Fariza Khalid
  • Home
    • Guestbook
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks

Lawatan Penanda Aras ODL (UNISZA)

3/19/2025

0 Comments

 
Picture
Menerima kunjungan daripada delegasi Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)  yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Mohd Khalid bin Awang, Dekan Fakulti Informatik dan Komputeran. Delegasi turut disertai oleh Dr. Wan Suryani binti Wan Awang Timbalan Dekan (Akademik & Siswazah) dan Dr. Abd Rasid bin Mamat Penyelaras Program Akademik. 

Antara perkara pokok yang dibincangkan semasa sesi ini termasuklah 

➢ Pelaksanaan ODL bagi program pasca siswazah
➢ Kaedah dokumentasi dan implementasi ODL
➢ Pemantauan dan penglibatan pelajar dan pensyarah
➢ Pembangunan Modul Kursus dan Penyediaan SIMS

Memandangkan kesemua ahli delegasi merupakan 'teman sekampung' jadi saya merasakan sesi ini amat dekat di hati, tentulah kerana boleh berbahasa Terengganu dengan lawasnya :D 

Terima kasih teman-teman dari UNISZA yang sudi mampir ke UKMShape. 
Sama-samalah kita mengimarahkan penawaran program secara ODL kerana sudah pasti ODL Is The Future! 

#ODL #ODLUKM #Benchmarking 
​ 
Picture
Picture
0 Comments

Lawatan Penanda Aras Unimas

3/19/2025

0 Comments

 
Picture
Alhamdulillah selesai satu lagi sesi lawatan penanda aras. Kali ini daripada  Pusat Pembelajaran Fleksibel (CFLEX) UNIMAS yang telah diadakan secara dalam talian. 

Antara yang turut hadir pada sesi yang diadakan secara dalam talian tersebut adalah 
Dr Kartinah Zen, Pengarah Pusat Pembelajaran Fleksibel (CFLEX) serta para pensyarah UNIMAs yang lain. 

Perbincangan dan perkongsian dibuat seputar isu-isu berkaitan penawaran program Open & Distance Learning (ODL) serta Micro-credential. Meskipun UKM telah mendahului universiti-universiti lain dalam penawaran program secara ODL, masih banyak lagi perkara yang perlu diterokai sekaligus membantu dalam mempertingkat kualiti perkhidmatan buat pelajar ODL kami. 

Semoga sesi ini memberi sedikit input yang berguna kepada sahabat-sahabat di UNIMAS. 

Seringkali saya tekankan setiap kali lawatan penanda aras daripada rakan-rakan universiti lain - bahawa kita bukanlah bersaing antara satu sama lain; sebaliknya kita harus saling memberi sokongan agar agenda untuk menyemarakkan penawaran program secara ODL dan Micro-credential dapat dicapai sekaligus mendokong agenda Pembelajaran Sepanjang Hayat negara. 

Terima kasih Dr Kartinah dan rakan-rakan di atas kunjungan maya ini. 
All the best UNIMAS :) 

#ODL #ODLUKM #Benchmarking 



0 Comments

Benchmarking Visit UMT

12/21/2023

2 Comments

 
Picture
Picture
Picture
​Hosted a benchmarking visit from Universiti Malaysia Terengganu (UMT) at the Canselory building. The session was chaired by our Deputy Vice-Chancellor (Academic and international Affairs), Prof. Dr. Mohammed bin Kassim. 

The head of a delegation from UMT was Prof. Dr. Ahmad Zamri, UMT's Deputy Vice-Chancellor (Academic and International Affairs). We discussed the Strategic Business Unit concept and the programs offered. Open and distance learning programs were among the topics discussed. 


2 Comments

Benchmarking Visit- Hanyang University

12/21/2023

0 Comments

 
Picture
Picture
Picture
The delegation from Hanyang University, South Korea led by Prof. Dr. Sukjoo Bae (Dean of General Graduate School), Mr. Kunsoo Lee (Senior manager of General Graduate School Administration) and Ms Jiyun Lee (Associate Manager of International Affairs, Admission Program) arrived at the Center for Shaping Advanced & Professional Educational (UKMShape) on their first visit to UKM.

Hanyang University has intended this visit to learn more about how the Open and Distance Learning (ODL) program is conducted by UKM.

The session started with a welcoming speech delivered by Deputy Vice-Chancellor Academic & International Affairs, UKM, Prof. Dr Mohammad Kassim and was passed to Assoc. Prof. Dr Fariza Khalid, Deputy Director I (Academic and Programme Extension) to continue sharing more about UKMShape.

Mrs Nurziyanti Mohamed Khan (ODL’s Project Manager) also presented the process involved in developing the ODL’s programs and the journey until UKM is ready to offer the program to local and international students.

The session was continued by a presentation by Hanyang University on their first Online Program to be offered in September 2023.

Sharing the same method of delivery for both programs ODL UKM and Hanyang University welcomed any opportunity for collaboration between UKMShape and Hanyang University in the near future.
​
#UKM #UKMShape #ODLUKM #OpenDistanceLarning #HanyangUniversity
0 Comments

Lawatan  Penandaaras  Universiti Malaysia Kelantan

8/27/2023

0 Comments

 
Picture
23 Jun 2023 | Jumaat

UKMShape menerima lawatan penandaarasan oleh Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bagi sesi perbincangan berkenaan sistem yang digunapakai, kawalan sistem, struktur penawaran program, modul, pengurusan pelajar dan lain-lain perkara yang berkaitan.

Kunjungan diketuai oleh Ts. Dr. Hasnita Binti Che Harun, Pengarah Pusat Pengurusan Kualiti Universiti (PPQ), diiringi Prof. Madya Dr. Noorul Azwin Binti Md Nasir, Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Kualiti Universiti (PPQ) dan Dr. Nor Hafiza Binti Othman, Ketua Bahagian ODL Pusat Pengurusan Kualiti Universiti (PPQ).
​
Manakala, UKMShape diwakili oleh Prof. Madya Dr. Fariza Binti Khalid, Timbalan Pengarah I (Akademik & Pengembangan Program) dan disertai oleh Puan Nurziyanti Binti Mohamad Khan, Puan Ardilla Binti Muhammad Asri, Puan Zulfarina Binti Zulkeple, Puan Wan Nor Syahira Wan Ali dan Cik Normazwina Balqis Mokhtar dari unit ODL UKMShape.
0 Comments

Bengkel  Pemurnian Instrumen

8/4/2022

0 Comments

 
Picture
Picture
Picture
Siaran tertunda lagi. 

Alhamdulillah ala kulli hal - komitmen semua amatlah dihargai dalam menjayakan bengkel kali ini. Dua bentuk instrumen utama yang akan digunakan dalam penyelidikan ini : soal selidik serta temubual kumpulan berfokus. 

Menariknya kami didedahkan dengan ​Penalty Reward Contrast Analysis (PRCA) oleh PM Dr Zainol. Mendengar saja sudah teruja. Lalu sebulat suara kami memilih untuk mengadaptasinya dalam soal selidik yang dibina. Mudah-mudahan memberi satu makna yang signifikan kepada Research & Development ODL UKM. 
0 Comments

ODL  Research & Development

6/25/2022

2 Comments

 
Picture
Agenda yang telah tertangguh semenjak sekian lama. 
Bukan tidak bersemangat untuk memulakan, namun masa dan kesempatan seringkali melingkari diri. Namun syukur, calon RA telah ditemukan. Dia  umpama diturunkan dari langit, di kala saya mencari-cari. Lalu apabila dia datang, Aishah terus saya lamar :) 

Barisan ahli penyelidik adalah rakan-rakan think tank saya yang sama-sama memerah otak sewaktu ODL UKM mula-mula di rekabentuk dan dibangunkan - PM Dr Faidzul dan PM Dr. Zainol - dua rakan yang saya kenali di Pusat Kembangan Pendidikan. Turut sama adalah Dr Hazrati yang sering saya kepit ke sana sini. 

Perjumpaan awal sebelum research bermula telah berlangsung bulan nan lalu namun baharu hari ini berkesempatan untuk mencatat di sini. Banyak perkara yang perlu dilangsaikan sebelum data kajian dikutip. 

Semoga dipermudahkan setiap langkah ini.  
2 Comments

PTPTN

6/25/2022

1 Comment

 
Picture
Picture
Syukur, kunjungan kerja ke pejabat PTPTN berlangsung lancar. Saya bersama team UKM-Care, Business Development serta Kewangan dan ODL membawa beberapa hasrat, antaranya untuk merundingkan potensi pelajar-pelajar dari program ODL untuk layak menerima pinjaman daripada PTPTN serta meneroka peluang untuk bekerjasama dalam penawaran sijil profesional serta program akademik. 

Terima kasih tuan rumah di atas layanan yang baik serta masa yang diluangkan untuk pertemuan sebegini. 
1 Comment

Bahagian  Sumber  dan  Teknologi  Pendidikan

6/21/2022

0 Comments

 
Picture
Picture
Hasrat untuk berkunjung ke BSTP telah sekian lama tercetus namun seringkali juga masa tidak mengizinkan. Alhamdulillah, kali ini hasrat tersebut telah dapat direalisasikan. Lawatan kerja ke BSTP KPM melibatkan team Business Development, ODL, Micro-credential & Sijil Profesional. Beberapa perkara telah dapat dicetuskan untuk kerjasama seterusnya. 

Terima kasih BSTP di atas masa yang diluangkan untuk perbincangan pada hari tersebut. Mudah-mudahan silaturahim yang terjalin akan terus dikembangkan dari masa ke semasa. 

Di sini, berkesempatan juga untuk bertemu kembali dengan beberapa pegawai yang pernah saya kenali dalam program sebelum ini - en Faridzul dan rakan-rakan. Terasa seperti acara reunion pun ada :D  
Picture
0 Comments

ODL  Team

6/4/2022

0 Comments

 
Picture
Syawal telah berlalu namun kami belumpun berkesempatan untuk beraya bersama! Lalu kesempatan yang ada pada Jumaat yang lepas tidak dilepaskan untuk duduk-duduk sebentar sambil menikmati santapan tengahari. 

Yanti, Sha & Zul - team ODL yang sentiasa positif dalam setiap apa yang dilakukan. Meski banyak rintangan di sana sini, lompang di kiri dan kanan namun itulah adat dalam perjalanan sebuah program baru saja menapak. Let's make it to the end ladies! 

Terima kasih di atas persahabatan ini. 
#odlukm #odlforever 
0 Comments
    free web counter no ads
    Welcome to my website. See you again! :)

    RSS Feed

    Archives

    March 2025
    December 2024
    December 2023
    November 2023
    October 2023
    August 2023
    May 2023
    March 2023
    February 2023
    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    February 2019
    January 2019
    October 2018
    September 2018
    August 2018
    July 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    July 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    July 2015
    June 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014


    Realtime Website Traffic

    Categories

    All
    4IR
    Academia
    Aidil Fitri
    AKEPT
    AKRI
    Announcement
    Anugerah Bitara UKM
    Apel.Q
    APRS
    Assessment
    Audit
    Augmented Reality
    Award
    Bandung
    Benchmark
    Bengkel
    Brunei
    BSTP
    Cabaran Perdana
    Campus Life
    Campuslife
    Center For Education Extension
    Certification
    Choices
    Coklat
    Computational Thnking
    Conference
    Convocation
    Cyber Crime
    Determination
    Educator 4.0
    Edutourism
    E Learning Training
    E-learning Training
    Expert Evaluation
    FPend
    Friendship
    Geran Industri
    Google Scholar
    Guru
    H-Inovasi
    Hong Kong
    Immersive Learning
    Infographic
    Innovation
    Interpretive Structural Model
    Interpretive Structural Modelling
    IOER
    Japan
    Life
    Life Long Learning
    Lifo Long Learning
    Love
    MARA
    Memory
    Micro Credential
    Micro-credential
    Missing In Life
    MOOC
    Nominal Group Technique
    Oath
    ODL
    ODL UKM
    Open & Distance Learning
    Open Distance Learning
    Palestine
    PhD
    Piety
    Pitching
    PKP
    Praktikum
    Praktkum
    Pray
    Project
    Provisional Accreditation
    PTPTN
    Publication
    Pusat Internet
    Pusat Kembangan Pendidikan
    Qualitative Data
    Ramadhan
    Research
    Research Grant
    Robing
    Role
    Self Reminder
    Self-reminder
    Seminar
    Sijil Profesional
    Simposium
    SoTL
    Success Recipe
    Supervisee
    Symposium
    Talk
    Teaching Practicum
    Thank You
    Time Is Hindering
    True Friend
    UKM
    UKMShape
    UNESCO
    Universal Design
    Visit
    Viva
    Wedding