Saban tahun, acara ini seringkali menggamit rasa. Mungkin begitu perasaannya apabila menjadi seorang guru. Gembira bukan kepalang melihat kejayaan para pelajar apatah lagi dalam majlis konvokesyen yang istimewa sebegitu rupa. Saya pasti majlis ini menjadi satu kenangan hebat buat setiap pelajar. Manakan tidak, para ibu bapa serta keluarga terdekat, dan tidak terkecuali sahabat handai sanggup meluangkan masa dan datangnya dari segenap pelosok negara hanya untuk meraikan majlis graduasi. Meskipun telah saya ucapkan di Facebook, namun ingin saya ulangi sekali lagi ucapan TAHNIAH dan MABRUUK buat semua pelajar saya - pra mahu pun pasca siswazah. Anda sememangnya layak diraikan sedemikian rupa! Tidak sampai 48 jam .. kegembiraan masih masih bersisa pastinya! Tamat pengajian bukanlah bermakna pengakhiran bagi anda .. namun percayalah ini sebenarnya satu permulaan. Sudah pasti semua yang telah bergraduasi sedang menunggu saat untuk terjun ke bidang pekerjaan atau mungkin mula membina pelamin angan .. hal itu adalah lumrah kerana kitaran hidup secara umumnya begitu. Ramai juga yang saya perhatikan sudah melalui proses temuduga untuk penempatan. Mudah-mudahan sahaja anda dihantar bertugas dengan segera. Mudah-mudahan sahaja lokasinya sesuai dengan jiwa dan semangat guru baru. Sebarang dugaan dan cabaran harus dijangka. Tiada yang mudah dalam hidup! Namun saya ingin menitip sedikit pesanan kecil buat semua serta peringatan buat diri sendiri. Apabila anda semua telah mempunyai segalanya - kerjaya, keluarga, kemewahan dan harta benda .. barang jangan dilupa kepada kedua orang tua kita .. 'wajib' bagi kita menghulur kepada mereka setiap bulan daripada duit gaji hasil titik peluh kita walaupun sedikit. Orang tua tidak pernah meminta .. tetapi percayalah .. walau sedikit cuma yang dihulurkan, ia umpama mutiara yang berharga yang akan dikenang-kenang! Sejujurnya, perasaan bahagia kerana memberi mampu mengatasi segalanya!
0 Comments
International Conference on Education and Regional Development atau kependekannya ICERD, telah berlangsung di Universitas Pendidikan Bandung pda 31 Oktober nan lepas. Saya pada awalnya tidak berniat untuk turut serta namun memandangkan seramai empat pelajar sarjana di bawah penyeliaan menyatakan hasrat membentangkan kertas kerja, lalu semangat saya turut tercuit. Rombongan kecil kami hanya sejumlah enam orang. Namun kala menunggu pesawat di KLIA, kiranya lebih 40 peserta ICERD lain turut menjadi penumpang. Meriah!
Universitas Pendidikan Bandung berlokasi di Setiabudi namun kami mengambil keputusan untuk menginap di Hotel Pasar Baru Square di Jalan Otto Iskandar lantaran jaraknya yang hanya memakan masa 2 minit untuk ke Pasar Baru. Bukan niat utama untuk berhabisan wang rupiah, namun memikirkan bahawa kawasan sekitar itu lebih nyaman untuk bersiar-siar berbanding Setiabudi yang agak jauh dari ribut kota serta sukar pula mencari tempat makan yang enak. Sementelah, saya simpati dengan hasrat anak-anak buah yang pastinya mengimpikan telekung serta segala macam hasil jualan di Pasar Baru (alasan!) lalu kiranya piihan kali ini memang tidak mengecewakan. Seminar ICERD yang dijadualkan berlangsung selama sehari setengah akhirnya dipendekkan menjadi acara satu hari. Entah apa penyebab sebenar, hanya pihak urusetia yang lebih mengetahui. Lalu hari kedua yang diperuntukkan untuk seminar harus diisi dengan agenda lain. Syukur kerana supir kami - Fazar sangat baik dan penyabar orangnya. Kami dibawa melawat Farm House serta Floating Market - dua tempat menarik yang belum pernah saya jejaki meskipun pernah dahulunya sampai ke Bandung sekitar tahun 2009. Sempat juga singgah sebentar di Jalan Cihampelas untuk mencari barangan kulit dan malamnya kami mengisi perut kosong di Kampung Daun. Kembara kali ini memang menyeronokkan. Mungkin kerana jumlah kami berenam membuat keadaan gamat dan kadangkala gegak gempita! Alhamdulillah, ala kulli hal .. saya kira ini satu aktiviti yang bermakna bukan sekadar untuk mengisi masa terluang namun yang jelas hubungan bersama supervisee saya yang happening sememangnya semakin erat serta membekas di hati. Tahniah semua di atas usaha yang diberikan untuk menghasilkan makalah, serta semangat yang tinggi untuk membentangkan hasl penulisan masing-masing dalam persembahan yang terbaik!!! I am really proud of you - Ila, Nad, Syaida, Fiqah! Good job! Terima kasih kasih juga buat En Yusoff selaku 'pengawas' rombongan yang sporting hehehe .. Ingatan indah ini akan saya kenang selamanya! |
Archives
December 2023
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |