Hasrat ini seringkali tertangguh-tangguh meskipun banyak kali disebut-sebut secara lisan! Sehinggalah akhirnya saya meninggalkan bilik Ketua Program PhD, baharulah akhirnya impian menjadi nyata haha!
Alhamdulillah, dapat mengumpulkan semua orang kuat jawatankuasa siswazah FPend yang selama ini banyak menjadi tulang belakang kami dalam segala urusan berkaitan pelajar Sarjana dan PhD: Nad, Siti, Naza, Sue, Anaqhi, Zura, K.Mahani, En Nizam, K Sah dan tidak ketinggalan KJK Dr Fendi serta KP Sarjana Dr Suzi. Terima kasih banyak-banyak di atas komitmen dan sokongan kepada saya selama bertugas sebagai KP PhD malah tidak jemu mengajar saya segala perkara yang saya tidak tahu sehingga menjadi tahu :) p/s: Terima kasih juga di atas kek yang marvellous! #friendshipremainsandnevercanend
1 Comment
Saya diamanahkan untuk membangunkan serta mengendalikan salah satu modul bagi Sijil Profesional Pengajaran Pendidikan Tinggi untuk dihadiri oleh para pensyarah baharu - Modul Rekabentuk Semula Pengalaman Pembelajaran atau nama 'catchy' nya ReLEx. Bersama-sama saya yang merupakan pembangun modul dan tenaga pengajar adalah Prof Ismail Saibon serta Dr Harwati Hashim. Esok merupakan hari terakhir untuk modul ini di mana para peserta akan membentangkan pengajaran secara mikro. Selamat maju jaya buat semua! ^___^ Alhamdulillah, hari ini saya sempat menyerahkan Nota Serah Tugas untuk jawatan Ketua Porgram PhD bagi Fakulti Pendidikan yang saya sandang lebih kurang 2 tahun setengah. Penggal pelantikan saya sebagai Ketua Program PhD sepatutnya berakhir pada bulan Februari 2021, namun kerana komitmen lain di Pusat Kembangan Pendidikan, jawatan ini tergugur sekaligus :D Terima kasih Puan Nad kerana sudi bergambar kenangan dan mewakili TD Siswazah untuk menerima nota serah tugas ini. Saya mencari bos Siswazah (Prof Nik) namun beliau mempunyai tugas lain siang tadi. Banyak yang saya pelajari semasa memegang jawatan ini .. dan banyak lagi perkara yang mungkin saya tidak sempat belajar! Apapun, saya tabik hormat kepada semua kakitangan siswazah yang bukan sahaja komited dalam kerja mereka malah seringkali menjadi tempat rujukan saya apabila diperlukan : Puan Nad, Siti, Naza, Sue, Anaqhi, Zura dan Kak Mahani merupakan tulang belakang saya semasa menjadi ketua program. Tidak lupa, TD kami Prof Nik yang sentiasa bersikap supportive serta tenang dalam apa jua situasi yang mendatang. Terima kasih semua atas kerjasama yang erat serta banyak mempermudahkan urusan saya selama ini. Sepuluh jari disusun jika ada kekurangan (pasti ada) dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah ini. Didoakan semua dalam rahmat Allah jua :) |
Archives
December 2023
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |