Fariza Khalid
  • Home
    • Guestbook
  • Teaching
    • GP6193 Asas Teknologi Pendidikan
    • GB6022 Academic Writing 2
    • GE1153 Computer in Education
    • GE2153 Educational Technology
    • GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning
    • GE3403 Photography
    • GB6013 Research Methods
    • GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
    • GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan
    • Supervision
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks

Dahulu dan kini

2/25/2015

0 Comments

 
Kala di usia di bangku sekolah menengah dahulu, saya tidak ketinggalan meminati beberapa baris lagu dendangan artis tempatan. Kadangkala, ketika rasa kantuk menyerang diri di bangku kelas, seringkali juga saya menconteng-conteng buku dengan nama kumpulan-kumpulan muzik yang menjadi kegemaran tika itu. Salah satunya tentulah kumpulan Ekamatra yang cukup popular dengan Pusara Lebuh Raya, Siapa di Hatimu dan  Di sini Kasihku Abadi (sekadar menamakan beberapa contoh). Kadangkala juga, saya dan rakan di bangku sebelah, Na seringg menyanyi kecil sementara menunggu kelas seterusnya. Lucu mengenangkan kegilaan kala remaja. 

Namun itu dahulu. Usia remaja yang semakin jauh ditinggalkan, tetapi sentiasa membekas dalam ingatan. Zaman berubah, manusia pun mengalami tranformasi berbeza. Beberapa hari lepas, saya berkunjung ke toko buku kegemaran untuk mencari sedikit keperluan pejabat. Ketika asyik mencari itu-ini, telinga saya disajikan dengan alunan qasidah yang merdu sekali. 

Saya tidak perlu meneka suara siapa kerana suara mantan penyanyi Ekamatra itu memang dekat di hati (penggemar tegarlah kononnya!). Lalu saya terus ke rak CD, dan di baris paling hadapan saya terlihat nama Rahmat tertera pada kotak CD, lalu terus membayarnya di kaunter. 

Dahulu dan kini, tidak sama. Dahulu begitu, sekarang begini. Alhamdulillah, saya bersyukur dengan perubahan ini. Sejak sekian lama, penghijrahan beliau ke genre berbeza sememangnya dalam pengetahuan saya cuma sebelum ini saya tiada kesempatan untuk memilik naskhah karya beliau. 

Maula Yasalli memuatkan lima alunan qasidah yang meruntun jiwa. Saya tidak menyesal memilikinya. 
Picture
Zaman berubah, kita juga harus berubah. Ayuh, isi diri dengan input yang positif. Jangan terlalu asyik dengan lagu-lagu yang tidak memberi makna kepada pembinaan dalaman diri. 

Saya teringat analogi yang diberi oleh seorang rakan, bahawa hiburan itu ibarat makanan ringan. Sedap dimakan, namun tidak mengenyangkan. Habis satu, mahu lagi satu tetapi untuk jangka masa panjang, mudaratnya lebih banyak dari manfaat. 

Lalu yang mana menjadi pilihan .. mudah-mudahan Allah memandu jiwa kita menuju maghfirah-Nya selalu :)
0 Comments

Semester baru bertamu lagi

2/23/2015

0 Comments

 
Cuti semester nan lepas sememangnya lebih pendek berbanding semester lalu. Maka tidak hairanlah saya seperti tercengang-cengang dengan pantasnya masa yang berlalu sehingga sedar-sedar pelajar baru (pascasiswazah) sudahpun mula mendaftar, serta pelajar-pelajar yang lain mula berbondong-bondong kembali ke kampus tercinta. 

Banyak status di Facebook pelajar saya yang memperlihatkan emosi berbelah bahagi mereka untuk kembali semula 'ke sekolah'. Rata-rata melahirkan rasa 'berat hati' untuk datang semula menadah ilmu, atau mungkin juga ada yang telah mula membayangkan peritnya bebanan untuk menyiapkan tugasan sebelum peperiksaan di hujung semester! Namun itulah kemanisan sebagai mahasiswa. Saya sendiri secara personal masih rindukan kehidupan sebegitu, serta bagaimana' zombie'nya diri ini kala minggu peperiksaan mula menjenguk tiba. Perpustakaan menjadi teman paling rapat yang didampingi hampir saban hari dari pagi hingga malam. Duh! Sungguh tepu tempurung kepala, namun sehabisnya peperiksaan, kala menerima slip keputusan hati sentiasa berbunga ria, lalu bersujudlah syukur dengan kurnia 'upah' hasil kerja keras yang tidak berbelah bahagi itu. 

Bermulanya semester baru, bermakna saya juga perlu membuka lembaran fail pengajaran yang baru. Meskipun beberapa subjek telah saya ajari pada semester-semester lepas, namun sebagai seorang yang sering menelaah karangan berkisar 'praxis practice' tentunya saya perlu melakukan beberapa penambahbaikan dalam pengajaran di setiap semester baru bermula. Lalu azam itu, perlu ditampilkan dengan iringan doa kepada Yang Haq, mudah-mudahan niat suci dipermudahkan pelaksanaannya kelak, ameen. 

Banyak agenda yang telah berlalu namun kerana kekangan masa yang sering merantai membuat minda beku untuk menulis. Malah, beberapa manuskrip yang dirancang masih terdampar sepi! Namun syukurlah beberapa perkara yang menjadi kewajipan kerja telah selamat dilangsaikan. Kursus Google Drive yang berlangsung minggu nan sudah sungguh memuaskan hati. Peserta kali ini lebih ramai daripada dua bengkel sebelum ini. Semuanya menunjukkan minat yang tidak berbelah bahagi untuk turut sama mendapat manfaat daripada Google Drive yang percuma itu. Terima kasih semua kepada yang hadir serta memberikan saranan untuk bengkel akan datang :) 



Karnival Inovasi (K-Novasi) Peringkat UKM juga telah diadakan pada 11-12 Februari yang lepas. Saya tidak melepaskan peluang untuk turut sama memeriahkan acara dengan menghantar dua poster untuk dipertandingkan. 
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Mudah-mudahan semester baru membawa kebahagiaan dan dipermudahkan segala urusan kita :) 
0 Comments

Pengharapan 

2/4/2015

0 Comments

 
Picture
Musim menuai. Bukan padi mahupun gandum tetapi markah prestasi tahunan. Kerana itu saya menyebut musim menuai kerana kini sedang berlangsung proses penilaian di pentas penghakiman para ketua jabatan. 

Ianya merupakan markah sebagai ganjaran kepada usaha dan prestasi yang dipamerkan sepanjang tahun lepas. Lalu apabila 'haul'nya sudah cukup, maka berusaha keraslah para KJ untuk menilai, menimbang dan menyukat mahsul setiap pekerja bawahan. 

Seorang rakan akrab saya, Dr. Kamariah pernah menulis tentang KPI dalam cerpen beliau yang disiarkan dalam Antologi Cerpennya - Catatan Cinta Anakanda Bonda. Ironinya, beliau bukanlah merujuk KPI dalam maksud Petunjuk Prestasi Utama atau Key Performance Indicators - sebaliknya mengaitkan KPI dengan Kehidupan Penghayatan Islam. 

Beliau begitu bijak menampilkan beberapa watak dalam menghidup dan menggerakkan perjalanan cerpen tersebut. Secara halus, ada mesej tersirat yang sampai ke hati. Ada niat murni yang hendak ditebarkan kepada masyarakat awam agar lebih membuka mata, meluaskan minda serta jangan terlalu taksub dengan KPI yang sedang hangat dilangsungkan penilaiannya sekarang. 

Tuan Guru saya dengan nada tenang memberi keyakinan kepada anak-anak muridnya yang datang menadah kitab lima jilid itu saban minggu - bahawa setiap sesuatu yang dilakukan kerana Allah sahaja akan memberi nikmat kepuasan dalam diri mereka yang mahu mengerti. Pendeknya, janganlah kita melakukan sesuatu perkara hanya kerana ingin mencuri perhatian manusia. Janganlah hendaknya kita meletakkan redha manusia melebihi redha-Nya. Nauzubillahi min zalik ...! 

Allahku, ya Aziz ya Jabbar ya Aliy ya Hayy! Kami berlindung daripada wujudnya rasa sebegitu. Moga hendaknya setiap langkah kami hanya khusus untuk mencari maghfirah dan mardhiah-Mu!! 

Coretan ringkas ini mengingatkan saya kepada kisah si tukang rumah yang diupah majikannya untuk membina sebuah perteduhan. Lalu dibinanya rumah itu tanpa ketelitian serta pemilihan bahan diambilnya daripada bahan-bahan yang rendah kualitinya hanya kerana dia berfikir "INI BUKAN RUMAH MILIKKU .. JADI TIDAK PERLULAH BUAT YANG TERBAIK". Tatkala siap binaan rumah tersebut, maka mengadaplah tuan rumah itu di hadapan majikannya. Majikannya dengan wajah berseri-seri lalu berkata: "SEBENARNYA RUMAH INI AKU HADIAHKAN KEPADAMU. DUDUKLAH DI SINI DENGAN GEMBIRA." Bayangkanlah perasaan tukang rumah itu .. lalu hati kecilnya menjerit: "KALAU KUTAHU ITU BAKAN MENJADI MILIKKU PASTI AKAN KULAKUKAN YANG TERBAIK!!!!". Adakah kita mahu menerima nasib sebegini juga? Usung mindamu, lalu muhasib!

Semoga kisah nan secebis ini memberi makna dan berkata-kata buat diri kita semua. 

Kepada semua, selamat berKPI .. jom cari redha Allah, bukan redha manusia :)


0 Comments
    Picture
    free web counter no ads
    Welcome to my website. See you again! :)

    RSS Feed

    Archives

    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    February 2019
    January 2019
    October 2018
    September 2018
    August 2018
    July 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    July 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    July 2015
    June 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014


    Realtime Website Traffic

    Categories

    All
    4IR
    Academia
    Aidil Fitri
    AKRI
    Announcement
    Anugerah Bitara UKM
    Apel.Q
    APRS
    Assessment
    Audit
    Augmented Reality
    Award
    Bandung
    Bengkel
    Brunei
    BSTP
    Cabaran Perdana
    Campuslife
    Campus Life
    Center For Education Extension
    Choices
    Coklat
    Computational Thnking
    Conference
    Convocation
    Cyber Crime
    Determination
    Educator 4.0
    Edutourism
    E Learning Training
    E-learning Training
    Expert Evaluation
    FPend
    Friendship
    Geran Industri
    Google Scholar
    Guru
    H-Inovasi
    Hong Kong
    Immersive Learning
    Infographic
    Innovation
    Interpretive Structural Model
    Interpretive Structural Modelling
    IOER
    Japan
    Life
    Life Long Learning
    Lifo Long Learning
    Love
    MARA
    Memory
    Micro-credential
    Missing In Life
    MOOC
    Nominal Group Technique
    Oath
    ODL
    ODL UKM
    Open & Distance Learning
    Open Distance Learning
    Palestine
    Piety
    Pitching
    PKP
    Praktikum
    Praktkum
    Pray
    Project
    Provisional Accreditation
    PTPTN
    Publication
    Pusat Internet
    Pusat Kembangan Pendidikan
    Qualitative Data
    Ramadhan
    Research
    Research Grant
    Robing
    Role
    Self Reminder
    Self-reminder
    Seminar
    Sijil Profesional
    Simposium
    SoTL
    Success Recipe
    Supervisee
    Symposium
    Talk
    Teaching Practicum
    Thank You
    Time Is Hindering
    True Friend
    UKM
    UKMShape
    UNESCO
    Universal Design
    Wedding