Alhamdulillah sykur kepada Allah jua di atas kurnia kehidupan serta ujian dan nikmat yang datang dan pergi. Syukur sekali lagi di atas kurniaan masa yang diberi untuk diisi dengan segala macam perkara - namun aku pohon keampunan dan taubat daripada-Mu ya Allah andai diri ini lalai dari memeprgunakan masa untuk jalan yang diredhai-Mu. Ah, April sudah menggulung tirai akhir. Mei bakal menjelma. 2016 sudah habis sepertiga kiranya. Banyak perkara yang berlaku dengan kehendak mahupun sebaliknya. Namun hidup perlu diteruskan jua! Saya kira dalam hidup ini, kita perlukan kepuasan kerana orang-orang yang tidak puas hatinya akan berasa kosong dan tidak bermakna. Alhamdulillah di atas kurniaan itu juga, saya mendapat satu hadiah nikmat - nikmat memberi dan kepuasan hati. Satu kumpulan kecil pelajar-pelajar saya berkumpul pada pagi ini untuk menelaah satu daripada CAQDAS (Computer-Assisted Qualitative Data Analysis) yang bernama Nvivo. Kami berbincang tentang bagaimana proses penglahiran tema serta koding, falsafah di sebalik 'grounded apporach' serta bagaimana mengintepretasi data yang diperolehi. Masing-masing kelihatan fokus dan saya mendoakan semuanya berjaya dalam melaksanakan proses penyelidikan dengan bermakna serta membuahkan hikmah (wisdom), amin ... NOTA BENGKEL BOLEH DIDAPATI DI SINI
2 Comments
Yef
4/25/2016 06:29:04 am
Terima kasih Dr Fariza di atas keikhlasan dan tidak pernah serik mengajar kami yang bergelar pelajar, semoga Allah memberikan limpah kurnia nikmat dah keberkatan yang tidak terhingga.
Reply
Fariza
4/26/2016 03:05:57 am
Sama-sama Yef, saya gembira melihat semangat dan kesungguhan semua yang hadir .. mudah-mudahan Allah mempermudah segala usaha dan jerih perih dalam kembara mengejar ilmu ini amin ya rabbal alamin :)
Reply
Leave a Reply. |
Archives
November 2022
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |