Persahabatan kami bertaut sudah agak lama di bawah bumbung fakulti tentunya. Inilah geng jiwa lara yang sama-sama menyusur jalan berliku dalam perjalanan semasa masing-masing dalam tempoh cuti belajar untuk pengajian PhD.
Aida dan Faridah. Kami juga pernah menjadi penghuni blok bangunan Keris Mas. Acara bowling, makan siang, makan petang malah aktiviti ke panggung wayang menjadi sulaman kebahagiaan meski otak ketika itu sarat dengan tesis, tesis dan tesis. Begitulah. PhD itu perjalanan yang panjang dan sunyi namun jangan sesekali bergerak sendiri. Never walk alone, kata tokwan saya. Silaturahim itu tetap terpatri. Meski masa dan jarak membatasi. Tahu tahu salah seorang ingin pergi. Lalu pertemuan diatur secara adhoc. Banyak cerita yang tersimpan dibuka lembar demi lembar. Tidak sedar masa berputar, terasa baru setengah jam bertamu di situ. Rupanya sidah hampir 3 jam mendodoi kisah dan ceritera. Selamat berhijrah sahabatku Faridah. Semoga hijrahmu membawa ke satu dimensi yang lebih berwarna-warni. Kami mendoakan kebahagiaanmu di tempat baharu. Janji di akhir sesi. Pertemuan ini perlu diulang meski bukan selalu. Cukuplah untuk memupuk silaturahim agar tidak kering dan hancur ditelan waktu. Selamat meneruskan perjalanan. Juga buat sahabatku Aida. Best betul mendengar suara merdumu di corong radio! ^___^
2 Comments
Sungguh.
Hari ini minda agak kepenatan justeru sekian banyak perkara yang datang menuntut pemikiran serta tindakan. Rutin di pusat ini, setiap hari berhadapan dengan perkara yang memerlukan keputusan segera, malah tidak kurang yang menuntut siri perbincangan di sana sini. Kala mentari sudah agak condong ke barat, saya didatangi staf yang membawa sejambangan bunga putih dan beg kertas. Satu kejutan singgah di bilik. Bila diteliti, oh daripada IPG Ilmu Khas KL rupanya. Ingatan manis sempena ucaptama yang pernah saya sampaikan bersempena Seminar Penyelidikan Tindakan Kebangsaan 2021 yang berlangsung pada Disember nan lepas. Terima kasih. Saya tahu ini kerja Dr Hairul, orang kuat di sebalik TINDAK2021 yang juga merupakan bekas pelajar PhD saya yang begitu berdedikasi. Di sepanjang pengajian beliau telah menerbitkan enam makalah di jurnal-jurnal terindeks, serta memenangi tidak kurang dari tujuh anugerah penyelidikan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa; sekaligus mengesahkan kredibiliti beliau sebagai penyelidik dan pakar Kajian Tindakan tentunya! Syabas Dr Hairul! Proud of you! <3 |
Archives
December 2023
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |