Ini satu amanah yang berat. Bermula dengan penghasilan 'best practice model', kami beralih kepada pembangunan Model Kelestarian Pusat Internet sebagai respons kepada permintaan daripada pihak MCMC sendiri yang menginginkan satu model yang boleh diusulkan untuk kelestarian Pusat Internet. Untuk tujuan ini, para ahli penyelidikan bertungkus-lumus memerah idea dan pemikiran dalam beberapa siri perbincangan untuk menghasilkan satu kerangka model untuk dibincangkan dan dipersetujui dalam sesi Persidangan Meja Bulat. Kami meneliti beberapa sustainable models yang berkaitan dengan kelestarian sesebuah sistem khususnya yang ada kena mengena dengan Pusat Internet atau Telecentre. Kami turut memutuskan untuk menggunakan pendekatan Modified Nominal Group Technique (NGT) untuk menentusahkan elemen-elemen dalam model yang dicadangkan berbanding Classic NGT. Setelah selesai proses Modified NGT dijalankan di sebelah pagi, sesi undian (voting) menggunakan perisian Interpretive Structural Modelling (ISM) dilaksanakan di sebelah petang. Alhamdulillah, banyak input yang diterima malah tidak ketinggalan ada isu yang agak kontroversi terpaksa disentuh demi mencari jalan terbaik. Kudos kepada semua pakar yang sudi hadir dan berkongsi maklumat serta buah fikiran .. kami benar-benar menghargainya. Tanpa input sedemikian, tiadalah maknanya Persidangan Meja Bulat ini. Kudos juga buat semua ahi penyelidik serta team daripada TM dan MSD di atas kerjasama yang tidak pernah berkurangan semenjak dari awal penyelidikan!
0 Comments
Leave a Reply. |
Archives
December 2020
Blogs that I follow:Edutopia
Center for Teaching Educators Technology Jendela Kamila Tinta Seorang Wanita PhD Blog Patter The Thesis Whisperer James Hayton e-Learning Acupunture Mendeley Blog Let's View my Blog Google Drive Blog SuperWebsiteBuilder e-learning learning Brain Rules Peter Pappas Classroom 2.0 Scoop.it Categories
All
|