Para penyelidik yang punya paradigma interpretivist tentunya tidak lari dari keperluan menangani data yang panjang atau transkrip yang berjela-jela. Setiap baris ayat dari trasnkrip pula memerlukan proses 'coding' yang sistematik serta 'consistent'. Pengalaman pertama saya bergelumang dengan data dari temubual bermula pada tahun pertama saya menjalani pengajian PhD. Data diambil daripada 20 responden, yang setiap satunya mengandungi tidak kurang dari 8-10 mukasurat. Saya memulakan analisis data secara manual. Setiap 'coding' saya tandakan dengan pen berwarna dan setiap jawapan perlu diceraikan (saya perlu menggunting bahagian-bahagian tertentu daripada data tersebut untuk dikategorikan mengikut tema yang telah saya kenalpasti. Hasilnya, lantai di bilik kerja saya penuh dengan ceraian-ceraian kertas hitam putih. Itu baru data pusingan pertama, yang tempoh temubual hanya memakan masa sekitar 10 minit. Saya termenung. Bingung serta terasa beratnya beban di bahu. Lalu apabila saya mula memasuki fasa kedua, ketiga dan keempat temubual, saya tiada pilihan selain meminta bantuan daripada perisian yang ada. Di waktu itu, saya diperkenalkan dengan Nvivo 8. Nvivo seumpama mesin ajaib. Kerja-kerja renyah untuk pengkategorian tidak lagi perlu dilalui secara fizikal. Namun jangan salah faham. Nvivo hanya mesin yang mendengar kata. Kitalah nahkoda sebenar. Seperti juga SPSS yang terkenal dalam kalangan penyelidik positivist. Masukkan apa juga arahan biarpun yang salah, pasti SPSS akan berjaya memberikan hasil pengiraannya! Jadi begitu, penggunaan Nvivo memerlukan ketelitian dari pihak penyelidik itu sendiri serta bagaimana sistem penaakulan dalam kognitif kita divisualisasikan dalam bentuk 'nodes' dan 'tree nodes'. Pagi tadi, saya berkesempatan menjenguk sebentar Nvivo 10 yang telah lama saya masukkan ke komputer di pejabat. Beberapa tahun berlalu, rupanya banyak perkembangan positif dalam Nvivo versi 10 ini. Saya begitu tertarik dengan adanya kemudahan membawa masuk data dari format selain words dan PDF, atau video. Misalnya, kini pengguna boleh terus membawa masuk data dari web pages, social media serta YouTube. Malah data juga boleh dikutip melalui penggunaan alat mobile (beserta penggunaan Evernote). Jika anda mempunyai data demografi, kin menggunakan Nvivo, anda boleh juga menghasilkan carta pai dan lain-lain sebagai bahan visual yang menyokong dapatan tersebut. Sesuatu yang tidak dapat saya lakukan ketika menggunakan Nvivo 8. Malah pembinaan model juga boleh dilakukan dalam Nvivo! Saya kira, saya harus kembali semula kepada penggunaan Nvivo setelah sekian lama saya meninggalkannya. Ye, saya kini punya data projek yang bertingkat-tingkat untuk dianalisis. Nvivo, mu tunggu aku maghi!
0 Comments
Leave a Reply. |
Archives
December 2023
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |