Mengekalkan tradisi tahunan, jamuan kesyukuran sempena Adil Fitri tetap meriah di rumah kami Fakulti Pendidikan. Perkarangan berbeza iaitu di Hub Inovasi Pelajar juga memberi sentuhan yang lebih manis kerana lokasinya yang agak redup dengan teduhan dedaunan di sekeliling. Para tamu dari luar fakulti turut sama menjadi penyeri kepada acara hari ini.
Alhamdulillah thummalhamdulillah di atas segala nikmat yang dikurniakan buat kami insan-insan kerdil. Mudah-mudahan sahaja silaturahim menjadi lebih kukuh serta sebarang jurang dapat dirapatkan safnya. Di kesempatan ini masih tidak terlewat untuk saya mengucapkan Salam Syawal buat semua. Mohon dimaafkan segala khilaf secara sengaja atau tidak. Lembayung rahmat Allah jua yang kita dambakan :) Oh oh .. ruang ini sudah banyak bersawang. Rupanya kali terakhir saya menulis adalah pada bulan April yang lalu. Duh, masa memang memburu. Mohon permisi semua!
0 Comments
Lebaran datang hanya sekali setahun. Saat ini saya kira menjadi sesuatu yang ditunggu-tunggu barangkali khususnya anak-anak kecil kerana lebaran bermaksud keraian dan pesta kegembiraan. Anak bujang saya tahun ini berjaya menjalani ibadah puasa penuh sebulan (kecuali hari terakhir kerana mengalami sakit perut dan cirit-birit). Alhamdulillah, satu pencapaian yang membanggakan untuk anak kecil seperti dia.
Lebaran turut sinonim dengan duit raya serta ziarah menziarah. Ketupat lemang, rendang, nasi himpit dan pelbagai juadah menjadi senarai pilihan. Itulah budaya yang telah sebati dalam masyarakat. Tahun ini, permintaan anakanda jua, ingin menjenput rakan sekelas ke rumah. Sementelah tahun nan lepas tiada rumah terbuka diadakan, tahun ini secara sederhana atua kecil-kecilan saya bekerja di dapur untuk menyediakan sedikit juadah. Tetamu-tetamu cilik datang sempena undangan. Saya turut menjemput beberapa sahabat yang telah begitu lama tidak bertemu untuk turut sama di samping sekumpulan pelajar sarjana dan Phd. Alhamdulillah ala kulli hal .. memang seronok sesekali menerima kunjungan ke rumah. Di atas segala kekurangan saya menyusun 10 jari memohon kemaafan. Dari sudtu hati yang paling dalam, terima kasih atas kesudian untuk mampir ke perteduhan kami sekeluarga :) Semoga silaturahmi ini sentiasa terpelihara jua. Salam Syawal yang sudah mengensot ke penghujung! |
Archives
December 2020
Blogs that I follow:Edutopia
Center for Teaching Educators Technology Jendela Kamila Tinta Seorang Wanita PhD Blog Patter The Thesis Whisperer James Hayton e-Learning Acupunture Mendeley Blog Let's View my Blog Google Drive Blog SuperWebsiteBuilder e-learning learning Brain Rules Peter Pappas Classroom 2.0 Scoop.it Categories
All
|