Fariza Khalid
  • Home
    • Guestbook
  • Teaching
    • GP6193 Asas Teknologi Pendidikan
    • GB6022 Academic Writing 2
    • GE1153 Computer in Education
    • GE2153 Educational Technology
    • GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning
    • GE3403 Photography
    • GB6013 Research Methods
    • GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
    • GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan
    • Supervision
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks

Sijil  Profesional  Pengajaran  Pendidikan  Tinggi  Siri 2

11/28/2020

0 Comments

 
Picture

SPPPT kembali lagi! Tiada saya sangka kohort kedua tiba dalam jangka masa yang sangat singkat - sekitar tambah tolak dua bulan daripada Siri Pertama SPPPT yang berlangsung September nan lalu. Namun Siri 2 ini lebih meriah kerana kami - pembangun modul asal bersetuju sebulat suara untuk menambah bilangan pengajar lalu tiga ahli lain dijemput turut serta untuk menjayakan modul Redesigining Learning Experiences ini menjadikan jumlah kami seramai 6 orang kini .. meriah gitu! 

Terima kasih tidak terhingga di atas sinergi yang mantap antara semua ahli - Prof Ismail, Dr Harwati, Dr Khalid, Dr Hisyam serta Dr Siti Nurdiyana. Mudah-mudahan kerjasama ini berpanjangan dan sama-sama dapat mengisi kekurangan yang ada :)

Kohort kedua ini agak kurang jumlahnya namun ia bukan satu tiket untuk meringan-ringankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan. Modul ini memberi fokus terhadap dua kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh semua pensyarah - kemahiran merancang dan mereka bentuk pengalaman pembelajaran serta bagaimana mengendalikan suasana kelas secara active learning. Tambahan pula, dalam suasana pandemik yang menuntut semua aktiviti pembelajaran dilaksanakan secara dalam talian, lalu kreativiti dan usaha yang lebih perlu digarap oleh pengajar bagi memastikan pembelajaran bermakna dapat digapai oleh para pelajar. 

Tidak ketinggalan, kemahiran mengenalpasti pokok masalah dalam pembelajaran pelajar menggunakan pendekatan instructional design turut diberikan penekanan. Apalah guna aktiviti yang dilaksanakan tanpa justifikasi KENAPA ia dipilih dan dilaksanakan? Hal ini satu isu yang sangat perlu diberi perhatian oleh semua tenaga pengajar. Justeru bersifat reflektif dan terbuka terhadap sebarang penambahbaikan berterusan adalah intipati dalam menentukan kemenjadian seseorang sebagai seorang pensyarah yang berkaliber. 

Terlalu banyak aspek yang perlu disentuh dalam tempoh masa yang agak singkat. InshaAllah, pada siri seterusnya kami akan terus menambahbaik kaedah pelaksanaan modul ini agar menetapi keperluan dan praktis semua. 

Ala kulli hal .. November adalah bulan yang panjang. Terlalu panjang buat saya. Justeru banyak komitmen kerja yang perlu dilangsai, disusun satu persatu secara terancang. Namun, masa terus sahaja berlalu tanpa menoleh. Saya agak kelelahan mengejar. Apatah lagi dengan tugas-tugas pengajaran, pentadbiran, penyeliaan dan tidak ketinggalan tanggungjawab melunasi aktiviti penyelidikan dan penerbitan bagi tiga geran saya yang masih berbaki dan hampir tamat Disember ini! Beberapa malam saya menjadi zombie kerana tuntutan ini memburu sehingga tidur malam saya diigau dengan pelbagai perkara dan sudahnya, otak terus aktif bekerja meski fizikal sudah kepenatan. 

Disember bakal menjengah. 
Dear December, please be gentle to me! hahahahah! How I wish! 

All the best buat semua .. semoga di atas setiap keringat yang dititiskan untuk melunasi tugas dan amanah diganjari hikmah dan rahmah daripada-Nya jua. 
0 Comments

Temubual  tokoh  ukm

11/24/2020

0 Comments

 
Picture

Saya dihubungi oleh sorang pelajar dari Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat dan beliau menyatakan hasrat untuk menemubual bagi tujuan penghasilan tugasan berkumpulan bagi tajuk Tokoh UKM untuk kursus Citra (Fotografi). Tidaklah selayaknya saya digelar tokoh, memandangkan pengalaman dan sumbangan yang ada  tidaklah seberapa namun kerana menghormati permintaan pelajar, saya bersetuju untuk ditemubual secara ringkas. 

Kumpulan ini merupakan gabungan para pelajar daripada fakulti yang berbeza - Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Fakulti Pendidikan, serta Fakulti Sains dan Teknologi.   Setiap mereka bertanyakan soalan bagi bahagian masing-masing - Claudia, Pek Yun, Kang Hoa dan Anis.


Ringkas tak ringkas, hampir 1 jam juga bercerita itu ini. Tidak lupa juga diselitkan kata-kata nasihat untuk anak-anak muda tentang keghairahan menggunakan teknologi serta tips untuk mencapai kejayaan dalam hidup. 

To all of you who came to me today, I wish you the best of luck! 
xoxo

0 Comments
    Picture
    free web counter no ads
    Welcome to my website. See you again! :)

    RSS Feed

    Archives

    February 2023
    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    February 2019
    January 2019
    October 2018
    September 2018
    August 2018
    July 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    July 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    July 2015
    June 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014


    Realtime Website Traffic

    Categories

    All
    4IR
    Academia
    Aidil Fitri
    AKRI
    Announcement
    Anugerah Bitara UKM
    Apel.Q
    APRS
    Assessment
    Audit
    Augmented Reality
    Award
    Bandung
    Bengkel
    Brunei
    BSTP
    Cabaran Perdana
    Campuslife
    Campus Life
    Center For Education Extension
    Choices
    Coklat
    Computational Thnking
    Conference
    Convocation
    Cyber Crime
    Determination
    Educator 4.0
    Edutourism
    E Learning Training
    E-learning Training
    Expert Evaluation
    FPend
    Friendship
    Geran Industri
    Google Scholar
    Guru
    H-Inovasi
    Hong Kong
    Immersive Learning
    Infographic
    Innovation
    Interpretive Structural Model
    Interpretive Structural Modelling
    IOER
    Japan
    Life
    Life Long Learning
    Lifo Long Learning
    Love
    MARA
    Memory
    Micro-credential
    Missing In Life
    MOOC
    Nominal Group Technique
    Oath
    ODL
    ODL UKM
    Open & Distance Learning
    Open Distance Learning
    Palestine
    PhD
    Piety
    Pitching
    PKP
    Praktikum
    Praktkum
    Pray
    Project
    Provisional Accreditation
    PTPTN
    Publication
    Pusat Internet
    Pusat Kembangan Pendidikan
    Qualitative Data
    Ramadhan
    Research
    Research Grant
    Robing
    Role
    Self Reminder
    Self-reminder
    Seminar
    Sijil Profesional
    Simposium
    SoTL
    Success Recipe
    Supervisee
    Symposium
    Talk
    Teaching Practicum
    Thank You
    Time Is Hindering
    True Friend
    UKM
    UKMShape
    UNESCO
    Universal Design
    Viva
    Wedding