Sememangnya saya rindu untuk kembali menekuni sesi pengajaran & pembelajaran pelajar-pelajar praktikum di sekolah. Setiap kali melalui sesi ini saya akan sentiasa terkenangkan pengalaman sendiri sewaktu menjalani praktikum selama dua kali semasa pengajian ijazah pertama di Universiti Malaya. Praktikum pertama di St. Mary KL yang praktikum kali kedua pula di SMK Sekinchan.
Kebetulan pula pelajar saya ini ditempatkan di SMK Bukit Kuang Kemaman. Lalu ia memudahkan saya untuk mengambil sedikit kesempatan untuk menjenguk bonda. Tahniah Suriati di atas prestasi yang amat cemerlang yang ditunjukkan. Selamat maju jaya buatmu.
0 Comments
16 Mei setiap tahun merupakan tarikh penting buat warga pendidik, baik di peringkat sekolah mahupun di pengajian tinggi. Kami semua meraikan tarikh ini saban tahun, bukan untuk diri sendiri tetapi secara peribadi tentulah kerana menghargai segala jasa baik para guru yang telah mendidik anak bangsa, khususnya yang menjadikan diri kita seperti hari ini. Selari dengan normal baharu, sambutan Hari Guru di peringkat Fakulti Pendidikan tahun ini diadakan secara dalam talian. Tepat jam 9 pagi kami bersiap-siaga di hadapan gajet masing-masing untuk turut memeriahkan acara sambutan. Selain pelancaran 50 buah buku penulisan warga Fakulti Pendidikan, slot Bicara Intelek turut menarik perhatian. Tahniah kepada semua tenaga kerja yang menjayakan program tahun ini, khususnya buat adik-adik saya di team teknikal. You did great!! Menyebut tentang guru, banyak yang menyentuh rasa justeru kerana jasa seorang gurulah, kita berada di mana kita sekarang. Kenangan di zaman persekolahan sudah pasti sarat dalam simpanan memori, namun tidak mampu dicatat di ketika ini. Suram malam begini, membawa ingatan jauh kepada arwah ayah, Cikgu Haji Khalid bin Taib. Semoga segala jasa bakti ayah diganjari pahala dan dikurniakan keampunan daripada Azza wa Jalla.
Jom semua, kita sedekahkan al-fatihah buat semua guru kita yang telah kembali ke rahmatullah mahupun yang masih hidup, kita doakan keberkatan dan rahmat bagi seluruh kehidupan para guru kita ... |
Archives
December 2023
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |