Fariza Khalid
  • Home
    • Guestbook
  • Teaching
    • GP6193 Asas Teknologi Pendidikan
    • GB6022 Academic Writing 2
    • GE1153 Computer in Education
    • GE2153 Educational Technology
    • GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning
    • GE3403 Photography
    • GB6013 Research Methods
    • GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
    • GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan
    • Supervision
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks

Lagi bengkel - LRGS

6/20/2019

0 Comments

 
Picture

A late update! 
Di pertengahan Ramadhan baru-baru ini, saya dijemput oleh ketua projek untuk menghadiri bengkel bersama kesemua sub-projek di bawah geran LRGS selaku salah seorang ahli penyelidik bersama. Projek ini melibatkan sekelompok komuniti B40 dan antara peranan projek ini tentulah berkaitan usaha ke arah peningkatan taraf hidup (kesihatan, pendidikan dll) komuniti terbabit. Ia satu tanggungjawab yang serius yang perlu dilihat secara tuntas. 

Meskipun sebelum ini kumpulan kami (Pendidikan) sudah bersidang untuk mencapai kata sepakat tentang isu-isu yang hendak dikupas agar selari dengan objektif dan konteks kajian, bengkel pada kali ini melibatkan keseluruhan lima sub-projek untuk geran mega ini. Namun, suatu hal yang menarik adalah hakikat bahawa kami semua menuju satu destinasi dan matlamat yang sama. 

Picture
Picture
Pengalaman untuk duduk di majlis ilmu bersama pada profesor yang pakar dalam bidang masing-masing serta kaya dengan pengalaman banyak memberi pengajaran buat saya tentang erti hikmah dalam ilmu, berhemah dalam berkomunikasi, malah penaakulan yang tinggi dalam mengambil satu-satu keputusan. TIdak dilupa, musyawarah serta suara para ahli tidak boleh dipandang sepi jika permuafakatan hendak dicapai. 

Saya salute dengan kewibawaan Prof Ishak, selaku ketua projek. Beliau begitu tenang, namun jelas sekali kematangan dalam berfikir serta kemahiran dalam mengendalikan perbedaan pendapat antara ahli. 

Syukur alhamdulillah kerana peluang yang diberi ini. Thanks again Prof Ruhi :) 
Picture
Picture
0 Comments

Q1-   WoS  Edu  High  Flyers!

6/20/2019

0 Comments

 
Picture

Tajuk entri ini mungkin bukan suatu fakta namun dianggap sebagai pemangkin semangat untuk merealisasikan penerbitan yang lebih berimpak dan lebih menjurus kepada jurnal-jurnal terindeks di bawah WoS. Wajah-wajah yang tertera pada layar (gambar di atas) merupakan warga fakulti yang dipilih untuk menyertai bengkel pertama di bawah inisiatif lonjakan penerbitan. Ia juga malah satu tunggungjawab yang besar untuk memastikan visi dan harapan fakulti dalam menambah bilangan penerbitan jurnal terindeks. 

Hmmm .. banyak yang dirancang dan dirangka. Namun masa seringkali merantai jua. Komitmen di sana sini sememangnya banyak memperlahankan proses penghasilan manuskrip :(  namun ianya tidak boleh dianggap sebagai alasan mutlak untuk tidak menerbit. Apatah lagi dengan wujudnya sokongan daripada pakar-pakar luar yang dijemput khas oleh universiti untuk turut sama menggembeleng tenaga fizikal dan mental untuk tujuan ini. 


Datuk Paduka Kamaruzzaman Jusoff bukanlah insan yang asing bagi saya. Semenjak lapan tahun yang lalu, saya sudah pernah menghadiri bengkel penulisan beliau. Kami malah, pernah mengeteh di medan selera Presint 11 Putrajaya bersama rakan saya Sal dari UNIMAS. Pada kali ini, nampaknya ada peluang lagi untuk bertemu beliau. Masih segak, sihat dan energetik orangnya. 
Picture
Proses penulisan sememangnya tidak akan berlaku dalam masa sehari. Banyak proses yang perlu dilalui sebelum sesuatu artikel dapat ditulis dengan berkesan. Malah, pembacaan literatur merupakan ramuan penting sebelum penulisan artikel dapat disempurnakan! 

Semoga tahun ini memberi ruang untuk pencapaian yang lebih baik dari aspek penerbitan inshaAllah! 

0 Comments

Akri 2019

6/20/2019

0 Comments

 
Picture
Oh oh! Pantasnya masa berkejaran! Tau-tau Anugerah AKRI sudah masuk tahun kedua (atau tahun ketiga jika mengambilkira Anugerah Pemikiran Semula dan Rekabentuk Pendidikan Tinggi - APRS yang mula-mula diperkenalkan pada tahun 2017). Mulai tahun 2018, anugerah ini diberi nama Anugerah Khas YAB Menteri Pendidikan Malaysia (AKRI) dan pada tahun ini, namanya masih dikekalkan. 

Sekali lagi saya diberi amanah untuk terlibat sebagai Ahli Jawatankuasa Pemilih. Dan kami berkampung lagi untuk sama-sama menelaah rubrik pemarkahan yang melalui evolusi dan penambahbaikan. Pakar-pakar dalam jawatan kuasa pemilih ini ternyata benar-benar memerah pemikiran serta rasional demi menghasilkan set penilaian yang lebih menyeluruh serta terbukti kesahannya insyaAllah. 
Picture

Anugerah ini terbuka kepada semua pensyarah dan institusi pengajian tinggi Malaysia yang merangkumi empat kategori utama iaitu:
a) Kurikulum Program Pengajian Inovatif
b) Pengajaran Transformatif
c) Pengalaman Pembelajaran Imersif (Maya, Teradun dan Bersemuka)
d) Pentaksiran Alternatif 


Rasanya tidak sabar-sabar lagi untuk melihat apa pula kreativiti dan impak positif yang bakal diketengahkan oleh calon-calon pada tahun ini. 

Selamat maju jaya buat semua ... ^__^

0 Comments

Geran Industri - Telekom Malaysia

6/20/2019

0 Comments

 
Picture
Setelah beberapa kali perbincangan bersemuka bersama pengurusan Telekom Malaysia dan vendornya MSD, saya diberi kepercayaan untuk mengepalai satu projek di bawah penajaan Telekom Malaysia. Alhamdulillah, satu lagi geran industri sebagai amanah dan taklif. 

Objektif penyelidikan ini antara lain adalah untuk mengenalpasti impak Pusat Internet di bawah pengendalian Telekom Malaysia (483 buat) daripada keseluruhan 800 lebih Pusat Internet di seluruh Malaysia. Output utama yang akan dijana adalah model pengoperasian yang menggambarkan keseluruhan modus operandi Pusat-pusat Internet ini selain daripada input untuk penambahbaikan dan kelestarian institusi ini buat masyarakat setempat. 

Ahli-ahli kumpulan kami tidaklah begitu ramai - kami hanya ber-enam namun saya memanjatkan setinggi kesyukuran kerana komitmen yang diberikan adalah sangat tinggi apatah lagi kami bertanggungjawab untuk mengendalikan sesi temubual bersama pengurus, penolong pengurus serta pengguna Pusat-pusat Internet secara langsung. Jarak sesebuah Pusat Internet yang dikunjungi juga agak berjauhan antara satu sama lain. Namun, kepuasan setelah mendengar dan menyelami isi hati para responden merupakan pulangan lumayan. Banyak persamaan malah variasi dalam respon yang diterima. Saya kira inilah antara kekuatan penyelidikan kualitatif yang menyajikan dimensi yang mendalam terhadap  isu yang ingin dikupas. Apatah lagi dengan wujudnya 'kuasa' triangulasi daripada sumber data yang berbeza, menambahkan kekayaan dan perincian maklumat yang diperolehi. 

Picture
Pusat Internet Felda Soeharto
Picture
Pusat Internet Desa Puteri
Picture
Pusat Internet Kanchong Darat
Sebelum Ramadhan yang lepas, kami berpeluang untuk meneliti data temubual dan menghasilkan beberapa konstruk utama untuk pengutipan data secara kuantatif pula. Untuk fasa ini, seramai 1500 responden akan terlibat. Namun, kemunculan Syawal menyebabkan perjalanan penyelidikan agak perlahan lantaran cuti umum (termasuk cuti peribadi!). Nah, sekarang waktu untuk kembali 'menyingsing lengan' justeru masih banyak tugas yang belum terlangsai. 
Picture

Setinggi-tinggi penghargaan buat Telekom Malaysia, khususnya Pengurus Besar, Encik Anuar Mat Halim, Tn Haji Jaffni, Encik Anuar serta tidak dilupakan orang-orang kuat MSD di atas sokongan padu demi melihat projek ini direalisasikan dengan jayanya. Kami juga dijemput untuk berkongsi tentang projek ini bersama En Azhar serta staf di Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia di Cyberjaya. 
Picture
The clock is ticking, it's time to keep going!
0 Comments
    Picture
    free web counter no ads
    Welcome to my website. See you again! :)

    RSS Feed

    Archives

    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    February 2019
    January 2019
    October 2018
    September 2018
    August 2018
    July 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    July 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    July 2015
    June 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014


    Realtime Website Traffic

    Categories

    All
    4IR
    Academia
    Aidil Fitri
    AKRI
    Announcement
    Anugerah Bitara UKM
    Apel.Q
    APRS
    Assessment
    Audit
    Augmented Reality
    Award
    Bandung
    Bengkel
    Brunei
    BSTP
    Cabaran Perdana
    Campuslife
    Campus Life
    Center For Education Extension
    Choices
    Coklat
    Computational Thnking
    Conference
    Convocation
    Cyber Crime
    Determination
    Educator 4.0
    Edutourism
    E Learning Training
    E-learning Training
    Expert Evaluation
    FPend
    Friendship
    Geran Industri
    Google Scholar
    Guru
    H-Inovasi
    Hong Kong
    Immersive Learning
    Infographic
    Innovation
    Interpretive Structural Model
    Interpretive Structural Modelling
    IOER
    Japan
    Life
    Life Long Learning
    Lifo Long Learning
    Love
    MARA
    Memory
    Micro-credential
    Missing In Life
    MOOC
    Nominal Group Technique
    Oath
    ODL
    ODL UKM
    Open & Distance Learning
    Open Distance Learning
    Palestine
    Piety
    Pitching
    PKP
    Praktikum
    Praktkum
    Pray
    Project
    Provisional Accreditation
    PTPTN
    Publication
    Pusat Internet
    Pusat Kembangan Pendidikan
    Qualitative Data
    Ramadhan
    Research
    Research Grant
    Robing
    Role
    Self Reminder
    Self-reminder
    Seminar
    Sijil Profesional
    Simposium
    SoTL
    Success Recipe
    Supervisee
    Symposium
    Talk
    Teaching Practicum
    Thank You
    Time Is Hindering
    True Friend
    UKM
    UKMShape
    UNESCO
    Universal Design
    Wedding