Fariza Khalid
  • Home
    • Guestbook
  • Teaching
    • GE2153 Educational Technology
    • GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning
    • GE3403 Photography
    • GB6013 RESEARCH METHODS
    • GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
    • GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan
    • Supervision
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks

Mutiara Masa 

4/26/2016

2 Comments

 


Alhamdulillah sykur kepada Allah jua di atas kurnia kehidupan serta ujian dan nikmat yang datang dan pergi. 

Syukur sekali lagi di atas kurniaan masa yang diberi untuk diisi dengan segala macam perkara - namun aku pohon keampunan dan taubat daripada-Mu ya Allah andai diri ini lalai dari memeprgunakan masa untuk jalan yang diredhai-Mu. 

Ah, April sudah menggulung tirai akhir. Mei bakal menjelma. 2016 sudah habis sepertiga kiranya. Banyak perkara yang berlaku dengan kehendak mahupun sebaliknya. Namun hidup perlu diteruskan jua! 

Saya kira dalam hidup ini, kita perlukan kepuasan kerana orang-orang yang tidak puas hatinya akan berasa kosong dan tidak bermakna. Alhamdulillah di atas kurniaan itu juga, saya mendapat satu hadiah nikmat - nikmat memberi dan kepuasan hati. 

Satu kumpulan kecil pelajar-pelajar saya berkumpul pada pagi ini untuk menelaah satu daripada CAQDAS  (Computer-Assisted Qualitative Data Analysis) yang bernama Nvivo. Kami berbincang tentang bagaimana proses penglahiran tema serta koding, falsafah di sebalik 'grounded apporach' serta bagaimana mengintepretasi data yang diperolehi. Masing-masing kelihatan fokus dan saya mendoakan semuanya berjaya dalam melaksanakan proses penyelidikan dengan bermakna serta membuahkan hikmah (wisdom), amin ...

NOTA BENGKEL BOLEH DIDAPATI DI SINI
2 Comments

Cyber world: How secure are we? 

7/2/2015

0 Comments

 
Picture
Menyahut jemputan daripada Pusat Siswazah minggu nan lepas, saya menghadiri satu majlis ilmu yang menyentuh tentang 'adab' sebagai pengguna Internet. Saudara Aaron dari CyberSecurity memberi contoh yang sangat menarik tentang bagaimana keterujaan kita atau kegilaan pengguna alam siber khususnya Facebook dalam berkongsi segala kisah hidup kepada dunia tanpa memikirkan implikasi di luar jangka - jenayah siber. 

Tahukah kita bahawa pengguna Internet di seluruh Malaysia kini mencecah 25.3 juta orang. Jumlah ini yang merupakan 89% daripada keseluruhan penduduk di negara ini (28.4 juta). Pengguna di Malaysia melayari laman sosial sebanyak 14 billion kali setiap minggu, menghabiskan masa selama 20 jam seminggu melayari Internet. Pengguna Facebook di Malaysia adalah seramai 13 million (87.9% pengguna Internet secara keseluruhan di negara ini).

Adab didefinisikan sebagai : “using the right knowledge in the right situation” (menggunakan pengetahuan yang tepat pada situasi yang tepat).
Empat perkara dalam adab yang disarankan: 

a.     Kenali peralatan
-          Kekuatan, kelemahan peralatan
-          Firewall? Antivirus? Password protection?

b.     Pastikan keselamatan jaringan (connection)
-          Kata laluan yang kukuh atau selamat
-          Kenalpasti sumber Internet 

c.     Fahami platform yang digunakan
-          Kenalpasti tahap keselamatan platform yang digunakan
-          Talian peribadi vs talian terbuka (public)

 d.     Berhati-hati dengan apa yang kita kata atau kongsi
-          Fikir sebelum berkongsi sesuatu (idea, buah fikiran, gambar dll) – apakah reaksi pembaca?
-          Jangan menulis sesuatu dalam keadaan beremosi
-          Pastikan gambar yang dikongsi tidak memberi sebarang ‘clue’ untuk penjenayah mengambil kesempatan
-          “Seringkali apa yang hendak disampaikan disalah tafsir oleh orang lain”

Saranan untuk memelihara maklumat peribadi:

a.     Setiap kata laluan hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 10 aksara.

b.     Jangan sesekali menggunakan nama sendiri, nombor IC nama anak, pasangan, kereta, tempat kerja dan lain-lain dalam kata laluan.

c.     Jangan gunakan kata laluan yang sama untuk lebih daripada satu akaun.

d.     Gunakan emel yang berbeza untuk kerja dan peribadi atau sosial.

e.     Jangan melayari akaun perbankan menggunakan talian percuma atau wifi.

f.        Kawal maklumat peribadi (nombor telefon, kad pengenalan, alamat rumah, keluarga dll).

g.     Ubah kata laluan setiap sebulan untuk keselamatan.

h.     ‘Search’ nama sendiri di Google setiap bulan dan lihat apa hasilnya.

i.         Jika ingin berkongsi maklumat penting seperti nombor kad pengenalan, nombor akaun, atau alamat rumah, hantarkan melalui SMS dan bukannya emel atau Whatsapp.

j.         Namakan folder penting dalam Dropbox, atau lain-lain penstoran menggunakan nama seperti makanan, haiwan dll untuk mengelakkanjenayah cyber. Elakkan nama seperti: Maklumat Penting, Akaun Peribadi, Top Secret dll.  

 
Semoga perkongsian ini ada manfaatnya untuk semua .. Ramadhan Kareem :) 




0 Comments

Bengkel Prezi

6/22/2015

0 Comments

 
Picture
Alhamdulillah, semester telah berlalu, kini musim menanda kertas bermula. Ada yang tenggelam dalam keasyikan bersama timbunan kertas-kertas jawapan pelajar. Bagi saya pula, ruang senggang ini merupakan saat terbaik untuk kembali menyambung e-Learning Support Series setelah beberapa bulan tiada berkesempatan untuk mencuri masa mengadakan bengkel. 

In shaa Allah, Khamis ini bertempat di Makmal Komputer di fakulti, satu bengkel Prezi akan dijalankan. Kursus ini terbuka kepada semua staff akademik dan sokongan di Fakulti Pendidikan. Semoga majlis ringkas ini dapat dimanfaatkan oleh semua yang hadir. 

Ramadhan sudah beberapa hari dilalui. Sudah banyakkah lembar mashaf suci kita taakuli? Satu muhasabah dan peringatan buat diri sendiri .. Salam Ramadhan Kareem :) 
0 Comments

Bengkel Google Drive 

1/30/2015

2 Comments

 
Picture
InsyaAllah tahun 2015 akan menyaksikan lebih banyak senarai kursus di bawah e-Learning Support Series dijalankan. Saya secara peribadi telah merancang beberapa siri bengkel yang mudah-mudahan memberi manfaat kepada semua tenaga pengajar di fakulti. Seiring dengan kehendak Dasar e-Pembelajaran Negara (DePAN) yang mengkehendaki kursus-kursus di fakulti memasukkan sekurang-kurangnya 30% element blended learning, saya kira langkah ini perlu diperluas di mana sokongan teknikal serta moral perlu diberi. Maka tanggunajawab itu terpundak ke atas bahu penyelaras e-pembelajaranlah nampaknya :) 

Saya pernah berbual dengan seorang rakan dari sebuah IPTA lain tentang Blended Learning. Katanya, beliau dan rakan-rakan sebenarnya masih belum jelas tentang apa itu Blended Learning, Flipped Classroom dan MOOC. 'So what do you expect from us?' soalnya! (Hmm .. apa pula pandangan ahli FPEND tentang konsep-konsep ini?) ^___^


2 Comments

Makna hidup dan erti bahagia 

11/25/2014

0 Comments

 
Berputar mengejar. Masa memang tidak pernah dirasakan cukup jika kita asyik mengejar dan mengejar, tanpa kita peduli kepada apa yang ada di sekeliling kita, serta insan-insan yang datang dan pergi yang mewarnai kanvas hidup yang berkitar ini. 

Semester ini sememangnya menyesakkan dada hingga sesekali hampir jua tersungkur. Namun syukur ke hadrat-Nya Yang Maha Rahman dan Rahim kerana masih diberi runag bernafas sebagai hamba. 

Kenangan manis ketika menyertai National University Carnival on e-Learning (NUCEL) di Shah Alam baru-baru ini bila mana penyertaan saya yang tidak seberapa diberi ganjaran jua. Hmm .. banyak yang dipelajari hasil penglibatan dalam aktiviti sebegini. Lalu menghadirkan rasa sedar akan terlalu banyak perkara yang belum diketahui, justeru jangan sesekali merasa diri kita hebat. Kita hanya menumpang setitis dari ilmu Allah! 


Picture
Karnival ini juga memberi ruang saya bertemu sahabat-sahabat lama! 

Picture
Zac! It's nice to see you again!!!!
Picture
Dr. Lee, it's just like a dream comes through! Hahaha .. thanks for a good talk!
November juga bulan kelahiran. Tiada yang harus lebih  disyukuri selain atas nikmat kehidupan kurniaan Azza wa Jalla. Alhamdulillah ya Allah kerana memberi peluang untuk aku meneruskan langkah-langkah meski sesekali sumbang rentaknya, tergelincir di liku-liku yang berduri. Ampunilah ya Ghafiir .. atas segala khilafku, justeru hamba-Mu ini insan penuh dosa dan alpa. 

Family and friends: I love you all <3


Picture
0 Comments

Bengkel i-Folio

9/29/2014

0 Comments

 
Insha-Allah jika diizinkan-Nya, satu lagi Bengkel di bawah portfolio Penyelaras e-Pembelajaran akan dilangsungkan pada hari Rabu ini. Saya tidak begitu beria-ria menyediakan manual atau nota untuk rakan-rakan peserta kerana kali ini penggunaan i-Folio akan lebih berpusat kepada acara 'hands-on'. Saya menjangkakan bengkel kecil ini akan hanya berlangsung sekitar satu jam atau satu jam setengah sahaja kerana tidak banyak yang hendak diterokai, melainkan untuk 'refresh' semula beberapa aplikasi yang jarang digunakan oleh para rakan pensyarah. 
Picture
Saya harap semua sedar bahawa  wujudnya empat kriteria baru dalam i-Folio yang perlu dipenuhi untuk sesautu kursus itu mencapai status Blended Learning. Kursus di bawah penyelarasan saya iaitu GE1155 telahpun mencapai kriteria tersebut serta telah mendapat status Blended Learning, alhamdulillah dan ... yeayy! :) 


Picture
0 Comments

Academia??

9/7/2014

2 Comments

 
Picture
Seringkali emel saya dihujani pelawaan untuk 'memautkan' diri dengan kenalan di Linkedln. Sejujurnya, saya kurang berminat dengan aplikasi tersebut kerana ia hanya sekadar pautan kepada para akademik, serta tidak memberi input yang banyak misalnya hasil kerja mereka untuk dibaca dan diteladani. Saya lebih cenderung kepada penggunaan Academia  kerana  di situ kita bukan sahaja berpeluang mengenali mereka dalam bidang atau 'area of interest' yang sama, malah dalam bidang-bidang lain. Malahan lebih daripada itu, Academia memberi ruang untuk pengguna berkongsi hasil kerja dengan khalayak audiens. Secara tidak langsung proses 'dissemination', kerja kita dapat dihasilkan. 

Saya sendiri sudah beberapa tahun melanggani Academia yang ditawarkan secara percuma. Saya juga berkongsi hasil penulisan (meski tidak banyak!). Ini merupakan salah satu cara saya berkongsi hasil kajian dengan para penyelidik di luar sana. Pembaca di Academia bukan semata-mata datang dari peta Malaysia sahaja, malah dari seluruh pelosok dunia. 


Picture
Contoh printscreen yang memaparkan pengunjung ke Academia milik saya
Academia juga membolehkan saya melihat kata kunci yang digunakan oleh pelawat yang membawa kepada link akaun Academia saya. Perhatikan di bawah: 


Picture
Atau enjin pencarian yang digunakan: 
Picture
Atau makluman lain seperti statistik berikut: 
Picture
Tidak kira samada anda seorang pensyarah, guru, atau mahasiswa, Academia boleh menjadi medan yang berguna untuk memaparkan hasil kerja seperti tesis dan tugasan yang mungkin memberi manfaat kepada orang lain. Ilmu yang dimanfaatkan daripada hasil kerja kita oleh orang lain pastinya memberi buah pahala, umpama kita bersedekah kepada yang memerlukan. Otak dan tenaga yang diperah untuk menyiapkan tugasan dan tesis pastinya sedikit berbaloi sekiranya hasil tungkus-lumus itu kita kongsikan dengan orang lain. Berbaloi! Bukan mengharap pujian atau sanjungan, tetapi anggaplan ini juga sebahagian daripada proses membina jati diri sebagai pengejar ilmu. Kadangkala tanpa diduga, kita menerima mesej daripada pembaca-pembaca yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang sesuatu perkara, atau memohon kebenaran untuk mendapatkan instrumen kajian kita. Saya pernah menerima permintaan sedemikian dan dengan rasa besar hati saya memberi respon sebaiknya. Mereka begitu gembira dan berterima kasih di atas bantuan kecil tetapi signifikan. Apa lagi yang kita mahu? Mudah-mudahan sahaja, kebaikan sekecil zarah itu dibalas dengan doa yang baik-baik, amin :) 


Jom ber Academia!! Klik link di bawah dan berhubung dengan saya!
Picture
2 Comments

Bengkel Asas Pembinaan Blog

9/5/2014

2 Comments

 
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Alhamdulillah, siri kursus pertama di bawah e-Learning Support Series telah dilaksanakan. Sejujurnya saya tidak menjangkakan jumlah kehadiran yang tinggi kerana kursus kali ini sememangnya disasarkan kepada mereka yang tidak mempunyai asas dalam pembinaan blog. Saya kira, jika empat lima orang yang hadir sudah memadai. Biar kecil tetapi benar-benar bermakna dan memberi nafas baru untuk mereka memulakan blog mereka secara terancang. Dan saya begitu teruja melihat betapa bersemangatnya mereka untuk benar-benar berkeupayaan untuk merancang dan membina blog persendirian secara efektif. 

Saya ditanya bilakan siri kedua (lanjutan) kursus blog ini hendak diadakan. Saya menggaru kepala. Minggu hadapan kuliah, tutorial bakal bermula. Alangkah pantasnya masa berputar. Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Pemurah, kurniakanlah kami masa yang senggang, ilham yang mendalam serta kesempatan yang luas!
2 Comments
    Picture
    free web counter no ads
    Welcome to my website. See you again! :)

    RSS Feed

    Archives

    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    February 2019
    January 2019
    October 2018
    September 2018
    August 2018
    July 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    July 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    July 2015
    June 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014


    Blogs that I follow:

    Edutopia
    Center for Teaching 
    Educators Technology
    Jendela Kamila
    Tinta Seorang Wanita 
    PhD Blog 
    Patter
    The Thesis Whisperer
    James Hayton
    ​
    e-Learning Acupunture 
    Mendeley Blog
    Let's View my Blog 
    Google Drive Blog 
    SuperWebsiteBuilder
    ​
    e-learning learning
    Brain Rules 
    Peter Pappas 
    Classroom 2.0 
    ​Scoop.it

    Categories

    All
    4IR
    Academia
    Aidil Fitri
    AKRI
    Announcement
    APRS
    Audit
    Augmented Reality
    Award
    Bandung
    Cabaran Perdana
    Campuslife
    Campus Life
    Choices
    Coklat
    Computational Thnking
    Conference
    Convocation
    Cyber Crime
    Determination
    Educator 4.0
    E Learning Training
    E-learning Training
    Expert Evaluation
    Friendship
    Geran Industri
    Google Scholar
    Guru
    H-Inovasi
    Hong Kong
    Immersive Learning
    Infographic
    Innovation
    Interpretive Structural Model
    Interpretive Structural Modelling
    IOER
    Japan
    Life
    Lifo Long Learning
    Love
    Memory
    Missing In Life
    MOOC
    Nominal Group Technique
    Oath
    Open Distance Learning
    Palestine
    Piety
    Pitching
    Praktkum
    Pray
    Project
    Publication
    Pusat Internet
    Qualitative Data
    Ramadhan
    Research
    Role
    Self Reminder
    Self-reminder
    Seminar
    Simposium
    SoTL
    Success Recipe
    Supervisee
    Symposium
    Teaching Practicum
    Thank You
    Time Is Hindering
    True Friend
    UKM
    UNESCO
    Universal Design
    Wedding