Saya sempat bertamu ke negara matahari terbit beberapa bulan yang lalu, ketika musim luruh baru bertamu lalu tiadalah dapat saya menyapa dedaun yang kekuningan atau kemerahan karena ketibaan saya dan ahli penyelidikan dikatakan Shiho, juru bahasa kami 'ter'awal beberapa minggu, heh. Saya pada mulanya membayangkan akan suasana 'autumn in my heart' kerana pernah jua saya mencuri pandang foto-foto sekitar musim luruh di Nagoya yang melata dengan warna alam yang sukar dikecapi di bumi bertuah Malaya.
Namun, musim luruh itu kini kian jua pergi, penuh pasrah dan santun untuk memberi laluan kepada musim dingin salju yang bakal menyapa. Oh, mungkinkah kami 'ter'awal beberapa bulan? Soal hati. Sesekali teringin jua merasai gigilan tubuh disapa angin yang sejuk menyerbu tulang hitam; seperti mana gigilan rahang sehingga hantukan itu yang membuat Sal, sahabat rapat saya ketawa mengilai sewaktu kami pulang dari kedai runcit dengan kedua tangan membimbit barang belian untuk pulang ke Hartley Road, tika bermukim di bumi ratu suatu ketika dahulu. Begitu indah kitaran alam ciptaan Allah. Begitu, kita disaran agar berjalan di muka bumi ini, lalu dengan mata hati, perhatikanlah panorama mengusik kalbu dan kabad, sehingga terdetiknya rasa kerdil diri, dan dalam masa yang sama mengiyakan kekuasaan Pencipta al-Khalik ar-Raziq. Subhanallah. Gumpalan awan di atas sana penuh seni berarak pergi. Turun naik lengkok gunung dan bukit menyempurnakan seni horizon serta pelengkap membahagi antara langit dan bumi melata. Lalu nikmat Tuhan-Mu yang mana lagi hendak kamu dustakan? Hidup yang berkejaran mencari makna memaksa jua kaki ini melangkah. Pesan bonda, sentiasa ingat Dia, walau di mana bumi ini dipijak. Ingatan itu tidak harus putus karena dengan mengingati-Nya, hati menjadi bernyawa. Kaki terus juga melangkah pergi...
0 Comments
Cuti hujung tahun selain sinonim dengan tengkujuh yang bermukim di Pantai Timur, juga sebaris dengan kenduri-kendara di sana-sini. Cuti kali ini, keluarga saya menerima seorang ahli baru, Hafifi. Saya pulang agak lewat kerana tuntutan kelas yang masih belum berpenghujung untuk semester ini. Tahniah Angah - Atifah. Mudah-mudahan saja dirimu bisa menjadi suri terbaik buat suami.
Hidup berumahtangga penuh liku. Ombak sentiasa ada, besar atau kecil. Namun terpulang kepada kebijaksanaan kita mengoleng diri dalam busaran ombak yang datang. Parut dan luka, lambat laun, pastinya hilang. Di sini, kesabaran, iman serta rasional tinggi amat perlu. Bertoleransilah dengan pasangan. Berdiam diri apabila marah, tunggu teduh dahulu. Memang bercakap tidak semudah melaksanakan! Namun kemanisan berumahtangga pasti menjadi penawar jua bagi setiap dugaan yang melanda. Semoga kebahagiaan milik kalian :) Para penyelidik yang punya paradigma interpretivist tentunya tidak lari dari keperluan menangani data yang panjang atau transkrip yang berjela-jela. Setiap baris ayat dari trasnkrip pula memerlukan proses 'coding' yang sistematik serta 'consistent'. Pengalaman pertama saya bergelumang dengan data dari temubual bermula pada tahun pertama saya menjalani pengajian PhD. Data diambil daripada 20 responden, yang setiap satunya mengandungi tidak kurang dari 8-10 mukasurat. Saya memulakan analisis data secara manual. Setiap 'coding' saya tandakan dengan pen berwarna dan setiap jawapan perlu diceraikan (saya perlu menggunting bahagian-bahagian tertentu daripada data tersebut untuk dikategorikan mengikut tema yang telah saya kenalpasti. Hasilnya, lantai di bilik kerja saya penuh dengan ceraian-ceraian kertas hitam putih. Itu baru data pusingan pertama, yang tempoh temubual hanya memakan masa sekitar 10 minit. Saya termenung. Bingung serta terasa beratnya beban di bahu. Lalu apabila saya mula memasuki fasa kedua, ketiga dan keempat temubual, saya tiada pilihan selain meminta bantuan daripada perisian yang ada. Di waktu itu, saya diperkenalkan dengan Nvivo 8. Nvivo seumpama mesin ajaib. Kerja-kerja renyah untuk pengkategorian tidak lagi perlu dilalui secara fizikal. Namun jangan salah faham. Nvivo hanya mesin yang mendengar kata. Kitalah nahkoda sebenar. Seperti juga SPSS yang terkenal dalam kalangan penyelidik positivist. Masukkan apa juga arahan biarpun yang salah, pasti SPSS akan berjaya memberikan hasil pengiraannya! Jadi begitu, penggunaan Nvivo memerlukan ketelitian dari pihak penyelidik itu sendiri serta bagaimana sistem penaakulan dalam kognitif kita divisualisasikan dalam bentuk 'nodes' dan 'tree nodes'. Pagi tadi, saya berkesempatan menjenguk sebentar Nvivo 10 yang telah lama saya masukkan ke komputer di pejabat. Beberapa tahun berlalu, rupanya banyak perkembangan positif dalam Nvivo versi 10 ini. Saya begitu tertarik dengan adanya kemudahan membawa masuk data dari format selain words dan PDF, atau video. Misalnya, kini pengguna boleh terus membawa masuk data dari web pages, social media serta YouTube. Malah data juga boleh dikutip melalui penggunaan alat mobile (beserta penggunaan Evernote). Jika anda mempunyai data demografi, kin menggunakan Nvivo, anda boleh juga menghasilkan carta pai dan lain-lain sebagai bahan visual yang menyokong dapatan tersebut. Sesuatu yang tidak dapat saya lakukan ketika menggunakan Nvivo 8. Malah pembinaan model juga boleh dilakukan dalam Nvivo! Saya kira, saya harus kembali semula kepada penggunaan Nvivo setelah sekian lama saya meninggalkannya. Ye, saya kini punya data projek yang bertingkat-tingkat untuk dianalisis. Nvivo, mu tunggu aku maghi! Persahabatan saya dan dia, Dr. Kay sudah lama terjalin. Seringkali juga saya menulis dalam blog-blog saya yang lain tentang dia. Kami bertemu ketika di darjah empat, namun silaturahmi ini masih kuat terjalin hingga kini, di kala usia makin meniti hari. Kebetulan, ada beberapa perkara yang mendesak pertemuan ini berulang. Lalu kami berpeluang bertemu lagi. Alhamdulillah. Kupasan tentang hidup serta refleksi terhadap susur galur hari, minggu, bulan dan tahun yang telah dilalui dikisahkan bab demi bab. Seperti menyelak lembaran kitab lama yang bersusun-susun jilidnya. Semua itu ilmu pengkisahan yang akhirnya membawa makna ke dalam diri tentang erti hidup yang penuh misteri. Pastinya perkataan ulul albab seringkali diulang dalam kitab suci Al Quran. Apakah kita tidak mahu mengambil makna dari hidup ini? Hanya orang-orang yang mahu berfikir dan meneliti, mengasuh hati mencari kebenaran serta menerima khilaf-khilaf yang lalu sebagai panduan untuk tidak lagi mengulanginya dalam hayat yang ternyata singkat sisanya ini. Dunia sudah terlalu tua. Kita pula gila mengejar dunia. Kontra ini membekas sebagai pedoman jiwa, serta peringatan akan tujuan kita dihidupkan. Oh oh, saya 'eksaited' sekali dengan dua projek silaturahmi kami ini! Allah .. Allah .. permudahkan urusan kami, mudah-mudahan niat suci ini dimakbuli ...! |
Archives
December 2023
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |