Fariza Khalid
  • Home
    • Guestbook
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks

Mutiara Masa 

4/26/2016

2 Comments

 


Alhamdulillah sykur kepada Allah jua di atas kurnia kehidupan serta ujian dan nikmat yang datang dan pergi. 

Syukur sekali lagi di atas kurniaan masa yang diberi untuk diisi dengan segala macam perkara - namun aku pohon keampunan dan taubat daripada-Mu ya Allah andai diri ini lalai dari memeprgunakan masa untuk jalan yang diredhai-Mu. 

Ah, April sudah menggulung tirai akhir. Mei bakal menjelma. 2016 sudah habis sepertiga kiranya. Banyak perkara yang berlaku dengan kehendak mahupun sebaliknya. Namun hidup perlu diteruskan jua! 

Saya kira dalam hidup ini, kita perlukan kepuasan kerana orang-orang yang tidak puas hatinya akan berasa kosong dan tidak bermakna. Alhamdulillah di atas kurniaan itu juga, saya mendapat satu hadiah nikmat - nikmat memberi dan kepuasan hati. 

Satu kumpulan kecil pelajar-pelajar saya berkumpul pada pagi ini untuk menelaah satu daripada CAQDAS  (Computer-Assisted Qualitative Data Analysis) yang bernama Nvivo. Kami berbincang tentang bagaimana proses penglahiran tema serta koding, falsafah di sebalik 'grounded apporach' serta bagaimana mengintepretasi data yang diperolehi. Masing-masing kelihatan fokus dan saya mendoakan semuanya berjaya dalam melaksanakan proses penyelidikan dengan bermakna serta membuahkan hikmah (wisdom), amin ...

NOTA BENGKEL BOLEH DIDAPATI DI SINI
2 Comments

Menjana pemikiran reflektif 

6/10/2015

1 Comment

 
Bila direflek kembali, betapa lamanya saya tidak menulis. Bukan kerana tiada perkara yang hendak dikongsi tetapi seringkali kaki tangan bagai digari masa. Pantasnya waktu berlari, sedar-sedar semester sudah tiba ke penghujung. Saya menerima beberapa pesanan ringkas melalui Whatsapp dan emel daripada beberapa pelajar bertanyakan tips untuk soalan peperiksaan yang selang beberapa hari sahaja lagi. "What do you expect?" terjah saya dalam hati. Adakah begini budaya pelajar sekarang? Menghubungi pensyarah semata-mata untuk mencari tips soalan agar kerja belajar dipermudahkan? 

Beberapa minggu sudah, saya menghadiri Simposium Kesarjanaan dalam Pengajaran dan Pembelaajran; Inovasi dalam P&P sebagai memenuhi undangan untuk membentangkan hasil penyelidikan daripada geran PTS (Program Tindakan Strategik). Saya lalu memilih satu topik berkaitan pemikiran reflektif. 

Pemikiran reflektif merupakan satu istilah umum yang merujuk kepada aktivti intelek dan afektif di mana individu terbabit meneroka pengalaman sendiri yang akhirnya membawa kepada pemahaman serta apresiari baru tentang sesuatu konsep. Kemahiran pemikiran reflektif ini secara amnya melibatkan kebolehan seseorang individu itu berfikir pada aras tinggi. Satu trend yang saya kenalpasti berlaku dalam pengajian di univeristi, para pelajar sering sahaja diminta untuk menulis refleksi (sesetengah orang menggelarnya refleksi metakognitif). Namun, persoalannya, berapa ramaikah pensyarah yang membuat penilaian secara sistematik ke atas penulisan refleksi ini? Seringkali penulisan refleksi pelajar dikira dalam pemarkahan hanya berdasarkan ada atau tiadanya penulisan. Seringkalu juga, tugasan ini hanya dipandang pelajar sebagai tugasan untuk menulis kembali apa yang mereka lalui dalam setiap aktiviti berkaitan, tanpa menyedari akan hakikat pemikiran reflektif bukanlah sesuatu yang spontan, atau hanya sebagai laporan tentang apa yang berlaku. Ia harus merangkumi kesedaran mental pelajar tentang apa yang telah dipelajari, apa kelemahan yang hendak diperbaiki malah cara untuk mengatasi masalah yang dihadapi.

Hasil analisis yang dijalankan, saya mendapati peratus data untuk penulisan yang berbentuk non-reflective jauh lebih tinggi daripada penulisan di bawah kategori reflektif. Hal ini memberi satu gambaran tentang bagaimana pelajar kini berfikir - atau bagaimana mereka melihat proses pembelajaran secara 'sedar'. 

Picture
Ringkasan dapatan yang dibentangkan


Bukan mudah kiranya membina dan memupuk pemikiran reflektif ini kerana ia bukan sahaja melibatkan daya berfikir dan kemahuan untuk memperbaiki potensi diri, malah ia menuntut keterbukaan diri (self-disclosure) daripada individu terbabit. Lalu fahamlah saya bahawa banyak lagi perkara yang perlu saya fikirkan untuk aktiviti P&P akan datang demi memperluas peluang untuk para pelajar saya membina kemahiran reflektif ini! Afterall, it is what being a reflective practitioner is all about, I must say! 

Meneliti hakikat kehidupan ini, refleksi bukanlah sesuatu yang asing. Dalam istilah Bahasa Arabnya - muhasabah diri, merupakan paksi utama untuk seorang Muslim menganjak diri kepada tingkat yang lebih baik di sisi maha Khalik. Lalu, hal ini memberi peringatan pada diri bahawa nikmat akal diberi untuk berfikir, dan menilai. Lalu jika nikmat akal ini tidak mahu (baca: malas) digunakan pada cara yang sepatutnya, haruslah kita kekal pada takuk yang lama. 

 Ramadhan al-Mubarak is just around the corner .. Selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh keimanan dan senitasalah membuat refleksi diri ... :)

P/S: Buat para pelajar yang dikasihi .. SELAMAT BERJUANG DI DEWAN PEPERIKSAAN ..MOGA KEJAYAAN MENJADI MILIK ANDA SEMUA! 
Picture
Picture
Picture
1 Comment

Nvivo

12/2/2014

0 Comments

 
Picture
Para penyelidik yang punya paradigma interpretivist tentunya tidak lari dari keperluan menangani data yang panjang atau transkrip yang berjela-jela. Setiap baris ayat dari trasnkrip pula memerlukan proses 'coding' yang sistematik serta 'consistent'. Pengalaman pertama saya bergelumang dengan data dari temubual bermula pada tahun pertama saya menjalani pengajian PhD. Data diambil daripada 20 responden, yang setiap satunya mengandungi tidak kurang dari 8-10 mukasurat. 

Saya memulakan analisis data secara manual. Setiap 'coding' saya tandakan dengan pen berwarna dan setiap jawapan perlu diceraikan (saya perlu menggunting bahagian-bahagian tertentu daripada data tersebut untuk dikategorikan mengikut tema yang telah saya kenalpasti. Hasilnya, lantai di bilik kerja saya penuh dengan ceraian-ceraian kertas hitam putih. Itu baru data pusingan pertama, yang tempoh temubual hanya memakan masa sekitar 10 minit. 

Saya termenung. Bingung serta terasa beratnya beban di bahu. Lalu apabila saya mula memasuki fasa kedua, ketiga dan keempat temubual, saya tiada pilihan selain meminta bantuan daripada perisian yang ada. Di waktu itu, saya diperkenalkan dengan Nvivo 8. 

Nvivo seumpama mesin ajaib. Kerja-kerja renyah untuk pengkategorian tidak lagi perlu dilalui secara fizikal. Namun jangan salah faham. Nvivo hanya mesin yang mendengar kata. Kitalah nahkoda sebenar. Seperti juga SPSS yang terkenal dalam kalangan penyelidik positivist. Masukkan apa juga arahan biarpun yang salah, pasti SPSS akan berjaya memberikan hasil pengiraannya! Jadi begitu, penggunaan Nvivo memerlukan ketelitian dari pihak penyelidik itu sendiri serta bagaimana sistem penaakulan dalam kognitif kita divisualisasikan dalam bentuk 'nodes' dan 'tree nodes'. 

Pagi tadi, saya berkesempatan menjenguk sebentar Nvivo 10 yang telah lama saya masukkan ke komputer di pejabat. Beberapa tahun berlalu, rupanya banyak perkembangan positif dalam Nvivo versi 10 ini. Saya begitu tertarik dengan adanya kemudahan membawa masuk data dari format selain words dan PDF, atau video. Misalnya, kini pengguna boleh terus membawa masuk data dari  web pages, social media serta YouTube. Malah data juga boleh dikutip melalui penggunaan alat mobile (beserta penggunaan Evernote). 

Jika anda mempunyai data demografi, kin menggunakan Nvivo, anda boleh juga menghasilkan carta pai dan lain-lain sebagai bahan visual yang menyokong dapatan tersebut. Sesuatu yang tidak dapat saya lakukan ketika menggunakan Nvivo 8. Malah pembinaan model juga boleh dilakukan dalam Nvivo! 

Saya kira, saya harus kembali semula kepada penggunaan Nvivo setelah sekian lama saya meninggalkannya. Ye, saya kini punya data projek yang bertingkat-tingkat untuk dianalisis. 

Nvivo, mu tunggu aku maghi!


Picture
0 Comments
    free web counter no ads
    Welcome to my website. See you again! :)

    RSS Feed

    Archives

    March 2025
    December 2023
    November 2023
    October 2023
    August 2023
    May 2023
    March 2023
    February 2023
    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    February 2019
    January 2019
    October 2018
    September 2018
    August 2018
    July 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    July 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    July 2015
    June 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014


    Realtime Website Traffic

    Categories

    All
    4IR
    Academia
    Aidil Fitri
    AKEPT
    AKRI
    Announcement
    Anugerah Bitara UKM
    Apel.Q
    APRS
    Assessment
    Audit
    Augmented Reality
    Award
    Bandung
    Benchmark
    Bengkel
    Brunei
    BSTP
    Cabaran Perdana
    Campus Life
    Campuslife
    Center For Education Extension
    Choices
    Coklat
    Computational Thnking
    Conference
    Convocation
    Cyber Crime
    Determination
    Educator 4.0
    Edutourism
    E Learning Training
    E-learning Training
    Expert Evaluation
    FPend
    Friendship
    Geran Industri
    Google Scholar
    Guru
    H-Inovasi
    Hong Kong
    Immersive Learning
    Infographic
    Innovation
    Interpretive Structural Model
    Interpretive Structural Modelling
    IOER
    Japan
    Life
    Life Long Learning
    Lifo Long Learning
    Love
    MARA
    Memory
    Micro Credential
    Micro-credential
    Missing In Life
    MOOC
    Nominal Group Technique
    Oath
    ODL
    ODL UKM
    Open & Distance Learning
    Open Distance Learning
    Palestine
    PhD
    Piety
    Pitching
    PKP
    Praktikum
    Praktkum
    Pray
    Project
    Provisional Accreditation
    PTPTN
    Publication
    Pusat Internet
    Pusat Kembangan Pendidikan
    Qualitative Data
    Ramadhan
    Research
    Research Grant
    Robing
    Role
    Self Reminder
    Self-reminder
    Seminar
    Sijil Profesional
    Simposium
    SoTL
    Success Recipe
    Supervisee
    Symposium
    Talk
    Teaching Practicum
    Thank You
    Time Is Hindering
    True Friend
    UKM
    UKMShape
    UNESCO
    Universal Design
    Visit
    Viva
    Wedding