janji Allah - akhirnya kami bertiga bersua juga Sabtu yang lepas. Kebetulan Yanti mampir seminggu di Damansara - kesempatan ini tentunya tidak dilepaskan. Meski menempuh kesesakan trafik pergi dan balik, hati tersenyum puas. Pertemuan semula kami bertiga merupakan detik yang epik dan perlu dikenang. Rasanya telah banyak kali saya mencatat tentang Black Cat. Lalu tidak betah lagi untuk mengulang tayang kisah yang sama. Benar, bertemu sahabat di bangku sekolah akan sentiasa mengembalikan kenangan penuh nostalgik. Perangai dan warna sebenar juga keluar semua! Aduh .. gamat riuh. Alhamdulillah terima kasih ya Allah di atas ruang masa yang dipinjamkan buat kami berjumpa. Anugerah Ikon Sukan Negara berlangsung baru-baru ini di DECTAR UKM.
UKMShape pula merupakan penaja bersama untuk acara berprestij ini. Inisiatif ini, selain memberi galakan dan sokongan kepada dunia sukan tanahair, turut didasari semangat untuk memberi sokongan kepada Nur Dabhitah yang turut tersenarai dalam calon pemenang - yang juga merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM. Hati berbelah bahagi sama ada hendak hadir atau tidak. Namun mengenangkan ini acara universiti, akhirnya saya mengambil keputusan untuk turut sama memeriahkan majlis pada malam tersebut. Tahniah kepada para pemenang. Alhamdulillah, minggu ini buat ke sekian kalinya saya kembali lagi melunaskan tanggungjawab untuk mempengerusikan sidang pemeriksaan lisan (iiva-voce) salah seorang pelajar Doktor Falsafah dalam bidang Pendidikan Sains - saudari Nagalaxmy. Beliau diselia oleh Prof Dr Kamisah Osman dan Prof Dr Lilia Halim. Pembaca luar pula Prof Madya Dr Che Nidzam dari UPSI manakala Prof Madya Dr Tengku Siti Meriam dari Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat sebagai pemeriksa dalam. Tugas sebagai seorang pengerusi viva sebenarnya tidaklah sukar dan tidak pula mudah. Yang penting adalah kita faham apa tanggungjawab dan skop yang boleh dan tidak dibolehkan untuk dilakukan oleh seorang pengerusi viva. Kelancaran proses soal jawab dan kejelasan dari sudut persoalan serta perubahan yang perlu dilaksanakana juga bergantung kepada kebijaksanaan pengerusi. Sebagai pengerusi viva juga, kita perlu akur bahawa kita bukanlah pembaca tesis yang berhak untuk memberikan cadangan serta membidik kata-kata yang tidak sewajarnya kepada calon. Tugas pengerusi adalah memudahcara, kerana kita tidak membaca tesis calon dari kulit ke kulit seperti para pembaca. Lalu pembacalah orang yang paling layak untuk memberi komentar serta pandangan dan bukannya pengerusi yang baru saja membelek tesis pada sesi itu. Namun dalam beberapa siri viva pelajar saya dan pelajar pensyarah lain, saya dapati ada juga pengerusi viva yang 'lupa' akan dirinya itu seorang pengerusi. Lagaknya melebihi pembaca dalam dan luar, lalu jadilah sidang viva seperti satu medan tazkirah yang panjang serta ahli-ahli dipaksa mendengar khutbah berjela-jela yang langsung tidak relevan dengan keperluan sidang tersebut. Ada juga pengerusi yang sewenang-wenangnya mengeluarkan kata yang terus 'membunuh' semangat calon. Pernah di hadapan saya pengerusi mengeluarkan ayat lebih kurang begini: "Jantung tesis kamu ini sudah mati. Kamu sudah mati dan fail." "Saya menunggu pembaca mengatakan xxxx tapi nampaknya tiada. Saya harap pembaca faham ye apay ang ditulis .." "Kamu tak dapat menjawab dengan baik, macamana saya nak luluskan kamu." Tidakkah ini umpama penyebar toksid dalam proses komunikasi dan perbincangan ilmiah? Seharusnya pengerusi yang tidak objektif begini tidak lagi dilantik kerana mudharat dan kesannya kepada psikologi calon adalah sangat parah dan tidak profesional sifatnya. Begitu berseni tugas kita sebagai pendidik, justeru nilai akhlak dan tutur kata perlulah kita pelihara sebaiknya agar tiada jiwa yang terluka, dan dalam masa yang sama tanggungjawab kita dilunasi sebaiknya. Oh oh panjang pula bebelan saya kali ini. Tahniah sekali lagi Nagalaxmy! Wallahu a'lam. Bab 2022 telah selesai.
Kini tahun baharu 2023 perlu diberi perhatian. Terlalu banyak impian dan harapan yang diletakkan untuk tahun ini khususnya dari sudut penjanaan dan kualiti program tentunya. Sinergi antara setiap projek amat perlu demi menjamin kestabilan dalam proses pengoperasian serta lebih penting adalah bagaimana semua bahagian dan projek dapat berjalan sederap ke arah pencapaian objektif yang disasarkan. Syabas buat semua team yang menunjukkan kreativiti serta daay saing yang tinggi serta iltizam yang kukuh. Mudah-mudahan momentum ini dapat dikekalkan sepanjang tahun 2023 :) #UKMShape |
Archives
December 2023
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |