Fariza Khalid
  • Home
    • Guestbook
  • Teaching
    • GP6193 Asas Teknologi Pendidikan
    • GB6022 Academic Writing 2
    • GE1153 Computer in Education
    • GE2153 Educational Technology
    • GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning
    • GE3403 Photography
    • GB6013 Research Methods
    • GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
    • GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan
    • Supervision
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks

Round  Table Session

11/5/2019

0 Comments

 
Picture
Ini satu amanah yang berat. Bermula dengan penghasilan 'best practice model', kami beralih kepada pembangunan Model Kelestarian Pusat Internet sebagai respons kepada permintaan daripada pihak MCMC sendiri yang menginginkan satu model yang boleh diusulkan untuk kelestarian Pusat Internet. 

Untuk tujuan ini, para ahli penyelidikan bertungkus-lumus memerah idea dan pemikiran dalam beberapa siri perbincangan untuk menghasilkan satu kerangka model untuk dibincangkan dan dipersetujui dalam sesi Persidangan Meja Bulat. 

Kami meneliti beberapa sustainable models yang berkaitan dengan kelestarian sesebuah sistem khususnya yang ada kena mengena dengan Pusat Internet atau Telecentre. 

Kami turut memutuskan untuk menggunakan pendekatan 
Modified Nominal Group Technique (NGT) untuk menentusahkan elemen-elemen dalam model yang dicadangkan berbanding Classic NGT. Setelah selesai proses Modified NGT dijalankan di sebelah pagi, sesi undian (voting) menggunakan perisian Interpretive Structural Modelling (ISM) dilaksanakan di sebelah petang. 

Alhamdulillah, banyak input yang diterima malah tidak ketinggalan ada isu yang agak kontroversi terpaksa disentuh demi mencari jalan terbaik. Kudos kepada semua pakar yang sudi hadir dan berkongsi maklumat serta buah fikiran .. kami benar-benar menghargainya. Tanpa input sedemikian, tiadalah maknanya Persidangan Meja Bulat ini. 

Kudos juga buat semua ahi penyelidik serta team daripada TM dan MSD di atas kerjasama yang tidak pernah berkurangan semenjak dari awal penyelidikan! 



0 Comments

Sepetang  Bersama  TnC  Hepi

10/21/2019

2 Comments

 
Picture

Kiranya ini kali pertama TNC HEPI bertandang ke fakulti kami semenjak meneraju portfolio ini. Alhamdulillah kunjungan ini merupakan sesuatu yang bermakna buat semua dan saya tidak melepaskan peluang untuk sama-sama menyambut kedatangan Prof Dato’ Ir Dr Abdul Wahab Mohammad ke fakulti. Serentak dengan majlis Sepetang bersama TNC ini juga, pihak fakulti menyampaikan anugerah penerbitan artikel dan buku serta penerimaan geran luar kepada para ahli fakulti. 

Tidak pernah terlintas untuk saya tersenarai dalam 5 penerima Anugerah Penerbitan Tertinggi untuk tahun 2018. Alhamdulillah jua di atas ilham dan kudrat yang dikurniakan serta masa yang tidak ternilai harganya untuk menelaah penulisan sebelum berjaya diterbitkan. 

Kerana Geran daripada Telekom juga, saya turut menerima Anugerah Penerima Geran Luar daripada Yg Bhg Dato TNC. 

Nota: Mari tanamkan azam untuk menembusi jurnal Wos pula untuk 2020!


Picture
2 Comments

Round  Table  Session - Kelestarian  Pusat  Internet :  A  Way  Forward

9/1/2019

0 Comments

 
Picture
Berlangsung pada 19 Ogos yang lepas, acara Persidangan Meja Bulat ini merupakan sebahagian daripada aktiviti yang sememangnya dirancang dari awal lagi. Persidangan ini mengumpulkan pakar-pakar dari bidang yang pelbagai termasuklah Keusahawanan, Pendidikan, Perundangan, TVET, serta Industri yang dijemput untuk duduk semeja dan membahaskan isu-isu berkaitan kelestarian Pusat Internet di negara ini. 

Alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi diucapkan buat penaja geran penyelidikan kami iaitu Telekom Malaysia Bhd kerana semenjak dari fasa pertama pengumpulan data sehinggalah ke peringkat penghasilan model kelestarian, seringkali memberikan komitmen dan sokongan yang tidak berbelah bahagi. 

Sekalung pernghargaan tidak terhingga buat En Anuar Mat Alim, Pengurus Besar TM yang sudi merasmi, membaca doa malah bertindak sebagai tunggak peting dalam perbincangan meja bulat ini. Tidak lupa juga buat pegawai-pegawai TM yang lain serta staf-staf MSD yang turut hadir. Tentu sekali tidak dilupakan para pakar yang sudi meluangkan masa, tenaga serta buah fikiran yang bernas. 

Output akhir daripada Persidangan Meja Bulat ini merupakan model kelestarian pusat internet yang kami rangka berdasarkan sorotan literatur dan diharmonikan dengan data temubual pada fasa pertama kajian. Penggunaan Interpretive Structural Model (ISM) saya kira amat praktikal di mana perisian ini membantu menganalisis input daripada proses voting yang dijalankan dan hasilnya setiap sub-elemen akhirnya disusun mengikut keutamaan berdasarkan voting yang dibuat. Credit untuk pelajar PhD saya Mazzlida yang membantu menguruskan penggunaan ISM ini. 
Duh, masa kian pantas berlarian sedangkan masih ada tugas yang berbaki yang perlu dilangsaikan untuk projek Geran Industri ini. Janji kami kepada TM, laporan akhir akan idserahkan dalam bulan Oktober 2019 ini. Mudah-mudahan kami diberikan kekuatan minda dan fizikal untuk meneruskan urusan yang berbaki ini. 

Di bawah ini adalah ahli-ahli penyelidik yang sentiasa komited dengan tugasan yang diberi. My heartfelt thanks to - Dr Azlin, Dr Diyana, Dr Sheerad, Dr Hazrati dan Dr Yusoff.
Picture
Coming together is a beginning. Keeping together is progress. Working together is success!
0 Comments

Geran Industri - Telekom Malaysia

6/20/2019

0 Comments

 
Picture
Setelah beberapa kali perbincangan bersemuka bersama pengurusan Telekom Malaysia dan vendornya MSD, saya diberi kepercayaan untuk mengepalai satu projek di bawah penajaan Telekom Malaysia. Alhamdulillah, satu lagi geran industri sebagai amanah dan taklif. 

Objektif penyelidikan ini antara lain adalah untuk mengenalpasti impak Pusat Internet di bawah pengendalian Telekom Malaysia (483 buat) daripada keseluruhan 800 lebih Pusat Internet di seluruh Malaysia. Output utama yang akan dijana adalah model pengoperasian yang menggambarkan keseluruhan modus operandi Pusat-pusat Internet ini selain daripada input untuk penambahbaikan dan kelestarian institusi ini buat masyarakat setempat. 

Ahli-ahli kumpulan kami tidaklah begitu ramai - kami hanya ber-enam namun saya memanjatkan setinggi kesyukuran kerana komitmen yang diberikan adalah sangat tinggi apatah lagi kami bertanggungjawab untuk mengendalikan sesi temubual bersama pengurus, penolong pengurus serta pengguna Pusat-pusat Internet secara langsung. Jarak sesebuah Pusat Internet yang dikunjungi juga agak berjauhan antara satu sama lain. Namun, kepuasan setelah mendengar dan menyelami isi hati para responden merupakan pulangan lumayan. Banyak persamaan malah variasi dalam respon yang diterima. Saya kira inilah antara kekuatan penyelidikan kualitatif yang menyajikan dimensi yang mendalam terhadap  isu yang ingin dikupas. Apatah lagi dengan wujudnya 'kuasa' triangulasi daripada sumber data yang berbeza, menambahkan kekayaan dan perincian maklumat yang diperolehi. 

Picture
Pusat Internet Felda Soeharto
Picture
Pusat Internet Desa Puteri
Picture
Pusat Internet Kanchong Darat
Sebelum Ramadhan yang lepas, kami berpeluang untuk meneliti data temubual dan menghasilkan beberapa konstruk utama untuk pengutipan data secara kuantatif pula. Untuk fasa ini, seramai 1500 responden akan terlibat. Namun, kemunculan Syawal menyebabkan perjalanan penyelidikan agak perlahan lantaran cuti umum (termasuk cuti peribadi!). Nah, sekarang waktu untuk kembali 'menyingsing lengan' justeru masih banyak tugas yang belum terlangsai. 
Picture

Setinggi-tinggi penghargaan buat Telekom Malaysia, khususnya Pengurus Besar, Encik Anuar Mat Halim, Tn Haji Jaffni, Encik Anuar serta tidak dilupakan orang-orang kuat MSD di atas sokongan padu demi melihat projek ini direalisasikan dengan jayanya. Kami juga dijemput untuk berkongsi tentang projek ini bersama En Azhar serta staf di Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia di Cyberjaya. 
Picture
The clock is ticking, it's time to keep going!
0 Comments
    Picture
    free web counter no ads
    Welcome to my website. See you again! :)

    RSS Feed

    Archives

    February 2023
    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    February 2019
    January 2019
    October 2018
    September 2018
    August 2018
    July 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    July 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    July 2015
    June 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014


    Realtime Website Traffic

    Categories

    All
    4IR
    Academia
    Aidil Fitri
    AKRI
    Announcement
    Anugerah Bitara UKM
    Apel.Q
    APRS
    Assessment
    Audit
    Augmented Reality
    Award
    Bandung
    Bengkel
    Brunei
    BSTP
    Cabaran Perdana
    Campuslife
    Campus Life
    Center For Education Extension
    Choices
    Coklat
    Computational Thnking
    Conference
    Convocation
    Cyber Crime
    Determination
    Educator 4.0
    Edutourism
    E Learning Training
    E-learning Training
    Expert Evaluation
    FPend
    Friendship
    Geran Industri
    Google Scholar
    Guru
    H-Inovasi
    Hong Kong
    Immersive Learning
    Infographic
    Innovation
    Interpretive Structural Model
    Interpretive Structural Modelling
    IOER
    Japan
    Life
    Life Long Learning
    Lifo Long Learning
    Love
    MARA
    Memory
    Micro-credential
    Missing In Life
    MOOC
    Nominal Group Technique
    Oath
    ODL
    ODL UKM
    Open & Distance Learning
    Open Distance Learning
    Palestine
    PhD
    Piety
    Pitching
    PKP
    Praktikum
    Praktkum
    Pray
    Project
    Provisional Accreditation
    PTPTN
    Publication
    Pusat Internet
    Pusat Kembangan Pendidikan
    Qualitative Data
    Ramadhan
    Research
    Research Grant
    Robing
    Role
    Self Reminder
    Self-reminder
    Seminar
    Sijil Profesional
    Simposium
    SoTL
    Success Recipe
    Supervisee
    Symposium
    Talk
    Teaching Practicum
    Thank You
    Time Is Hindering
    True Friend
    UKM
    UKMShape
    UNESCO
    Universal Design
    Viva
    Wedding