Fariza Khalid
  • Home
    • Guestbook
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks

Malaysia on the Cusp of Hyper-Connectivity Symposium

11/23/2019

0 Comments

 
Picture
Barangkali inilah penutup tirai 2019 buat saya menghadiri sebarang seminar atau simposium justeru jadual di sepanjang Disember nampaknya semakin padat. Undangan daripada pihak MCMC (Malaysian Communication and Multimedia Commission) saya penuhi kerana pengisiannya yang begitu menarik malah terkait juga dengan bidang kajian yang sedang saya jalankan iaitu Keselamatan Siber dan Digital Citizenship. 

Tidak ramai wajah yang dikenali dalam kalangan mereka yang hadir. Namun, rezeki juga saya dapat bersua dengan sahabat dari UIA, Dr Rosemaliza dan rakan-rakan, selain bersama Syaida, pelajar PhD saya yang juga sedang menjalankan penyelidikan berkaitan kesedaran Keselamatan Siber. 

Pembentangan selari di sebelah petang turut menarik minat. Tahniah kepada semua penyelidik yang membentangkan  hasil kajian mereka. Inilah yang saya gemari kala menghadiri majlis ilmu seperti ini kerana ia mampu meluaskan horizon pemikiran serta memberi ruang untuk networking serta penyelidikan!
Picture
Picture
0 Comments

Icedutech

2/14/2019

0 Comments

 
Picture
Picture

Sudah terlalu lama rasanya saya tidak menghadiri mana-mana persidangan antarabangsa yang khusus seputar bidang Teknologi Pendidikan atau Educational Technology. Kebanyakan seminar yang sering dihadiri adalah umum kepada Sains Sosial. Kesempatan ini saya ambil sementelah dilamar menjadi committee member yang antara lain bertangugngjawab melaksanakan tugas sebagai pewasit serta mempengerusikan sesi pembentangan selari. 

Syukur, Dr Hazrati turut bersama-sama saya menghadiri ICEDUTECH ini. Jadi perjalanan dan agenda tiga hari tidaklah terasa sunyi kerana ada teman mengembara. 

Seminar berlangsung di Lingnan University. Letaknya di Tuen Mun - hentian terakhir untuk tren MTR. Fuhhh .. memang agak di hujung tanjung (hmmm ... mengingatkan saya akan kembara beberapa tahun lalu di Paris bersama pakar kaunseling dari Unimas, Dr Salmah. Hotel kami juga letaknya di hentian terakhir tren. Puas menunggu untuk tiba. Namun yang penting hotel ratenya murah hehe! Ok tinggalkan cerita Paris .. sambung cerita Hong Kong pula). 
Picture
Picture
Picture
Antara yang menarik adalah beberapa pembentangan ucaptama yang menyentuh topik Cybersecurity (Prof Hui dari Hong Kong University of Science and Technology), Digital transformation of K-12: From digitized curriculum to deeply-digital curriculum (Prof Chatie & Prof Elliot dari USA) serta demonstrasi bagaimana mudahnya maklumat peribadi 'ditawan' oleh robot Zenbo  - Using companion robot for research and education (Prof Hung dari Ontario Institute of Technology Canada). 


Tidak kurang menariknya adalah topik-topik pembentangan selari di sepanjang tiga hari yang penuh bermanfaat itu. Benarlah pesan para sifu, jika mahu mendalami kefahaman dalam bidang sendiri, hadirlah ke seminar yang khusus untuk bidang itu sahaja kerana di situ bukan sahaja pembentangan semuanya ada kaitan dengan bidang kita, malah peluang untuk duduk bersama dengan pakar-pakar bidang dari luar negara tentu sekali kesempatan yang tidak boleh dilepaskan. 

Kami memang kesuntukan masa untuk bersiar-siar di sekitar Tuen Mun lantaran sehari-hari memang dihabiskan di Lingnan University. (Memang niat dipasang untuk hadir penuh ke seminar ini) syukurlah perjalanan dari hotel tempat kami menginap hanya mengambil masa sekitar 15 minit menaiki bas. Namun pengalaman mencari stesen bas serta nombor bas untuk ke Lingnan University agak menyeronokkan (walaupun agak letih sebenarnya kerana terpaksa menapak ke stesen tren yang terletak sekitar 500 meter dari Penta Hotel). 

Kebanyakan rakyat di sana juga boleh berbahasa Inggeris meskipun tidak begitu fasih namun boleh membantu misalnya menunjuk arah. Sementelah, semenjak di bangku sekolah dahulu saya sememangnya 'hantu' drama dan filem Kantonis, jadi beberapa perkataan dalam Kantonis masih boleh diingati. Seronok dapat berbual bersama pemandu teksi yang kami tumpangi pada hari kedua dan ketiga untuk pulang semula ke hotel. Ternyata mereka teruja apabila melihat orang asing boleh menggunakan beberapa patah perkataan dalam konteks yang tepat hahaha. Terima kasih Andy Lau, Simon Young, Anita Mui dan tidak ketinggalan Jackie Chan! :P 


Melalui keseluruhan perjalanan di seminar ini beberapa refleksi untuk renungan: 

1. Jangan underestimate international conference seperti ini. Pastikan topik yang dipilih untuk dibentangkan merupakan topik yang signifikan dengan bidang serta memperlihatkan sumbangan dalam kajian. 

2. Tidak salah untuk membentangkan sesuatu projek yang bersifat 'on-going' kerana melalui platform ini, akan ada sahaja idea dikongsi oleh para audiens. 

3. Pastikan slide ringkas dan yang paling penting, bersedia dengan latihan atau rehearsal agar tidak gugup dan hilang kata-kata di hadapan para penonton yang datang dari pelbagai pelosok negara. 

4. Jangan berkumpul dengan ahli rombongan senegara sahaja. Pastikan berbual dan perkenalkan diri kepada mereka. Lebih baik sediakan kartu nama anda dan masukkan maklumat untuk dihubungi. Boleh juga senaraikan bidang penyelidikan bagi memudahkan orang lain mengetahui larat belakang (mana tahu jika ada rezeki untuk kolaborasi di masa akan datang!). 

5. Mereka yang bermata biru berambut blonde kadang-kadang agak segan apabila melihat wanita jelita bertudung. Jadi jangan teragak-agak menegur dahulu. Tunjukkan keterbukaan kita. Kita tidak tahu persepsi apa yang ada dalam diri mereka. Namun percayalah, apabila kita menunjukkan kemesraan, mereka tidak teragak-agak untuk membalas dengan kemesraan juga. 

6. Jika ke negara yang bukan negara Islam, makanan halal mungkin tidak mudah didapatkan. Jadi pastikan memilih pilihan makanan vegetarian untuk mengelakkan kita berputih mata. Alhamdulillah, lunch kami begitu enak sekali malah portionnya agak besar sehingga tidak mampu dihabisi! Sesekali meninggalkan ayam, daging atau ikan tiada masalahnya. Namun jika tiada pilihan makanan di luar, pastikan bekal maggi dan biskut atau roti secukupnya dibawa. (Kami meninggalkan 6 peket maggi di meja sebelum pulang. Kami anggap ia sebagai ole-ole untuk petugas hotel .. tak larat pula nak bawa balik semula!) 

7. Rancang penginapan serta kenalpasti kemudahan pengangkutan yang ada sebelum bertolak dari negara kita. Dapatkan maklumat lain seperti ramalan cuaca misalnya kerana ia akan membantu kita memilih pakaian yang sesuai sebelum keluar. Oh oh Hong Kong pada ketika ini sebenarnya dalam mode musim sejuk namun suhunya tidaklah begitu sejuk. Malah ini musim sejuk yang paling 'panas' di Hong Kong berbanding tahun-tahun sebelum ini. 

Hmm .. agak panjang entri kali ini. 
Jumpa lagi. ^____^

0 Comments

Teknologi  untuk  kehidupan  lestari

9/22/2018

0 Comments

 
Picture

Jemputan ke seminar ini saya terima sehari sebelum berlangsungnya acara ini. Oleh kerana jemputan dihantar secara personal, jadi tidak manis rasanya mengatakan tidak meskipun sebenarnya saya agak putar-alam dengan jadual komitmen yang telah dipersetujui lebih awal. Untuk menolak juga terasa rugi pula kerana input yang dihidangkan jarang-jarang diperolehi, tambahan pakar-pakar dari universiti terkemuka seperti US (Harvard, Indiana), UK (Edinburgh), Kanada (Victoria), Qatar dan pelbagai lagi turut sama berkongsi. 

Alhamdulillah, sekurang-kurangnya dapat mendengar isu-isu berkaitan penggunaan teknologi dalam dunia latihan dan amalan perubatan dan kesihatan - memberi satu 'insight' yang segar kerana latar belakang saya yang berbeza. Sememangnya teknologi itu ada manfaatnya, namun kebitaraan manusialah yang menentukan bagaimana ia digunapakai untuk menghasilkan impak yang sewajarnya. Teknologi bukan segala-galanya. Sentuhan kemanusiaan serta konsep berguru secara 'talaqqi' atau face-to-face tidak boleh dipinggirkan secara total. Menarik sekali apabila ada bicara yang menyinggung isu data raya (big data) dan peranan artificial intelligence (AI) dalam bidang kesihatan.  

Duduk bersama pengamal perubatan serta penyelidik dalam bidang ini membuat saya merasa diri terlalu kecil. Melihat sumbangan mereka kepada kesejahteraan hidup manusia sejagat turut membugarkan rasa kagum dan bangga. Alhamdulillah atas pengalaman ini. Alhamdulillah atas ilmu dan kesedaran ini - ilmu Allah itu terlalu luas untuk seorang manusia kerdil menguasai segalanya! 


0 Comments

Menjejak Kenangan

4/6/2018

0 Comments

 
Suatu ketika dahulu, kampus ini menjadi saksi tahun-tahun saya di ijazah pertama. Masih kejap di zihni, kenangan berkejar-kejar ke kuliah dan tutorial setiap hari. Kolej Bestari menjadi tempat kediaman yang menyimpan seribu kenangan pahit manis. 

UM. 
Kampus yang sudah agak lama ditinggalkan namun sesekali apabila kembali ke sini, banyak memori silam tercipta mekar bugar kembali dalam ingatan. 

Saya menerima jemputan daripada ADEC UM sebagai juri bagi pembentangan hasil penyelidikan sempena Learning Improvement and Teaching Enhancement Research Conference 2018. Para pembentang adalah kebanyakannya penerima geran Learning Improvement and Teaching Enhancement (LITeR) yang memaparkan hasil penyelidikan masing-masing mengikut disiplin tersendiri. Jika di UKM, LITeR mungkin boleh disamakan dengan Geran Projek Tindakan Strategik (PTS) yang memfokuskan kepada penyelidikan berkaitan aktiviti serta pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran. Manakala Seminar LITeR ini pula sama seperti Scholarship of Teaching and Learning Symposium yang diadakan saban tahun di UKM. 

Agak menarik untuk mendengar dan meneliti hasil penyelidikan yang dikongsi pada seminar ini. Sedikit sebanyak ia memacu pemikiran yang lebih inovatif dan reflektif serta mengelakkan kejumudan dalam praktis semasa. 

Terima kasih Dr Farrah dan Dr Zahir di atas jemputan ini! 




0 Comments

National Conference on the 4th Industrial Revolution Skills Development

12/26/2017

0 Comments

 
Picture
Alhamdulillah NC4IR akhirnya berjaya dilangsungkan dengan jayanya! Syabas buat kesemua ahli jawatankuasa kerja yang begitu komited dengan portfolio masing-masing. Ini kali pertama saya ditugaskan sebagai Floor Manager dan sesungguhnya sebelum acara berlangsung saya agak risau jika tidak dapat menjalankan tugas dengan sebaiknya. Maklumlah peranan Floor Manager amat berat kerana perjalanan keseluruhan majlis bergantung kepada lampu hijau kami!

Syukur, keseluruhan aktiviti dapat dilangsungkan mengikut jadual yang ditetapkan kecuali untuk agenda forum - atas sebab-sebab teknikal namun berjaya dihabiskan mengikut waktu jua. 

Seharian memegang walkie talkie ke sana ke mari sememangnya agak memenatkan namun apabila acara tiba ke garis penamat, semacam perasaan menyelinap. Alhamdulillah di atas kelancaran segalanya. Terima kasih Hazrati yang turut sama bertugas sebagai Floor Manager bersama saya dan tidak dilupakan Izwan yang berperanan sebagai JK Protokol yang sama-sama berganding bahu dalam memastikan segalanya berjalan mengikut tentatif. 

Oh oh .. saya mula sukakan tugas ini! Mungkin sudah agak bosan dengan tugas-tugas multimedia, rekabentuk serta buku program yang seringkali diberikan untuk seminar-seminar sebelum ini! Jika diberi peluang lagi untuk bertugas sebagai Floor Manager mungkin saya tidak akan menolak! 

Apapun, pengisian di sepanjang program sehari ini amat signifikan serta dibutuhkan semua. Lensa kefahaman tentang 4IR serta implikasinya kepada pembangunan kemahiran sumber manusia serta kepentingannya dalam kelangsungan perkembangan ekonomi serta bidang sosial dan kemanusiaan menjadi semakin meluas dan mendalam. Alhamdulillah di atas kesempatan yang diberi untuk menceduk maklumat serta menghadamkannya mengikut kapasiti serta bidang tersendiri. 

Syabas FPEND! 


0 Comments
    free web counter no ads
    Welcome to my website. See you again! :)

    RSS Feed

    Archives

    March 2025
    December 2023
    November 2023
    October 2023
    August 2023
    May 2023
    March 2023
    February 2023
    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    February 2019
    January 2019
    October 2018
    September 2018
    August 2018
    July 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    July 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    July 2015
    June 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014


    Realtime Website Traffic

    Categories

    All
    4IR
    Academia
    Aidil Fitri
    AKEPT
    AKRI
    Announcement
    Anugerah Bitara UKM
    Apel.Q
    APRS
    Assessment
    Audit
    Augmented Reality
    Award
    Bandung
    Benchmark
    Bengkel
    Brunei
    BSTP
    Cabaran Perdana
    Campus Life
    Campuslife
    Center For Education Extension
    Choices
    Coklat
    Computational Thnking
    Conference
    Convocation
    Cyber Crime
    Determination
    Educator 4.0
    Edutourism
    E Learning Training
    E-learning Training
    Expert Evaluation
    FPend
    Friendship
    Geran Industri
    Google Scholar
    Guru
    H-Inovasi
    Hong Kong
    Immersive Learning
    Infographic
    Innovation
    Interpretive Structural Model
    Interpretive Structural Modelling
    IOER
    Japan
    Life
    Life Long Learning
    Lifo Long Learning
    Love
    MARA
    Memory
    Micro Credential
    Micro-credential
    Missing In Life
    MOOC
    Nominal Group Technique
    Oath
    ODL
    ODL UKM
    Open & Distance Learning
    Open Distance Learning
    Palestine
    PhD
    Piety
    Pitching
    PKP
    Praktikum
    Praktkum
    Pray
    Project
    Provisional Accreditation
    PTPTN
    Publication
    Pusat Internet
    Pusat Kembangan Pendidikan
    Qualitative Data
    Ramadhan
    Research
    Research Grant
    Robing
    Role
    Self Reminder
    Self-reminder
    Seminar
    Sijil Profesional
    Simposium
    SoTL
    Success Recipe
    Supervisee
    Symposium
    Talk
    Teaching Practicum
    Thank You
    Time Is Hindering
    True Friend
    UKM
    UKMShape
    UNESCO
    Universal Design
    Visit
    Viva
    Wedding