A late update! Di pertengahan Ramadhan baru-baru ini, saya dijemput oleh ketua projek untuk menghadiri bengkel bersama kesemua sub-projek di bawah geran LRGS selaku salah seorang ahli penyelidik bersama. Projek ini melibatkan sekelompok komuniti B40 dan antara peranan projek ini tentulah berkaitan usaha ke arah peningkatan taraf hidup (kesihatan, pendidikan dll) komuniti terbabit. Ia satu tanggungjawab yang serius yang perlu dilihat secara tuntas. Meskipun sebelum ini kumpulan kami (Pendidikan) sudah bersidang untuk mencapai kata sepakat tentang isu-isu yang hendak dikupas agar selari dengan objektif dan konteks kajian, bengkel pada kali ini melibatkan keseluruhan lima sub-projek untuk geran mega ini. Namun, suatu hal yang menarik adalah hakikat bahawa kami semua menuju satu destinasi dan matlamat yang sama. Pengalaman untuk duduk di majlis ilmu bersama pada profesor yang pakar dalam bidang masing-masing serta kaya dengan pengalaman banyak memberi pengajaran buat saya tentang erti hikmah dalam ilmu, berhemah dalam berkomunikasi, malah penaakulan yang tinggi dalam mengambil satu-satu keputusan. TIdak dilupa, musyawarah serta suara para ahli tidak boleh dipandang sepi jika permuafakatan hendak dicapai.
Saya salute dengan kewibawaan Prof Ishak, selaku ketua projek. Beliau begitu tenang, namun jelas sekali kematangan dalam berfikir serta kemahiran dalam mengendalikan perbedaan pendapat antara ahli. Syukur alhamdulillah kerana peluang yang diberi ini. Thanks again Prof Ruhi :)
0 Comments
|
Archives
March 2021
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |