Alhamdulillah, minggu ini buat ke sekian kalinya saya kembali lagi melunaskan tanggungjawab untuk mempengerusikan sidang pemeriksaan lisan (iiva-voce) salah seorang pelajar Doktor Falsafah dalam bidang Pendidikan Sains - saudari Nagalaxmy. Beliau diselia oleh Prof Dr Kamisah Osman dan Prof Dr Lilia Halim. Pembaca luar pula Prof Madya Dr Che Nidzam dari UPSI manakala Prof Madya Dr Tengku Siti Meriam dari Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat sebagai pemeriksa dalam. Tugas sebagai seorang pengerusi viva sebenarnya tidaklah sukar dan tidak pula mudah. Yang penting adalah kita faham apa tanggungjawab dan skop yang boleh dan tidak dibolehkan untuk dilakukan oleh seorang pengerusi viva. Kelancaran proses soal jawab dan kejelasan dari sudut persoalan serta perubahan yang perlu dilaksanakana juga bergantung kepada kebijaksanaan pengerusi. Sebagai pengerusi viva juga, kita perlu akur bahawa kita bukanlah pembaca tesis yang berhak untuk memberikan cadangan serta membidik kata-kata yang tidak sewajarnya kepada calon. Tugas pengerusi adalah memudahcara, kerana kita tidak membaca tesis calon dari kulit ke kulit seperti para pembaca. Lalu pembacalah orang yang paling layak untuk memberi komentar serta pandangan dan bukannya pengerusi yang baru saja membelek tesis pada sesi itu. Namun dalam beberapa siri viva pelajar saya dan pelajar pensyarah lain, saya dapati ada juga pengerusi viva yang 'lupa' akan dirinya itu seorang pengerusi. Lagaknya melebihi pembaca dalam dan luar, lalu jadilah sidang viva seperti satu medan tazkirah yang panjang serta ahli-ahli dipaksa mendengar khutbah berjela-jela yang langsung tidak relevan dengan keperluan sidang tersebut. Ada juga pengerusi yang sewenang-wenangnya mengeluarkan kata yang terus 'membunuh' semangat calon. Pernah di hadapan saya pengerusi mengeluarkan ayat lebih kurang begini: "Jantung tesis kamu ini sudah mati. Kamu sudah mati dan fail." "Saya menunggu pembaca mengatakan xxxx tapi nampaknya tiada. Saya harap pembaca faham ye apay ang ditulis .." "Kamu tak dapat menjawab dengan baik, macamana saya nak luluskan kamu." Tidakkah ini umpama penyebar toksid dalam proses komunikasi dan perbincangan ilmiah? Seharusnya pengerusi yang tidak objektif begini tidak lagi dilantik kerana mudharat dan kesannya kepada psikologi calon adalah sangat parah dan tidak profesional sifatnya. Begitu berseni tugas kita sebagai pendidik, justeru nilai akhlak dan tutur kata perlulah kita pelihara sebaiknya agar tiada jiwa yang terluka, dan dalam masa yang sama tanggungjawab kita dilunasi sebaiknya. Oh oh panjang pula bebelan saya kali ini. Tahniah sekali lagi Nagalaxmy! Wallahu a'lam.
0 Comments
|
Archives
December 2023
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |