Memang.
Kami kaki sushi. Jika mahukan makanan Jepun, dia (Dr Azlin) akan saya cari hehe.. Sayangnya gambar-gambar di restoran Jepun lain yang pernah kami jejaki tiada dalam simpanan - atau dengan erti kata lain - tiada rakamanpun! Gambar ini diambil ketika kami mengisi perut di Miyagi sambil rancak bercerita hal itu dan ini .. dan yang pasti penuh dengan pengajaran dan pembangunan profesional - bukan membawang ye :D Mungkin bukan semua orang menggemari makanan Jepun. Rata-rata yang menolak makanan Jepun seperti sushi mempunyai alasan yang tersendiri. Antara sebab utama mereka tidak menggemari sushi dan rakan-rakannya adalah kerana merasakan bahawa ianya sesuatu yang mentah dan hanyir. Oh oh .. jangan cepat melatah. Cubalah dahulu baru anda tahu enaknya makanan Jepun ini! Saya kongsikan sedikit maklumat berguna tentang khasiat sushi. Selain ia mengandungi kandungan mineral dan vitamin, sushi juga dikatakan dapat membekalkan asid omega, vitamin B, sebatian mineral dalam bentuk fosforus dan magnesium. Mana tidaknya, komponen utama dalam hidangan sushi adalah ikan misalnya tuna atau salmon. Sushi juga merupakan hidangan yang rendah kolesterol. Jadi bagi mereka yang mempunyai masalah kolesterol tinggi di dalam darah boleh mencuba sebagai alternatif hidangan. Namun jagan pula sushi diambil setiap hari. Setiap apapun, jika diambil berlebihan tentu akan membawa ketidakseimbangan pula kepada sistem tubuh badan :)
0 Comments
2005 merupakan tahun di mana saya mula bertugas di Fakulti Pendidikan UKM setelah beberapa tahun bertugas di lapangan industri pendidikan. Bermula detik itu, saya melebarkan circle persahabatan bersama-sama pensyarah di fakulti dan tentunya oleh kerana saya merupakan tenaga pengajar yang baharu, maka sayalah antara yang termuda antara kesemua kakak-kakak yang ada.
Gambar di atas dirakam selepas acara Konvokesyen 2021 di DECTAR ketika makan tengahari. Dari kiri - Dr Khadijah aka Kak Kathy, Fariza aka saya :D, Dr Norshidah akak Kak Shidah, Prof Ruhizan aka Prof Ruhi, PM Dr Manisah aka kak Manih, dan PM Dr Azlin aka Kak Lin. Momen ini sengaja disimpan di sini kerana sewaktu menikmati hindangan nasi ayam yang tidak seberapa rasanya itu, kami membilang ahli yang bakal bergelar YB. Ternyata, hal itu membekas di jiwa. Tentunya sedih untuk melepaskan pemergian sahabat-sahabat saya yang banyak memberi kekuatan di waktu jatuh dan bangun ... Dalam tempoh dua tahun kurang lebih, kami bakal ditinggalkan oleh Dr Shidah, Dr Manih dan Dr Azlin :( Hilanglah geng makan tengahari dan teman berduka lara. Namun yang tinggal harus meneruskan kehidupan .. begitulah kitaran hidup kita yang bermula pasti berakhir .. namun begitu di saat catatan ini dibuat, ketika jemari mencatuk aksara hati ini dibalut rasa pilu membungkam. Indahnya persahabatan, ukhuwwah yang dibina namun perpisahan bukanlah satu titik pemisah yang mutlak. Namun selagi ada nyawa dan kudrat, selagi kukuhnya ingatan dan ikatan kami akan tetap bertemu lagi :) Telah berlangsung beberapa purnama yang lalu namun seperti biasa, catatan tertunda! Bengkel Perancangan Strategik - sesuai dengan namanya menuntut pemikiran dan rasional agar selari dengan hala tuju UKMShape. Bengkel selama empat hari dihadiri oleh semua Ketua Projek dan ahli-ahlinya mengikut giliran penjadualan. Sebagai output, setiap projek perlu mengemukakan pembentangan bagi pelan strategik masing-masing sebagai batu asas dalam pelaksanaan dan pengoperasian. Sebagai salah satu project-based unit semenjak awal penubuhannya pada awal Januari 2021, ODL terus melangkah ke hadapan dengan pelbagai inisitaif bagi memastikan pengembangan dan pembangunan program dapat ditingkatkan. Syabas Yanti selaku Project Manager. Ada sesuatu yang menarik di sini. Lihatlah kreativiti mereka! Sarung tangan plastik yang dibekalkan semasa makan tengahari dijadikan bekas untuk menceduk jajan hehe ..
|
Archives
December 2023
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |