Fariza Khalid
  • Home
    • Guestbook
  • Teaching
    • GP6193 Asas Teknologi Pendidikan
    • GB6022 Academic Writing 2
    • GE1153 Computer in Education
    • GE2153 Educational Technology
    • GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning
    • GE3403 Photography
    • GB6013 Research Methods
    • GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
    • GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan
    • Supervision
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks

Jauh tapi dekat

1/7/2022

2 Comments

 
Picture
Picture
Picture
Persahabatan kami bertaut sudah agak lama di bawah bumbung fakulti tentunya. Inilah geng jiwa lara yang sama-sama menyusur jalan berliku dalam perjalanan semasa masing-masing dalam tempoh cuti belajar untuk pengajian PhD. 

Aida dan Faridah. 
Kami juga pernah menjadi penghuni blok bangunan Keris Mas. 
Acara bowling, makan siang, makan petang malah aktiviti ke panggung wayang menjadi sulaman kebahagiaan meski otak ketika itu sarat dengan tesis, tesis dan tesis. 

Begitulah. PhD itu perjalanan yang panjang dan sunyi namun jangan sesekali bergerak sendiri. Never walk alone, kata tokwan saya. 

Silaturahim itu tetap terpatri. Meski masa dan jarak membatasi.
Tahu tahu salah seorang ingin pergi. 
Lalu pertemuan diatur secara adhoc. 
Banyak cerita yang tersimpan dibuka lembar demi lembar. 
Tidak sedar masa berputar, terasa baru setengah jam bertamu di situ. Rupanya sidah hampir 3 jam mendodoi kisah dan ceritera. 

Selamat berhijrah sahabatku Faridah.
Semoga hijrahmu membawa ke satu dimensi yang lebih berwarna-warni. 
Kami mendoakan kebahagiaanmu di tempat baharu. 

Janji di akhir sesi. Pertemuan ini perlu diulang meski bukan selalu. 
Cukuplah untuk memupuk silaturahim agar tidak kering dan hancur ditelan waktu. 

Selamat meneruskan perjalanan.
Juga buat sahabatku Aida. 
Best betul mendengar suara merdumu di corong radio!  ^___^

Picture
2 Comments

A  Getaway

9/27/2021

0 Comments

 
Picture
Stress will become our best buddy when things are not done correctly as they should be! I feel like shouting - "Wake me up when September ends!" really. 
I have three theses to evaluate - one internal and two as an external reader. I have a grant proposal to be completed by the end of this week. Three modules for ODL (done it halfway through!). Two manuscripts for development letter (editorial work) and 3 manuscripts to review as a reviewer. Publication? Just forget about it... October is approaching very soon, but I haven't had time to complete the drafts since January this year :( 

Ah yes - not to mention a lined up of meetings! Wonder when all these will be over!!!

This feeling is soo intense. To get a 'me time,' I had to flee here - my tiny room at the faculty. 
Turn on the diffuser with some citrus drops, speakers on with Spanish guitar (if you wonder what I am listening to right now, try this LINK Soothing to ears, serene to minds, isn't it?). Yes, a cup of Cappuccino will help wonders too!
O Allah, please grant me the strength to endure all these obligations. 



Picture
0 Comments

Amanah baharu

9/14/2020

0 Comments

 
Picture

Ini suatu amanah yang berat dan saya sendiri masih sangsi samada saya mampu menggalas tanggungjawab ini sebaiknya. Namun saya percaya sesuatu itu berlaku pasti ada hikmah dan pengajarannya. Lalu saya cuba tenangkan hati dan pujuk minda untuk melihat sisi yang positif daripada pelantikan ini. 

Tugas 'core' saya yang diamanahkan adalah untuk  start up program berbentuk Distance Open Learning (ODL). Hasrat UKM adalah untuk menjadikan menara gading ini sebagai satu hub pembelajaran dalam talian yang mampu menarik lebih ramai pelajar daripada latar belakang serta geografi yang berbeza. Namun, untuk menjadikannya sebagai ODL yang benar-benar menepati ciri-ciri ODL yang sepatutnya, banyak tugas yang perlu dilangsaikan. 

Semuanya bersarang di dalam zihni saya dan saya memerlukan kapasiti minda yang tenang dan rasional untuk articulate setiap satu sub-tugas agar dapat diterjemahkan dalam pelaksanaan yang sistematik dan efektif. 

Kepada Allah Azza wa Jalla saya memohon rahmat dan rahim-Nya agar dikurniakan kekuatan fizikal dan mental untuk melunasi amanah ini dan impian untuk melihat 10 program ditawarkan secara ODL menjelang semester awal tahun 2021 menjadi satu kenyataan. 

Allahul Musta'aan ... 
0 Comments

Audit  Pengawasan  MS  ISO 9001:2005

7/8/2020

0 Comments

 
Picture
Ianya satu sinergi yang terbentuk dalam ekosistem yang dinamik. Tanpa sinergi dan sense of ownership yang tinggi, pencapaian yang membanggakan ini sudah tentu hanya sekadar mainan mimpi di siang haru. Waduh ..! Berkilas bahasa pulak kali ni! 

Alhamdulillah ala kulli hal, Audit SIRIM selama dua hari (6&7 Julai 2020) berlangsung dalam suasana yang agak intense namun bersistematik. Setinggi-tinggi tahniah dan syabas khususnya buat KJK Fakulti kami Dr Effendi dan tidak dilupakan Pn Nadia yang banyak membantu dalam melengkapkan segala keperluan dan dokumen. Syabas juga buat semua auditee yang berjaya mengharungi sesi interogasi dengan penuh tenang dan berhemah. 

Berita gembira apabila Pn Elly, auditor kami mengumumkan tiada NCR, tiada FOI untuk Fakulti Pendidikan disambut dengan tepukan dan tangisan air mata gembira. Menambah kemeriahan apabila sambutan hari jadi Pn Nad turut diraikan secara kecil-kecilan dengan acara pemotongan kek yang sodap. Happy belated birthday Nad! Nanti saya bagi hadiah ye! :) 

Selesai bab audit, hari ini bergelumang pula dengan bengkel penyediaan proforma bagi kursus wajib baharu sarjana. Saya terlibat dalam penggubalan proforma untuk Kursus Penyelidikan bersama Prof Lilia dan Dr Aidah. 

Esok pula akan berlangsung bengkel bersama Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat berkaitan pemerkasaan Active Learning untuk pdp dalam talian. 

Allah Allah .. tak cukup kaki tangan dah ni .. markah juga masih ada yang belum diberesi, kerja-kerja editorial juga sudah mendapat 'warning' daripada Editor of Chief - Chris. Tuhanku, berikan rahmat dan rahim Mu buat kami yang sentiasa mengejar tugas-tugas dunia .. mudah-mudahan ia menjadi bekal pahala untuk kehidupan hakiki di sana .. 

Jom semua, kita sambung kerja! 



0 Comments

Kunjungan dari dekat

11/26/2019

0 Comments

 
Picture

Sebenarnya sudah beberapa minggu saya dihubungi Rina, pelajar Sarjana Teknologi Pendidikan dari UPM yang menyatakan hasrat untuk datang bertemu saya di FPend UKM. Namun kerana komitmen yang lain, pertemuan ditangguh-tangguh pula. Hari ini akhirnya kami bertemu mata. Rina datang bersama rakannya Ari dari program yang sama. Mereka datang dengan hajat mendapatkan buku penulisan para pelajar Sarjana saya dari kursus Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat.

​Semoga pembacaan kalian membuahkan hasil dan boleh dijadikan asas ilmu dalam bidang yang diterokai! All the best buat kedua-duanya! 

0 Comments

Q1-   WoS  Edu  High  Flyers!

6/20/2019

0 Comments

 
Picture

Tajuk entri ini mungkin bukan suatu fakta namun dianggap sebagai pemangkin semangat untuk merealisasikan penerbitan yang lebih berimpak dan lebih menjurus kepada jurnal-jurnal terindeks di bawah WoS. Wajah-wajah yang tertera pada layar (gambar di atas) merupakan warga fakulti yang dipilih untuk menyertai bengkel pertama di bawah inisiatif lonjakan penerbitan. Ia juga malah satu tunggungjawab yang besar untuk memastikan visi dan harapan fakulti dalam menambah bilangan penerbitan jurnal terindeks. 

Hmmm .. banyak yang dirancang dan dirangka. Namun masa seringkali merantai jua. Komitmen di sana sini sememangnya banyak memperlahankan proses penghasilan manuskrip :(  namun ianya tidak boleh dianggap sebagai alasan mutlak untuk tidak menerbit. Apatah lagi dengan wujudnya sokongan daripada pakar-pakar luar yang dijemput khas oleh universiti untuk turut sama menggembeleng tenaga fizikal dan mental untuk tujuan ini. 


Datuk Paduka Kamaruzzaman Jusoff bukanlah insan yang asing bagi saya. Semenjak lapan tahun yang lalu, saya sudah pernah menghadiri bengkel penulisan beliau. Kami malah, pernah mengeteh di medan selera Presint 11 Putrajaya bersama rakan saya Sal dari UNIMAS. Pada kali ini, nampaknya ada peluang lagi untuk bertemu beliau. Masih segak, sihat dan energetik orangnya. 
Picture
Proses penulisan sememangnya tidak akan berlaku dalam masa sehari. Banyak proses yang perlu dilalui sebelum sesuatu artikel dapat ditulis dengan berkesan. Malah, pembacaan literatur merupakan ramuan penting sebelum penulisan artikel dapat disempurnakan! 

Semoga tahun ini memberi ruang untuk pencapaian yang lebih baik dari aspek penerbitan inshaAllah! 

0 Comments

i - OER  Expert  Group

4/28/2019

0 Comments

 
Picture
Acara berlangsung sudah agak lama - 28-29 Mac 2019 namun kerana kaki tangan terantai dengan masa, maka catatan ini terpaksa dijeruk lebih lama! 

Satu amanah berat di bahu apabila dijemput menganggotai kumpulan Core Expert Group yang ditaklifkan oleh pihak UNESCO untuk membangunkan garispanduan polisi kebangsaan berkaitan pembangunan bahan OER (Open Educational Resource) untuk pendidikan inklusif. Baru satu bengkel dilalui. Perjalanan ini masih jauh berbaki. InshaAllah Jun nanti akan ada bengkel kedua sebagai susulan. 

i-OER atau bahan sumber pembelajaran terbuka bagi inklusif ini diilhamkan untuk meraikan keperluan khas dalam kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi. Kebanyakan bahan OER sedia ada kadangkala tidak dilengkapi dengan elemen yang boleh dimanfaatkan oleh para pelajar berkeperluan khas. Satu contoh yang mudah, banyak bahan multimedia dibangunkan untuk rujukan dan mempermudah kefahaman pelajar, namun jika hanya muzik dijadikan audio asas, tanpa narration atau voice over, bahan tersebut tidak dapat digunakan oleh pelajar bermasalah penglihatan. Hal yang demikian terjadi kerana kebanyakan pereka bentuk bahan pembelajaran tidak memikirkan keperluan pelajar-pelajar inklusif. Dalam hal ini, Universal Design memainkan peranan penting sebagai paksi dalam pembangunan sesuatu bahan terbuka. 

InshaAllah di lain ruang saya akan bercerita tentang UD yang sangat menarik untuk diteliti dan diamalkan oleh semua pendidik. Masa menghambat, sayonara! 

0 Comments

Icedutech

2/14/2019

0 Comments

 
Picture
Picture

Sudah terlalu lama rasanya saya tidak menghadiri mana-mana persidangan antarabangsa yang khusus seputar bidang Teknologi Pendidikan atau Educational Technology. Kebanyakan seminar yang sering dihadiri adalah umum kepada Sains Sosial. Kesempatan ini saya ambil sementelah dilamar menjadi committee member yang antara lain bertangugngjawab melaksanakan tugas sebagai pewasit serta mempengerusikan sesi pembentangan selari. 

Syukur, Dr Hazrati turut bersama-sama saya menghadiri ICEDUTECH ini. Jadi perjalanan dan agenda tiga hari tidaklah terasa sunyi kerana ada teman mengembara. 

Seminar berlangsung di Lingnan University. Letaknya di Tuen Mun - hentian terakhir untuk tren MTR. Fuhhh .. memang agak di hujung tanjung (hmmm ... mengingatkan saya akan kembara beberapa tahun lalu di Paris bersama pakar kaunseling dari Unimas, Dr Salmah. Hotel kami juga letaknya di hentian terakhir tren. Puas menunggu untuk tiba. Namun yang penting hotel ratenya murah hehe! Ok tinggalkan cerita Paris .. sambung cerita Hong Kong pula). 
Picture
Picture
Picture
Antara yang menarik adalah beberapa pembentangan ucaptama yang menyentuh topik Cybersecurity (Prof Hui dari Hong Kong University of Science and Technology), Digital transformation of K-12: From digitized curriculum to deeply-digital curriculum (Prof Chatie & Prof Elliot dari USA) serta demonstrasi bagaimana mudahnya maklumat peribadi 'ditawan' oleh robot Zenbo  - Using companion robot for research and education (Prof Hung dari Ontario Institute of Technology Canada). 


Tidak kurang menariknya adalah topik-topik pembentangan selari di sepanjang tiga hari yang penuh bermanfaat itu. Benarlah pesan para sifu, jika mahu mendalami kefahaman dalam bidang sendiri, hadirlah ke seminar yang khusus untuk bidang itu sahaja kerana di situ bukan sahaja pembentangan semuanya ada kaitan dengan bidang kita, malah peluang untuk duduk bersama dengan pakar-pakar bidang dari luar negara tentu sekali kesempatan yang tidak boleh dilepaskan. 

Kami memang kesuntukan masa untuk bersiar-siar di sekitar Tuen Mun lantaran sehari-hari memang dihabiskan di Lingnan University. (Memang niat dipasang untuk hadir penuh ke seminar ini) syukurlah perjalanan dari hotel tempat kami menginap hanya mengambil masa sekitar 15 minit menaiki bas. Namun pengalaman mencari stesen bas serta nombor bas untuk ke Lingnan University agak menyeronokkan (walaupun agak letih sebenarnya kerana terpaksa menapak ke stesen tren yang terletak sekitar 500 meter dari Penta Hotel). 

Kebanyakan rakyat di sana juga boleh berbahasa Inggeris meskipun tidak begitu fasih namun boleh membantu misalnya menunjuk arah. Sementelah, semenjak di bangku sekolah dahulu saya sememangnya 'hantu' drama dan filem Kantonis, jadi beberapa perkataan dalam Kantonis masih boleh diingati. Seronok dapat berbual bersama pemandu teksi yang kami tumpangi pada hari kedua dan ketiga untuk pulang semula ke hotel. Ternyata mereka teruja apabila melihat orang asing boleh menggunakan beberapa patah perkataan dalam konteks yang tepat hahaha. Terima kasih Andy Lau, Simon Young, Anita Mui dan tidak ketinggalan Jackie Chan! :P 


Melalui keseluruhan perjalanan di seminar ini beberapa refleksi untuk renungan: 

1. Jangan underestimate international conference seperti ini. Pastikan topik yang dipilih untuk dibentangkan merupakan topik yang signifikan dengan bidang serta memperlihatkan sumbangan dalam kajian. 

2. Tidak salah untuk membentangkan sesuatu projek yang bersifat 'on-going' kerana melalui platform ini, akan ada sahaja idea dikongsi oleh para audiens. 

3. Pastikan slide ringkas dan yang paling penting, bersedia dengan latihan atau rehearsal agar tidak gugup dan hilang kata-kata di hadapan para penonton yang datang dari pelbagai pelosok negara. 

4. Jangan berkumpul dengan ahli rombongan senegara sahaja. Pastikan berbual dan perkenalkan diri kepada mereka. Lebih baik sediakan kartu nama anda dan masukkan maklumat untuk dihubungi. Boleh juga senaraikan bidang penyelidikan bagi memudahkan orang lain mengetahui larat belakang (mana tahu jika ada rezeki untuk kolaborasi di masa akan datang!). 

5. Mereka yang bermata biru berambut blonde kadang-kadang agak segan apabila melihat wanita jelita bertudung. Jadi jangan teragak-agak menegur dahulu. Tunjukkan keterbukaan kita. Kita tidak tahu persepsi apa yang ada dalam diri mereka. Namun percayalah, apabila kita menunjukkan kemesraan, mereka tidak teragak-agak untuk membalas dengan kemesraan juga. 

6. Jika ke negara yang bukan negara Islam, makanan halal mungkin tidak mudah didapatkan. Jadi pastikan memilih pilihan makanan vegetarian untuk mengelakkan kita berputih mata. Alhamdulillah, lunch kami begitu enak sekali malah portionnya agak besar sehingga tidak mampu dihabisi! Sesekali meninggalkan ayam, daging atau ikan tiada masalahnya. Namun jika tiada pilihan makanan di luar, pastikan bekal maggi dan biskut atau roti secukupnya dibawa. (Kami meninggalkan 6 peket maggi di meja sebelum pulang. Kami anggap ia sebagai ole-ole untuk petugas hotel .. tak larat pula nak bawa balik semula!) 

7. Rancang penginapan serta kenalpasti kemudahan pengangkutan yang ada sebelum bertolak dari negara kita. Dapatkan maklumat lain seperti ramalan cuaca misalnya kerana ia akan membantu kita memilih pakaian yang sesuai sebelum keluar. Oh oh Hong Kong pada ketika ini sebenarnya dalam mode musim sejuk namun suhunya tidaklah begitu sejuk. Malah ini musim sejuk yang paling 'panas' di Hong Kong berbanding tahun-tahun sebelum ini. 

Hmm .. agak panjang entri kali ini. 
Jumpa lagi. ^____^

0 Comments

Anugerah Bitara Pendidik UKM 2018

1/21/2019

0 Comments

 
Picture
Alhamdulillah, segala puji dan kesyukuran buat-Nya jua di atas ilham dan kekuatan yang diberi untuk terus istiqamah dalam melaksanakan tanggungjawab serta amanah sebagai pendidik.

Perjalanan saya di UKM bermula pada tahun 2005, sebagai seorang tutor. Berbekalkan Ijazah Kelas Pertama dari Universiti Malaya, saya melangkah ke Fakulti Pendidikan sebagai tutor dalam bidang Teknologi Pendidikan. Ramai sahabat saya tercengang kerana keputusan yang saya ambil untuk melompat ke bidang teknologi pendidikan - kerana Ijazah Pertama saya adalah Pendidikan Islam dengan minor Bahasa Arab :) Namun bagi saya itu bukanlah satu masalah besar, justeru apa jua yang dilakukan biarlah diteraskan oleh minat dan niat. 

Menerima pengiktirafan ini bukan untuk sanjungan, jauh sekali sebagai lesen mendabik dada. Namun, sebaliknya ia sesuatu yang begitu menginsafkan - saya seringkali bertanya kepada diri sendiri - layakkah aku menerima anugerah ini? justeru diri sendiri amat tahu kelemahan yang ada, malah terlalu banyak lagi yang perlu dipelajari. 

Ianya seperti satu peringatan sehabis selesai pembelajaran PhD. Gelaran Dr. di pangkal nama bukanlah bermakna kita diiktiraf sebagai seorang yang serba tahu, sebaliknya, PhD adalah satu permulaan untuk kita mengenal dan meneroka diri - kapasiti dan potensi. 

Ala kulli hal, segala puji jua buat Azza wa Jalla yang membuka ruang untuk saya terus melangkah dalam dunia akademia, mengilhamkan idea untuk terus berkarya dan berinovasi. 

Terima kasih buat 'my significant others' yang menjadi tulang belakang dalam perjalanan saya dari dulu sehingga kini. Dan yang pasti, kelompok utama yang banyak memberi kekuatan tentulah para pelajar saya sendiri! Tanpa anda, saya tidak akan ke mana. Tanpa anda, saya tidak mampu merencana sesuatu pendekatan yang bermakna. 

Tahniah juga buat semua pemenang yang lain.
​Semoga Allah merahmati setiap langkah hidup kita, selagi niat masih di landasan-Nya. Ameen! 

Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
0 Comments

Akri 2018

1/21/2019

0 Comments

 
Picture
AKRI atau nama penuhnya Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan Malaysia merupakan kesinambungan daripada Anugerah Pemikiran Semula dan Rekabentuk Pengajaran (APRS) yang dimulakan pada tahun 2017. 

Alhamdulillah, kali ini, saya diberi peluang sebagai salah seorang juri yang bertanggungjawab menyaring pencalonan yang diterima daripada segenap pelosok insitusi pendidikan tinggi di Malaysia. 

Sebelum acara kemuncak, para juri telah 'berkampung' selama lebih kurang tiga hari dua malam untuk menyelesaikan tanggungjawab yang diamanahkan. Bukan mudah untuk mencari finalis, justeru setiap skor yang diberi harus mengikut rubrik pemarkahan yang ditetapkan. Ehmm .. oh ya sebelum proses penyaringan, kami terlebih dahulu berkumpul di KPM untuk membangunkan rubrik mengikut kategori masing-masing untuk digunapakai dalam proses penyaringan. 

Picture
Geng Imersif :)
Acara kemuncak berlangsung pada 14 Disember 2018 di Hotel Movenpick. (Ye, betul dah lama ..!). Sehari sebelum acara kemuncak, telah berlangsung pertandingan pitching di mana para finalis membentangkan hasil projek/inisiatif mereka kepada para juri. Sayangnya saya tidak dapat turut serta pada sesi tersebut memandangkan kelas berderet dari pagi hingga malam pada hari yang sama. Namun alhamdulillah, diberi jua ruang untuk bersama-sama meraikan kejayaan rakan-rakan. 

Tahniah Dr Farah Dina, sahabat saya dari UM (Pengarah ADEC) yang telah berjaya dalam kategori Imersif Teradun. I know you will make it Dr Fara! :) 

Tahniah juga buat sahabat saya Encik Bayan Serit dan Mr Lim dari Taylor's University - di atas kejayaan anak-anak buah mereka menggondol lima anugerah! Satu pencapaian yang membanggakan! 
Saya kira, inisiatif ini merupakan satu ruang yang sangat perlu diberi sokongan dan diteruskan justeru ia merupakan ruang pengiktirafan buat para pendidik di insitusi pengajian tinggi yang menunjukkan sikap berinovatif dalam melahirkan aktiviti pembelajaran yang lebih berimpak serta ruang untuk meneroka kekuatan diri dan kapasiti sebagai penyelidik berfikiran reflektif. 

Usik saya bersama rakan-rakan juri - 'Jumpa lagi tahun hadapan di pentas akhir' hahahaha! 
0 Comments

Graduan Aspire 2018

8/9/2018

0 Comments

 
Picture

Acara telah lama berlangsung namun seperti biasa, saya akan memeram cerita sehingga menjadi pekasam yang enak dimakan hehehe .. duh, masa terlalu memburu meski banyak hal ingin diceriterakan. Namun, kerana ada hal yang menuntut prioriti, maka usaha mencatat di laman kecil ini seringkali ditolak tepi. 

Baru-baru ini, tepatnya pada 21-22 Julai nan lalu, saya dijemput bertugas di booth UKM sempena Graduan Aspire 2018 bertempat di Convention Centre [KLCC]. Alhamdulillah, pengunjung ke booth UKM tidak putus-putus. Bermacam pertanyaan diajukan - dari peluang pekerjaan sebagai Research Assistant, tutor dan pensyarah sehinggalah peluang melanjutkan pelajaran di peringkat pra dan pasca siswazah. 

Tidak terasa masa berlalu. Seharian di booth meskipun memenatkan tetapi boleh jadi juga sebagai terapi minda. Seronok berjumpa dengan pelbagai latar belakang anak muda. Oh oh terasa benar bahawa diri ini sudah meniti usia! Melihat wajah-wajh bersemangat di hadapan mata mengingatkan  saya kepada kenangan lalu di zaman prasiswazah. Satu tempoh yang mengujakan walau penuh siksa dan kenangan heh! 

Kepada mereka yang benar-benar ingin menjadikan impian mereka untuk menjejak kaki ke UKM, saya doakan impian tersebut dikabulkan. Siapa tahu. kita bertemu lagi di kampus Bangi  :) 

​
Picture
Picture
Picture
0 Comments

From Latvia with Love

5/8/2018

0 Comments

 
Picture

Barangkali ada yang tidak pernah mendengar nama Latvia, sebuah negara cantik yang terletak di Timur Eropah ini. 'Apa?' itu reaksi yang beberapa kali saya dengar apabila nama Latvia disebut. Syukur, kedatangan Professor Andrejs Geske ke fakulti atas kapasiti Profesor Pelawat memberi banyak input bermakna, bukan sahaja untuk pelajar siswazah di FPend, malah turut memberi maklumat kepada kami, warga pensyarah. Perkongsian beliau tentang program PhD di Universiti Latvia juga agak menarik. Selaku Ketua Program PhD fakulti, saya dijemput oleh Prof Dr Saemah untuk turut sama mendengar perkongsian tersebut. 

Satu perkara yang menarik hati tentang pakar berbangsa Latvia ini adalah kesederhanaannya dalam segenap hal. Tutur katanya yang bersopan, tersusun malah senyuman yang tidak lekang di bibir membuat sesiapapun menjadi senang untuk berdampingan dan berguru dengannya. SIkap ini seharusnya menjadi suri teladan buat kita semua. Semakin banyak ilmu dan pengalaman, semakin merendah rendah. Janganlah hendaknya kita berasa puas dan angkuh dengan apa yang kita ada, kerana ilmu di dada walau sebanyak manapun, ia tetap hanyalah setitis daripada selautan imu Allah. 

Picture


0 Comments

Anugerah Pemikiran & Rekabentuk Semula Pendidikan Tinggi Malaysia 2017

12/8/2017

1 Comment

 
Picture
Anugerah Pemikiran & Rekabentuk Semula Pendidikan Tinggi Malaysia 2017 (APRS) merupakan satu agenda nasional di bawah anjuran KPT yang antara lain berhasrat untuk mengetengahkan perkongsian dan amalan terbaik pendidikan Tinggi Malaysia selari dengan perkembangan Revolusi Industri ke-4 yang menuntut pemikiran dan reka bentuk semula pengajian tinggi terutamanya dalam cara para pensyarah mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat tiga kategori yang ditawarkan: 

1. Kurikulum Program Pengajian Inovatif
Anugerah ini bertujuan mengenal pasti program-program pendidikan tinggi (di semua peringkat) yang telah dirombak dan dijenamakan semula secara inovatif sehingga berjaya menghasilkan kumpulan graduan yang mempunyai kebolehpasaran dan daya saing yang tinggi.

2. Pengajaran Transformatif
Anugerah ini terbahagi kepada 2 sub-kategori iaitu: Pengajaran Transformatif Tanpa Syarahan
 Pengajaran Transformatif Syarahan Secara Interaktif

3. Pengalaman Pembelajaran Imersif
Anugerah ini terbahagi kepada 3 sub-kategori iaitu:
  1.  Pengalaman Pembelajaran Imersif Maya
  2.  Pengalaman Pembelajaran Imersif Teradun (Blended)
  3.  Pengalaman Pembelajaran Imersif Bersemuka
 
Alhamdulillah, program ini telah selamat berlangsung dan saya telah menghantar satu penyertaan bagi kategori ketiga iaitu Pengalaman Pembelajaran Imersif Maya. Ini merupakan pengalaman pertama mengisi borang penyertaan yang agak panjang lebar kerana setiap elemen dalam soalan yang dikemukakan memerlukan pembuktian yang kukuh serta autentik. Penghantaran borang serta portfolio juga perlu dipersembahkan dalam bentuk yang kemas dan professional. Terima kasih Puan Salini daripada Pengaran UKM yang membantu dalam menyediakan bahan untuk dijurikan pada pusingan pertama. 


Tidak juga saya duga bahawa penyertaan tersebut disenaraikan dalam lima finalis. Semua finalis dikehendaki mempersembahkan bicara tuntas di hadapan juri selama 10 minit serta perlu menjawab soalan-soalan secara spontan. Pitching tersebut diadakan pada 20 November 2017 di Hotel Istana Kuala Lumpur. Syukur jua kerana direzekikan tempat nombor dua dengan hadiah Geran Penyelidikan sebanyak RM15K. Alhamdulillah. 

​
1 Comment

IUCEL 2016

9/26/2016

0 Comments

 
International University Carnival on e-Learning 2016 akhirnya berlalu jua. Tahun ini, saya menghantar satu penyertaan bersama dua pelajar Sarjana - Syaida dan Afiqah tentang Hybrid CoP untuk Penyeliaan Berkesan. Satu lagi penyertaan saya adalah bersama PM Dr Rosseni Din tentang Edutechnovation Day yang berkisar tentang perjalanan kursus Teknologi Pendidikan yang kami sama-sama pimpin pada semester yang lepas. 

Seperti juga tahun sebelumnya, saya turut bertugas sebagai juri pertandingan IIDEL. Alhamdulillah, persembahan oleh setiap peserta sememangnya menarik dan memberi nafas baharu dalam inovasi P&P. Namun demikian, secara umumnya, masih ada beberapa perkara yang boleh ditambahbaik dalam persembahan kepada juri. Misalnya, penerangan yang terus kepada info utama tanpa meleret-leret seperti menyampaikan sorotan literatur (perkara ini banyak terjadi dalam kalangan peserta yang terdiri daripada pelajar Sarjana dan Phd). Selain itu, kurang keyakinan dalam memberi jawapan kepada soalan-soalan menduga yang diutarakan. Kebanyakan peserta yang saya nilai juga tidak dapat membuktikan bagaimana hasil inovasi mereka dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam P&P. Hal ini terjadi kerana mereka banyak terikut-ikut dengan struktur penulisan dalam penyelidikan mungkin - walhal dalam pertandingan inovasi, yang penting adalah para peserta perlu menonjolkan kelebihan inovasi/intervensi mereka yang dapat 'mengubah' masalah atau kekurangan semasa agar menjadi lebih baik. 

Saya sendiri dinilai oleh dua juri masing-masing daripada UniMAP dan Taylor's University. Alhamdulillah, akhirnya pingat emas menjadi milik kami. Syukurlah di atas segala nikmat dan redhaNya :) 
Picture
Picture
Picture


Di IUCEL ini juga saya mengambil peluang mencari sahabat-sahabat lama. Seperti sudah diduga saya past bertemu lagi dengan Dr Lee kenalan saya dari UMS, Zac - orang kuat IUCEL dan juga penerima Anugerah e-Pembelajaran (tahniah Zac!) serta Dr Wan dari UPM yang turut menggondol Anugerah e-Pembelajaran bagi kategori bahan Kreatif (tahniah!). Tanpa dirancang saya turut bertemu dengan Dr Dij, sahabat yang pernah saya kenali di Nottingham. Agak panjang kami berbicara tentang pelbagai perkara. Saya turut mengambil kesempatan bertemu dengan Hasnor, sahabat lama yang kini bertugas di Skudai sebagai pendidik. Sungguh manis kenangan itu! 


Picture
Picture
Picture
Kembali ke fakulti, banyak perkara yang belum langsai menanti. Seminar Siswazah pada hujung minggu pula menuntut saya menghabiskan pembacaan usulan penyelidikan salah seorang pelajar PhD. Beberapa artikel juga menunggu untuk disiapkan. Pendaftaran kelas citra Komputer dalam Pendidikan juga begitu rancak dilakukan oleh para pelajar dari luar fakulti. Duh! Masa yang tidak pernah simpati! 

Esok juga, ipar saya bakal kembali dari Baitullahil Haram. Seperti baru beberapa minggu beliau berpergian, rupanya esok sudah mahu kembali. Begitulah. Kitaran masa yang terlalu pantas untuk manusia kerdil yang punya banyak impian untuk diterjemahkan!! ​
0 Comments

Sekali setahun ... 

5/29/2016

0 Comments

 
Cerita semalam. 
Malam Apresiasi Prasiswazah Fakulti Pendidikan untuk tahun ini diadakan di Hotel Bangi-Putrajaya. Saya tidak pernah melepaskan peluang untuk meraikan anak-anak didik khususnya pelajar tahun akhir yang bakal bergraduat setiap tahun kerana saya kira inilah masanya untuk duduk-duduk dan bersembang tentang masa hadapan, aspirasi kerjaya di samping merapatkan silaturahmi pastinya. 

Malang sekali dua pelajar di bawah bimbingan saya tidak dapat hadir ke majlis makan malam ini meskipun saya telah bersedia untuk menaja tempat duduk mereka. Rugi untuk mereka melepaskan momen sebegini di kala pengalaman sebagai pelajar pra-siswazah semakin kian menghampiri titik akhir. 

Pelajar fakulti yang merupakan bakal-bakal guru, 
Banyak hal yang menanti di luar sana. Di saat kakimu melangkah memasuki pintu pagar sekolah, di saat itu juga kau harus membuka ruang fikir dan tindak. Banyak perkara yang tidak bisa dihadam dengan akal biasa yang menantimu di dalam bilik darjah, di ruang bilik guru malah di pejabat sekolah. Hanya dengan pengalaman, kau akan membangunkan jati diri serta aspirasi kendiri. Jangan sesekali mengharapkan segala yang muluk dan mudah dan tuntas, justeru pancawarna yang bakal menyulami kehidupanmu sebagai guru tidak semudah diangankan. Hanya jika niatmu suci, minatmu abadi, sabarmu terpuji, untuk menjadi teladan suri buat anak bangsa sendiri .. baharu kau temui kebahagiaan abadi. 

Kepada semua bekas pelajar saya yang bakal bergraduat, saya mengucapkan selamat maju jaya! 
Picture
Picture
Picture
Picture
0 Comments
<<Previous
    Picture
    free web counter no ads
    Welcome to my website. See you again! :)

    RSS Feed

    Archives

    February 2023
    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    February 2019
    January 2019
    October 2018
    September 2018
    August 2018
    July 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    July 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    July 2015
    June 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014


    Realtime Website Traffic

    Categories

    All
    4IR
    Academia
    Aidil Fitri
    AKRI
    Announcement
    Anugerah Bitara UKM
    Apel.Q
    APRS
    Assessment
    Audit
    Augmented Reality
    Award
    Bandung
    Bengkel
    Brunei
    BSTP
    Cabaran Perdana
    Campuslife
    Campus Life
    Center For Education Extension
    Choices
    Coklat
    Computational Thnking
    Conference
    Convocation
    Cyber Crime
    Determination
    Educator 4.0
    Edutourism
    E Learning Training
    E-learning Training
    Expert Evaluation
    FPend
    Friendship
    Geran Industri
    Google Scholar
    Guru
    H-Inovasi
    Hong Kong
    Immersive Learning
    Infographic
    Innovation
    Interpretive Structural Model
    Interpretive Structural Modelling
    IOER
    Japan
    Life
    Life Long Learning
    Lifo Long Learning
    Love
    MARA
    Memory
    Micro-credential
    Missing In Life
    MOOC
    Nominal Group Technique
    Oath
    ODL
    ODL UKM
    Open & Distance Learning
    Open Distance Learning
    Palestine
    PhD
    Piety
    Pitching
    PKP
    Praktikum
    Praktkum
    Pray
    Project
    Provisional Accreditation
    PTPTN
    Publication
    Pusat Internet
    Pusat Kembangan Pendidikan
    Qualitative Data
    Ramadhan
    Research
    Research Grant
    Robing
    Role
    Self Reminder
    Self-reminder
    Seminar
    Sijil Profesional
    Simposium
    SoTL
    Success Recipe
    Supervisee
    Symposium
    Talk
    Teaching Practicum
    Thank You
    Time Is Hindering
    True Friend
    UKM
    UKMShape
    UNESCO
    Universal Design
    Viva
    Wedding