Pantasnya masa berlalu! Baru sekejap rasanya saya menulis satu entri tentang Hari Kualiti. Tup tup .. acara yang sama untuk tahun ini kembali lagi - namun dinaiktaraf namanya kepada Anugerah Seri Sanggar Intelek .. hebat tak namanya? Kehadiran saya ke majlis ini adalah sebagai memenuhi tanggungjawab sebagai ahli fakulti untuk turut sama menjayakan setiap aktiviti yang dijalankan. Justeru, tahun lepas saya telah merasai rezeki untuk APC dan Anugerah Amalan Berkualiti, lalu tahun ini saya tidak menyimpan apa-apa harapan untuk naik ke pentas lagi. Dapat duduk-duduk bersama rakan fakulti, bergurau senda dan menyakat sana-sini merupakan momen indah yang jarang-jarang dapat dirasai dalam aktiviti seharian. Lalu kebersamaan itu yang benar-benar didambakan di sebalik kehadiran ke majlis ini. Tahniah kepada Dr Effendi @ Ewan - adik saya yang begitu cemerlang dalam tugasnya sebagai KJK Fakulti Pendidikan. Sekalung tahniah juga buat semua penerima APC kali ini serta penerima anugerah2 lain dan tidak ketinggalan salam perpisahan buat ahli-ahli fakulti yang telah bersara .. banyak kenangan dan penitisan ilmu yang saya perolehi kala berdampingan dengan insan-insan hebat yang telah banyak menabur bakti kepada anak bangsa ini! Semoga Allah merahmati segala jasa baik dan ilmu bermanfaat yang dikongsi ... ameen. Alhamdulillah juga .. tiada menyangka untuk menerima anugerah top 10 untuk penerbitan dalam jurnal WoS/SCOPUS. Saya sendiri tidaklah aktif mana menulis dan menerbit, justeru terlalu banyak komitmen lain yang menanti di kiri kanan. Namun alhamdulillah .. kiranya para pelajar saya banyak menyumbang kepada anugerah ini. Terima kasih semua anak2 didik saya! Turut tidak saya sangka penglibatan dengan pihak industri (Telekom) yang memberikan sejumlah dana penyelidikan menyumbang turut diiktiraf. Alhamdulillah, jasa baik pihak Telekom akan sentiasa saya kenang :) Oktober kian mampir. Perancangan saya bertingkat-tingkat! Ada beberapa projek yang belum berkesudahan. Allahu Ya Mujib - kurniakan ketenangan jiwa dan kedalaman zihni untuk aku terus berkarya sebagai seorang akademik dan tetapkanlah aku dalam keimanan dan kurniakan daku dengan sifat qana'ah dalam setiap nikmat yang Engkau hadiahkan ...
2 Comments
Ini suatu amanah yang berat dan saya sendiri masih sangsi samada saya mampu menggalas tanggungjawab ini sebaiknya. Namun saya percaya sesuatu itu berlaku pasti ada hikmah dan pengajarannya. Lalu saya cuba tenangkan hati dan pujuk minda untuk melihat sisi yang positif daripada pelantikan ini. Tugas 'core' saya yang diamanahkan adalah untuk start up program berbentuk Distance Open Learning (ODL). Hasrat UKM adalah untuk menjadikan menara gading ini sebagai satu hub pembelajaran dalam talian yang mampu menarik lebih ramai pelajar daripada latar belakang serta geografi yang berbeza. Namun, untuk menjadikannya sebagai ODL yang benar-benar menepati ciri-ciri ODL yang sepatutnya, banyak tugas yang perlu dilangsaikan. Semuanya bersarang di dalam zihni saya dan saya memerlukan kapasiti minda yang tenang dan rasional untuk articulate setiap satu sub-tugas agar dapat diterjemahkan dalam pelaksanaan yang sistematik dan efektif. Kepada Allah Azza wa Jalla saya memohon rahmat dan rahim-Nya agar dikurniakan kekuatan fizikal dan mental untuk melunasi amanah ini dan impian untuk melihat 10 program ditawarkan secara ODL menjelang semester awal tahun 2021 menjadi satu kenyataan. Allahul Musta'aan ... |
Archives
December 2023
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |