Saya menerima tugas sebagai Pengerusi Hari Inovasi dengan perasaan bercampur-baur: gerun dan tidak pasti. Hari Inovasi merupakan tradisi tahunan Fakulti kami yang telah empat tahun dijayakan di peringkat dalaman. Namun Hari inovasi 2017 membawa kelainan di mana penyertaan dibuka kepada peserta-peserta dari luar FPend. Rasionalnya adalah untuk membuka persaingan yang lebih meluas di samping melebarkan sayap jaringan serta silaturahim sesama ahli akademik. Selain itu, harapan kami adlaah untuk meluaskan horizon pemikiran tentang bagaimana sesuatu idea inovatif dapat diterjemahkan.
Menarik juga pada kali ini kerana julung-julung kalinya kami memperkenalkan Kategori Prasiswazah. Idea ini saya perolehi ketika dijemput mengadili pertandingan inovasi di IPG Teknik di Bandar Enstek. Lalu saya berfikir 'why not?'. Meskipun pada awalnya ada segelintir yang ragu tentang jumlah penyertaan untuk kategori ini, kami tetap dengan pendirian. ALhamdulillah 33 penyertaan datang daripada pelbagai institusi. Namun saya ingin merakamkan tahniah kepada IPG kerana mendominasi penyertaan khusus IPG Sultan Mizan Besut yang menghantar sekitar 12 penyertaan! Persediaan awal H-Inovasi memakan masa sekitar 5 bulan lebih. Memang terlalu banyak rencah rasa di sepanjang proses itu. Namun saya bersyukur kepada Allah kerana barisan jawatankuasa yang dilantik begitu komited dalam menjalankan tugas masing-masing sehingga ke akhirnya. Tiada kata yang mampu saya ucapkan melainkan doa bertemali agar mereka dikurniai rahmat dan redha Allah .. mudah2an sahaja segala urusan mereka yang secara tekun membantu akan dibalas dengna seribu kebaikan jua! Terima kasih sahabat-sahabatku semua! Menjelang beberapa hari terakhir tentunya tidur malam saya asyik terganggu. Otak ligat memikirkan satu-persatu - apa lagi yang belum selesai? Apa lagi yang perlu diuruskan? Banyak jenis kebimbangan melanda! Hari tetap berlalu dan tarikh 11 Oktober tiba jua. Bismillah ...! Bermula dengan majlis perasmian oleh YBhg Prof. Dato' Ir. Dr. Mohd. Marzuki bin Mustafa, Pro Naib Canselor (Strategi dan Pembangunan Korporat UKM) sehinggalah kepada penjurian, bengkel selari dan seterusnya perasmian penutup, hati tidak berhenti-henti berdoa. ALhamdulillah thumalhamdulillah .. setinggi-tinggi syukur kerana selesai juga H-Inovasi 2017. Meskipun dalam kesederhanaan dan penuh kekurangan, saya pasti ada sesuatu yang manis untuk dikenang oleh semua.
0 Comments
|
Archives
December 2023
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |