Fariza Khalid
  • Home
    • Guestbook
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks

ODL  Team

6/4/2022

0 Comments

 
Picture
Syawal telah berlalu namun kami belumpun berkesempatan untuk beraya bersama! Lalu kesempatan yang ada pada Jumaat yang lepas tidak dilepaskan untuk duduk-duduk sebentar sambil menikmati santapan tengahari. 

Yanti, Sha & Zul - team ODL yang sentiasa positif dalam setiap apa yang dilakukan. Meski banyak rintangan di sana sini, lompang di kiri dan kanan namun itulah adat dalam perjalanan sebuah program baru saja menapak. Let's make it to the end ladies! 

Terima kasih di atas persahabatan ini. 
#odlukm #odlforever 
0 Comments

Keserakanan antara PTJ

2/16/2022

0 Comments

 
Picture

Kisah semalam. 
Dijemput ke Pengajaran UKM oleh orang kuatnya cik Jamilah a.k.a Cik Jem.
Turut memeriahkan perbincangan adalah PM Dr Roziah - Pengarah PJK,  Timbalan Pengarah  Pembangunan Kurikulum yang baharu - PM Dr Zulkefli, Dr Laili dari GSB dan Pn Yanti, Project Manager untuk ODL UKM. 

Ada beberapa perkara yang diperhalusi dan cuba dihadam. 
Meski ada kesangsian tentang penggunaan istilah Semakan Kurikulum untuk program ODL (yang sepatutnya mengikut MQA adalah dianggap program baharu) kami sepakat untuk mencari jalan penyelesaian terbaik. 

Seperti biasa bila group ini berkumpul, hal-hal lain lebih banyak daripada agenda utama! Namun slot petang semalam bagi saya adalah satu sesi yang bermakna buat semua PTj terlibat - UKMShape, Pengajaran UKM dan Pusat Jaminan Kualiti UKM. 

Alhamdulillah terima kasih semua, semoga apa yang kita kerjakan sebagai satu amanah diganjari dengan kebaikan dan redha-Nya jua. 
0 Comments

Kehilangan dia

11/30/2021

0 Comments

 
Picture
Maaf, catatan ini sudah terlebih dari basi. Namun kerana ini sahaja ruang yang ada untuk saya mencoret lalu hal ini perlu saya teruskan pengkisahannya.

Ya, kami kehilangannya. 
Instructional Designer pertama untuk Unit ODL - Sheril akhirnya meninggalkan UKM. Saya tidak mahu menghalang pemergiannya kerana pada hemat saya hijrah yang dilakukan adalah ke arah peningkatan profesionalism yang bermakna. Mudah-mudahan niat untuk menjadi seorang pensyarah yang penuh wibawa dan hikmah akan dapat digapai dengan jayanya! Saya juga mendoakan pada suatu hari kelak saya akan dapat bertemu dengan Dr. Sheril Syazwani! 

Begitu banyak baktinya buat ODL - satu program yang asing bagi kebanyakan orang khususnya di UKM ini namun kemasukan Sheril ke Pusat Kembangan Pendidikan bukanlah secara kebetulan. Proses temuduga yang berlangsung dari pagi hingga ke petang menuntut jawatankuasa pemilih (pada ketika itu dipengerusikan oleh mantan Pengarah PKP - Prof Norhamidi, dianggotai bersama oleh PM Dr Faidzul, saya, serta wakil dari Bendahari serta Jabatan Pendaftar) membuat pertimbangan yang teliti. Namun pengalaman yang berkait rapat dengan pengendalian LMS untuk program ODL akhirnya memancing kami untuk sebulat suara memilihnya sebagai calon pilihan. Alhamdulillah, beliau menerima tawaran lalu bermulalah perjalanan program ODL yang panjang lagi berliku. 

Unit ODL bertambah lagi keahliannya setelah Yanti, Pengurus Program melaporkan diri selang tidak lama selepas Sheril. Pada ketika itu kami bertiga bekerja rapat dalam hal-hal berkaitan ODL, disokong pula oleh Dr Faidzul dan Dr Zainol yang tidak jemu memerah otak untuk sama-sama mereka bentuk program ODL UKM yang julung-julung kalinya dibangunkan. 

Sebagai ID, tugas beliau banyak berkisar tentang penghasilan storyboard untuk bahan pembelajaran sokongan serta memberi penasihatan tentang penulisan modul bertulis kepada pakar kandungan yang terlibat. Ternyata pemergian Sheril yang belum diisi sedikit sebanyak meninggalkan kesan kepada keseluruhan perjalanan pembangunan program ODL. Mungkin apa yang terjadi ada hikmahnya. Tarikh sasaran untuk memulakan program ODL pada Januari 2022 tidak tercapai jua kerana faktor-faktor di luar kawalan. Tarikh-tarikh mesyuarat yang ditangguh beberapa kali di peringkat UKM mahupun KPT antara sebab perancangan awal terpaksa dilupakan. Namun seperti yang saya katakan tadi, semua yang terjadi ada hikmahnya. Di saat-saat kami kehilangan seorang ID, tempoh persediaan secara tidak langsung menjadi lebih panjang, lalu ada lah ruang untuk bernafas alhamdulillah. 

Sheril,
Saya rakamkan ucapan jutaan terima kasih buat Sheril di atas segala kepakaran yang dicurahkan serta komitmen yang tinggi yang telah ditunjukkan. Sheril merupakan seorang pekerja yang tahu skop tugasannya, tidak menunggu disuruh berkali-kali. Sekali arahan diberi, pasti akan siap. Inilah nilai profesionalisme yang harus diikuti oleh semua. Punctuality, accountability serta tidak culas/curi tulang dalam waktu bekerja, menjadikan beliau mempunyai status tersendiri di mata saya.  Semoga Sheril gembira dan tenang di tempat kerja yang baharu. Jarak yang jauh bukanlah pemisah. Semoga akan ada ruang untuk kita berjumpa lagi di lain masa Insha Allah. 
Picture
Picture
Picture
Picture
0 Comments

Akreditasi Sementara Program  ODL

7/10/2021

0 Comments

 
Picture
Picture
Alhamdulillah thummalhamdulillah ... 
Sebuah perjalanan panjang akhirnya tiba juga ke titik ini. Satu lagi program di bawah Open & Distance Learning (ODL) melalui audit lokasi secara maya sebagai sebahagian daripada proses untuk mendapatkan kelulusan akreditasi sementara iaitu Sarjana Muda Pengajian Islam dengan Kepujian (Usuludin dan Falsafah). 

Setinggi-tinggi penghargaan buat penilai luar PM Dr. Azidah aka Dr. Jid, sahabat saya daripada USM dan PM Dr Helmi dari Pengajaran UKM di atas setiap maklum balas membina yang dikongsikan. 

Syabas dan tahniah buat semua tenaga kerja daripada FPI di atas komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk program ODL ini. 

Semoga Allah mempermudahkan segala urusan dan perancangan kita. Ameen. 

0 Comments

Audit Lokasi - Program ODL

4/22/2021

0 Comments

 
Picture
Picture
Alhamdulillah, hari ini telah berlangsung Audit Lokasi Secara Maya untuk Akreditasi Sementara Program ODL sulung kami.  Dua program terlibat adalah Sarjana Pendidikan dalam Teknologi Pendidikan dan Sarjana Pendidikan dalam Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua. 

Apa yang boleh dikatakan .. sesi sekitar 2 jam penuh dengan debaran dan pengharapan. Saya nampak kesungguhan semua ahli memberikan yang terbaik. Manakan tidak, usaha yang telah dicurahkan selama berbulan-bulan lamanya akhirnya sampai jua ke saat yang dinantikan. 

Meskipun laporan penuh belum kami terima, namun saya bermunajat kepada-Nya agar proses akreditasi sementara untuk program sulung ODL ini berjalan lancar. 

Setinggi-tinggi penghargaan buat Dr Effendi, KJK Fakulti Pendidikan di kerana menjadi hos yang tersangatlah awesomenya! You are the best Fendi! :)

Sekalung penghargaan yang tidak terhingga juga buat 
YBhg. Prof Dato’ Dr. Norazah Mohd Nordin, Dekan FPend yang telah membuat pembukaan majlis. Terima kasih semua ahli panel penilai, serta PM Dr. Dalbir Singh, Pn Hidayu dan Cik Hafizah dari PJK yang turut hadir. Terima kasih juga PM Dr Zainol selaku KJK PKP kami :) 

Sesi ini sesungguhnya tidak akan menjadi kenyataan tanpa sinergi daripada semua. Setinggi-tinggi tahniah buat Dr Hazrati selaku Penyelaras Program Sarjana Teknologi Pendidikan dan Dr Maslawati selaku Penyelaras Program Sarjana TESL. You have done a great job !! 

And of course, not to be forgotten - my ODL team: Nurziyanti our program manager and Sheril our Instructional Designer for your endless commitment and hardwork! To our CC team: Khairul, Zaidi and Hashim - keep up the great job! All the graphics are beautifully created! Alhamdulillah thummalhamdullillah! 

Kepala buntu untuk mengulas lebih lanjut. Pulang semalam juga dengan kepala kosong. Saya masuk ke peraduan lebih awal dan tidur juga lena! 

Picture
Picture
Picture
0 Comments

Bengkel Penulisan Modul  Program  ODL

4/13/2021

0 Comments

 
Picture

Alhamdulillah, our ODL team managed to conduct another workshop to facilitate the module writing process to all subject matter experts from the Faculty of Education. This time around, we had a chance to have a face-to-face session at Bangi Resort Hotel. It was unfortunate that I had flu a day before the date :( 

I decided not to attend the workshop, as I know my presence might create an unease atmosphere for the attendees. Adhere to the SOP first, peeps! 

Time flies so fast, and I know that it is not easy to complete the module writing within a short period. For that, I admire the commitment shown by all the module writers; despite a hectic schedule - classes, supervision, plus research activities - they dedicated their precious and valuable time to sit down for a whole day to continue with the writing process. 

Bravo to our Program Manager -Yanti, and our instructional designer - Sheril, for your diligence and enthusiasm throughout the day! Let's have Japanese cuisine together after the Raya!  ​


Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
0 Comments

Edutech is going ODL!

3/4/2021

0 Comments

 
Picture
Masih di bawah lembayung bayang-bayang ODL. Alhamdulillah hari ini dapat berkumpul bersama geng EduTech meski kehadiran penuh masih belum juga dapat dipecahkan rekodnya! Ye ye .. ramai orang penting di dalam kumpulan kami ini. Lalu berjumpalah mereka yang berkelapangan pada hari ini. 

Banyak yang dibincangkan khususnya berkaitan program ODL Teknologi Pendidikan yang inshaAllah akan mula menemui khalayak pada September 2021 ini. Bukan mudah untuk membina satu program ODL .. namun rasanya kami harus bersyukur kerana ODL, online delivery, multimodality learning materials, online assessment bukanlah sesuatu yang terlalu asing bagi mereka di dalam bidang Teknologi Pendidikan ini. 

InshaAllah nantikan kemunculan program baharu ini yang diberikan nafas yang lebih segar, dengan kursus yang diadun untuk mengisi keperluan semasa khususnya dalam teknologi dalam pendidikan yang bergerak begitu pantas. 

Minggu hadapan bakal bermula acara menulis modul. Jomlah kawan-kawan .. kita buktikan komitmen kita sehingga ke akhirnya. 

Kepada mereka di luar sana yang berminat untuk melanjutkan pengajian di peringkat sarjana secara dalam talian sepenuhnya .. kami mengalu-alukan kehadiran anda! InshaAllah saya akan kongsikan dari masa ke semasa tentang perkembangan program ini. Barangkali ada yang sedang mencari-cari peluang menghabiskan pengajian master dalam tempoh 1 tahun?  Atau barangkali ramai para guru dan pegawai-pegawai dalam bidang pendidikan yang mencari kaedah pengajian yang fleksibel dan tidak mengganggu jadual hujung minggu? 
Yessza .. nantikan ..! 
#ODL #ukmodl #edutech #fpend

0 Comments
    free web counter no ads
    Welcome to my website. See you again! :)

    RSS Feed

    Archives

    March 2025
    December 2023
    November 2023
    October 2023
    August 2023
    May 2023
    March 2023
    February 2023
    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    February 2019
    January 2019
    October 2018
    September 2018
    August 2018
    July 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    July 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    July 2015
    June 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014


    Realtime Website Traffic

    Categories

    All
    4IR
    Academia
    Aidil Fitri
    AKEPT
    AKRI
    Announcement
    Anugerah Bitara UKM
    Apel.Q
    APRS
    Assessment
    Audit
    Augmented Reality
    Award
    Bandung
    Benchmark
    Bengkel
    Brunei
    BSTP
    Cabaran Perdana
    Campus Life
    Campuslife
    Center For Education Extension
    Choices
    Coklat
    Computational Thnking
    Conference
    Convocation
    Cyber Crime
    Determination
    Educator 4.0
    Edutourism
    E Learning Training
    E-learning Training
    Expert Evaluation
    FPend
    Friendship
    Geran Industri
    Google Scholar
    Guru
    H-Inovasi
    Hong Kong
    Immersive Learning
    Infographic
    Innovation
    Interpretive Structural Model
    Interpretive Structural Modelling
    IOER
    Japan
    Life
    Life Long Learning
    Lifo Long Learning
    Love
    MARA
    Memory
    Micro Credential
    Micro-credential
    Missing In Life
    MOOC
    Nominal Group Technique
    Oath
    ODL
    ODL UKM
    Open & Distance Learning
    Open Distance Learning
    Palestine
    PhD
    Piety
    Pitching
    PKP
    Praktikum
    Praktkum
    Pray
    Project
    Provisional Accreditation
    PTPTN
    Publication
    Pusat Internet
    Pusat Kembangan Pendidikan
    Qualitative Data
    Ramadhan
    Research
    Research Grant
    Robing
    Role
    Self Reminder
    Self-reminder
    Seminar
    Sijil Profesional
    Simposium
    SoTL
    Success Recipe
    Supervisee
    Symposium
    Talk
    Teaching Practicum
    Thank You
    Time Is Hindering
    True Friend
    UKM
    UKMShape
    UNESCO
    Universal Design
    Visit
    Viva
    Wedding