Barangkali ada yang tidak pernah mendengar nama Latvia, sebuah negara cantik yang terletak di Timur Eropah ini. 'Apa?' itu reaksi yang beberapa kali saya dengar apabila nama Latvia disebut. Syukur, kedatangan Professor Andrejs Geske ke fakulti atas kapasiti Profesor Pelawat memberi banyak input bermakna, bukan sahaja untuk pelajar siswazah di FPend, malah turut memberi maklumat kepada kami, warga pensyarah. Perkongsian beliau tentang program PhD di Universiti Latvia juga agak menarik. Selaku Ketua Program PhD fakulti, saya dijemput oleh Prof Dr Saemah untuk turut sama mendengar perkongsian tersebut. Satu perkara yang menarik hati tentang pakar berbangsa Latvia ini adalah kesederhanaannya dalam segenap hal. Tutur katanya yang bersopan, tersusun malah senyuman yang tidak lekang di bibir membuat sesiapapun menjadi senang untuk berdampingan dan berguru dengannya. SIkap ini seharusnya menjadi suri teladan buat kita semua. Semakin banyak ilmu dan pengalaman, semakin merendah rendah. Janganlah hendaknya kita berasa puas dan angkuh dengan apa yang kita ada, kerana ilmu di dada walau sebanyak manapun, ia tetap hanyalah setitis daripada selautan imu Allah.
0 Comments
Alhamdulillah, bersempena dengan MEA 2018, UKM telah terpilih sebagai finalis. Justeru, beberapa PTJ diamanahkan untuk membentangkan serta membuktikan kepada juri akan kemampuan UKM dalam memenuhi kriteria MEA pada 18 April yang lepas. Fakulti Pendidikan pula diamanahkan untuk memperlihatkan pembelajaran yang menggunapakai acuan 4th industrial revolution serta mendokong penggunaan teknologi terkini dalam memacu minat dan seterusnya menggandakan hasil pembelajaran pelajar. Pihak kedekanan meminta saya mengendalikan satu sesi P&P yang menonjolkan ciri-ciri tersebut. Alhamdulillah, berkat kerjasama para pelajar yang sudi meluangkan masa seharian di Hub Inovasi Pelajar, aktiviti pembelajaran yang berteraskan penggunaan Augmented Reality telah berjaya dilangsungkan. Ternyata, Augmented Reality bukan sahaja menarik minat anak muda, malah para juri turut 'tertawan' dengan magis yang ada pada sekeping kad AR! Aktiviti pembelajaran yang sepatutnya dilangsungkan terus menerus selama 15 minit akhirnya terputus di tengah jalan apabila para juri mula bertanya soalan kepada para pelajar tentang AR. Akhirnya, masa berlalu begitu pantas. Segmen kedua pembelajaran tidak dapat diteruskan :D Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih buat semua pelajar saya yang sudi bersama-sama menjayakan agenda universiti ini. You are awesome!! Apapun hasil dan keputusannya, kita tunggu Julai nanti, yang penting kita telah memberikan yang terbaik untuk UKM :) Malam Apresiasi Graduan. Acara yang saya pastikan untuk hadir setiap tahun. Bukan kerana santapan malam di meja, tetapi kerana ingin bertemu semula dengan bekas-bekas pelajar. Tahun ini, berlangsung lagi MAG buat kesekian kalinya. Dan saya menyaksikan wajah-wajah pelajar yang pernah bersama saya dalam kuliah mahupun tutorial bakal melangkah keluar sebagai seorang graduan Fakulti Pendidikan. Tahniah buat semua dan teruskan peruangan yang bersisa. Bagi pelajar tahun akhir yang sedang berpraktikum di sekolah, jangan menyerah kalah dengan tuntutan kerja yang berganda. Kejapkan azam, bahagi masa dengan bijaksana agar penulisan latihan lmiah dapat dilangsaikan dengan jaya inshaAllah. |
Archives
December 2023
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |