Fariza Khalid
  • Home
    • Guestbook
  • Teaching
    • GP6193 Asas Teknologi Pendidikan
    • GB6022 Academic Writing 2
    • GE1153 Computer in Education
    • GE2153 Educational Technology
    • GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning
    • GE3403 Photography
    • GB6013 Research Methods
    • GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
    • GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan
    • Supervision
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks

Bengkel Perancangan Strategik

12/3/2021

1 Comment

 
Picture
Telah berlangsung beberapa purnama yang lalu namun seperti biasa, catatan tertunda! 

Bengkel Perancangan Strategik - sesuai dengan namanya menuntut pemikiran dan rasional agar selari dengan hala tuju UKMShape. Bengkel selama empat hari dihadiri oleh semua Ketua Projek dan ahli-ahlinya mengikut giliran penjadualan. 

Sebagai output, setiap projek perlu mengemukakan pembentangan bagi pelan strategik masing-masing sebagai batu asas dalam pelaksanaan dan pengoperasian. Sebagai salah satu project-based unit semenjak awal penubuhannya pada awal Januari 2021, ODL terus melangkah ke hadapan dengan pelbagai inisitaif bagi memastikan pengembangan dan pembangunan program dapat ditingkatkan. Syabas Yanti selaku Project Manager. 
Picture
Picture
Picture
Ada sesuatu yang menarik di sini. Lihatlah kreativiti mereka! Sarung tangan plastik yang dibekalkan semasa makan tengahari dijadikan bekas untuk menceduk jajan hehe .. 
Picture
Picture
Picture
1 Comment

Kehilangan dia

11/30/2021

0 Comments

 
Picture
Maaf, catatan ini sudah terlebih dari basi. Namun kerana ini sahaja ruang yang ada untuk saya mencoret lalu hal ini perlu saya teruskan pengkisahannya.

Ya, kami kehilangannya. 
Instructional Designer pertama untuk Unit ODL - Sheril akhirnya meninggalkan UKM. Saya tidak mahu menghalang pemergiannya kerana pada hemat saya hijrah yang dilakukan adalah ke arah peningkatan profesionalism yang bermakna. Mudah-mudahan niat untuk menjadi seorang pensyarah yang penuh wibawa dan hikmah akan dapat digapai dengan jayanya! Saya juga mendoakan pada suatu hari kelak saya akan dapat bertemu dengan Dr. Sheril Syazwani! 

Begitu banyak baktinya buat ODL - satu program yang asing bagi kebanyakan orang khususnya di UKM ini namun kemasukan Sheril ke Pusat Kembangan Pendidikan bukanlah secara kebetulan. Proses temuduga yang berlangsung dari pagi hingga ke petang menuntut jawatankuasa pemilih (pada ketika itu dipengerusikan oleh mantan Pengarah PKP - Prof Norhamidi, dianggotai bersama oleh PM Dr Faidzul, saya, serta wakil dari Bendahari serta Jabatan Pendaftar) membuat pertimbangan yang teliti. Namun pengalaman yang berkait rapat dengan pengendalian LMS untuk program ODL akhirnya memancing kami untuk sebulat suara memilihnya sebagai calon pilihan. Alhamdulillah, beliau menerima tawaran lalu bermulalah perjalanan program ODL yang panjang lagi berliku. 

Unit ODL bertambah lagi keahliannya setelah Yanti, Pengurus Program melaporkan diri selang tidak lama selepas Sheril. Pada ketika itu kami bertiga bekerja rapat dalam hal-hal berkaitan ODL, disokong pula oleh Dr Faidzul dan Dr Zainol yang tidak jemu memerah otak untuk sama-sama mereka bentuk program ODL UKM yang julung-julung kalinya dibangunkan. 

Sebagai ID, tugas beliau banyak berkisar tentang penghasilan storyboard untuk bahan pembelajaran sokongan serta memberi penasihatan tentang penulisan modul bertulis kepada pakar kandungan yang terlibat. Ternyata pemergian Sheril yang belum diisi sedikit sebanyak meninggalkan kesan kepada keseluruhan perjalanan pembangunan program ODL. Mungkin apa yang terjadi ada hikmahnya. Tarikh sasaran untuk memulakan program ODL pada Januari 2022 tidak tercapai jua kerana faktor-faktor di luar kawalan. Tarikh-tarikh mesyuarat yang ditangguh beberapa kali di peringkat UKM mahupun KPT antara sebab perancangan awal terpaksa dilupakan. Namun seperti yang saya katakan tadi, semua yang terjadi ada hikmahnya. Di saat-saat kami kehilangan seorang ID, tempoh persediaan secara tidak langsung menjadi lebih panjang, lalu ada lah ruang untuk bernafas alhamdulillah. 

Sheril,
Saya rakamkan ucapan jutaan terima kasih buat Sheril di atas segala kepakaran yang dicurahkan serta komitmen yang tinggi yang telah ditunjukkan. Sheril merupakan seorang pekerja yang tahu skop tugasannya, tidak menunggu disuruh berkali-kali. Sekali arahan diberi, pasti akan siap. Inilah nilai profesionalisme yang harus diikuti oleh semua. Punctuality, accountability serta tidak culas/curi tulang dalam waktu bekerja, menjadikan beliau mempunyai status tersendiri di mata saya.  Semoga Sheril gembira dan tenang di tempat kerja yang baharu. Jarak yang jauh bukanlah pemisah. Semoga akan ada ruang untuk kita berjumpa lagi di lain masa Insha Allah. 
Picture
Picture
Picture
Picture
0 Comments

Bahagian Akademik & Pengembangan Program

8/30/2021

0 Comments

 
Picture

Penstrukturan baharu bagi Pusat Kembangan Pendidikan memberi impak kepada beberapa bentuk perubahan, khususnya portfolio saya sendiri. Lantikan saya di PKP yang pada awalnya untuk mengisi keperluan khusus dalam pembangunan progam Open & Distance Learning telah melalui  rombakan dalam kabinet di PKP dan ini menjadikan portfolio saya berkembang daripada Open & Distance Learning kepada Pengurusan Akademik & Pengembangan Program. 

Memang. Semakin berat tanggungjawab yang dipikul justeru tiga sub-bahagian di bawah penyeliaan saya menuntut komitmen kerja yang bukan sedikit. Namun, saya anggap ini sebagai satu amanah dan taklifan yang perlu ditangani dan dilaksanakan sebaiknya.

Berhikmah dan berfikrah. 
Itulah cabaran yang perlu dijelmakan dalam semua bentuk tindak tanduk, pemikiran, komunikasi malah dalam mencapai sesuatu keputusan. 

Alhamdulillah perjumpaan ringkas sebagai tautan silaturahim antara semua ahli di bawah Pengurusan Akademik & Pembangunan Program akhirnya berjaya dijalankan meskipun secara dalam talian sahaja. Perkongsian skop tugas dengan sub-bahagian lain saya kira memberi manfaat kepada semua kerana sinergi yang kukuh sememangnya diperlukan dalam sesebuah organisasi. Apatah lagi jika komponen tugas di antara sub-bahagian memerlukan perpetuation atau kesinambungan yang jitu. 

Sama-sama kita memacu ke arah merealisasikan hasrat untuk memberi khidmat yang terbaik kepada para pelanggan, sekaligus memberikan semangat yang lebih positif buat kita semua inshaAllah ... 
Picture
0 Comments

Pecutan  10  Terakhir  Ramadhan

5/3/2021

0 Comments

 
Picture
Pecutan 10 Terakhir Ramadhan. Begitulah kupasan tazkirah pada pagi tadi sebagai makanan rohani buat semua. Disampaikan oleh Da'i Hadhari, seorang penceramah muda yang energetik dan tidak kurang lawaknya menyebabkan audiens tidak kering gusi. 

Antara inti utama yang menjadi peringatan buat semua - tiga perkara yang seringkali menyebabkan umat Islam rugi apabila menjelangnya Ramadhan:

a) Kurangnya bersedekah 
b) Tidak melaksanakan solat sunat 2 rakaat 
c) TIdak membaca Al-Quran 

Satu peringatan penting yang membuatkan diri bermuhasabah. 
Terima kasih Da'i Hadhari di atas perkongsian ilmu tersebut. 
Syabas pihak PKP di atas inisiatif untuk majlis ilmu yang bermakna ini. 

Barakamullah ... 

Picture
Picture
0 Comments
    Picture
    free web counter no ads
    Welcome to my website. See you again! :)

    RSS Feed

    Archives

    February 2023
    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    February 2019
    January 2019
    October 2018
    September 2018
    August 2018
    July 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    July 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    July 2015
    June 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014


    Realtime Website Traffic

    Categories

    All
    4IR
    Academia
    Aidil Fitri
    AKRI
    Announcement
    Anugerah Bitara UKM
    Apel.Q
    APRS
    Assessment
    Audit
    Augmented Reality
    Award
    Bandung
    Bengkel
    Brunei
    BSTP
    Cabaran Perdana
    Campuslife
    Campus Life
    Center For Education Extension
    Choices
    Coklat
    Computational Thnking
    Conference
    Convocation
    Cyber Crime
    Determination
    Educator 4.0
    Edutourism
    E Learning Training
    E-learning Training
    Expert Evaluation
    FPend
    Friendship
    Geran Industri
    Google Scholar
    Guru
    H-Inovasi
    Hong Kong
    Immersive Learning
    Infographic
    Innovation
    Interpretive Structural Model
    Interpretive Structural Modelling
    IOER
    Japan
    Life
    Life Long Learning
    Lifo Long Learning
    Love
    MARA
    Memory
    Micro-credential
    Missing In Life
    MOOC
    Nominal Group Technique
    Oath
    ODL
    ODL UKM
    Open & Distance Learning
    Open Distance Learning
    Palestine
    PhD
    Piety
    Pitching
    PKP
    Praktikum
    Praktkum
    Pray
    Project
    Provisional Accreditation
    PTPTN
    Publication
    Pusat Internet
    Pusat Kembangan Pendidikan
    Qualitative Data
    Ramadhan
    Research
    Research Grant
    Robing
    Role
    Self Reminder
    Self-reminder
    Seminar
    Sijil Profesional
    Simposium
    SoTL
    Success Recipe
    Supervisee
    Symposium
    Talk
    Teaching Practicum
    Thank You
    Time Is Hindering
    True Friend
    UKM
    UKMShape
    UNESCO
    Universal Design
    Viva
    Wedding