Acara berlangsung sudah agak lama - 28-29 Mac 2019 namun kerana kaki tangan terantai dengan masa, maka catatan ini terpaksa dijeruk lebih lama! Satu amanah berat di bahu apabila dijemput menganggotai kumpulan Core Expert Group yang ditaklifkan oleh pihak UNESCO untuk membangunkan garispanduan polisi kebangsaan berkaitan pembangunan bahan OER (Open Educational Resource) untuk pendidikan inklusif. Baru satu bengkel dilalui. Perjalanan ini masih jauh berbaki. InshaAllah Jun nanti akan ada bengkel kedua sebagai susulan. i-OER atau bahan sumber pembelajaran terbuka bagi inklusif ini diilhamkan untuk meraikan keperluan khas dalam kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi. Kebanyakan bahan OER sedia ada kadangkala tidak dilengkapi dengan elemen yang boleh dimanfaatkan oleh para pelajar berkeperluan khas. Satu contoh yang mudah, banyak bahan multimedia dibangunkan untuk rujukan dan mempermudah kefahaman pelajar, namun jika hanya muzik dijadikan audio asas, tanpa narration atau voice over, bahan tersebut tidak dapat digunakan oleh pelajar bermasalah penglihatan. Hal yang demikian terjadi kerana kebanyakan pereka bentuk bahan pembelajaran tidak memikirkan keperluan pelajar-pelajar inklusif. Dalam hal ini, Universal Design memainkan peranan penting sebagai paksi dalam pembangunan sesuatu bahan terbuka. InshaAllah di lain ruang saya akan bercerita tentang UD yang sangat menarik untuk diteliti dan diamalkan oleh semua pendidik. Masa menghambat, sayonara!
0 Comments
|
Archives
March 2021
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |