Fariza Khalid
  • Home
    • Guestbook
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks

Bisik hati 

9/27/2015

0 Comments

 
Picture
Sumber dari Google
Alhamdulillahi Rabbil Aalamiin .. segala syukur dan puji bagi-nya juga.

Eidul Adha telah berlalu, menitipkan banyak pesanan buat hati. Di sebalik kegembiraan merayakan kedatangan hari mulia, dengan kemeriahan ibadah kurban di sana sini, ada sesuatu membuat rusuhnya hati. Barangkali, musibat yang diperturunkan kala jutaan hujjaj berkumpul di Tanah Suci membawa pesanan yang mendalam. Siapa sangka, musim kali ini banyak jiwa telah dijemput pulang. Segalanya memberi ingat tentang kepulangan kita kepada Pencipta. Namun beruntunglah mereka yang berpergian kala sedang menyahut lambaian Ilahi di tanah suci. Bagaimanakah pengakhiran kita kelak?  Cukup bersediakah kita untuk dijemput? :(

Tahun ini di atas sebab yang mendesak saya tidak dapat pulang beraya di kampung. Lalu buat pertama kalinya, saya berpeluang melaksanakan solat sunat Eidul Adha di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya. Tidak seperti acara solat terawih di sepanjang Ramadhan di mana jemaah lelaki dan wanita berkongsi lantai, kali ini semua jemaah wanita ditempatkan di tingkat atas. Menghampiri jam 8.25 pagi  ruang penuh sesak. DI hadapan saya ada dua jemaah yang berbaju blaus, berkain polos serta bertudung lilit. Meski saya cuba untuk tidak memandang, namun kerana safnya betul-betul di hadapan mata, lalu sesekali pandangan saya menjamah juga. Mungkin ingin menjadi seperti jemaah wanita lain yang  bersolat tanpa telekung - maka dua gadis itu saya lihat tidak mengenakan telekung - hanya apa yang disarung pada badan sahaja. Apabila semua bangkit untuk memulakan solat, sekali lagi saya terlihat susuk badan mereka terhidang di hadapan mata. Baju tidak menutup punggung; kain polos ketat mengikut bentuk; tudung senteng sebelah, serta lengan tidak menutup sepenuhnya sehingga ke pergelangan. Allah! Allah!  Hati menggumam. Ah! Panorama di hadapan mata yang mengganggu tumpuan solat!! 

Sekadar renungan buat kita semua - para muslimat - haruskah perkara ini berlaku dalam masyarakat kita? Sayang sekali niat baik untuk mencari pahala solat sunat Eidul Adha tercemar dengan pelaksanaan yang tidak mengikut syariat. Apatah lagi ia menjadi punca hati orang lain berkata-kata. Jikalaupun kita bersetuju bahawa Islam itu mudah, janganlah hendaknya sesekali kita 'mengambil mudah' akan hukum aurat serta syarat sah solat. Kadang-kadang kita ini suka terikut-ikut. Namun, seharusnya kita reflek kembali adakah kita telah mengikut  apa yang baik, adakah kita melaksanakan mengikut apa yang dibolehkan. Berfikirlah sebelum bertindak. Bertanyalah jika jahil. Dan bersyukurlah jika ada yang membantu dengan teguran yang baik. Kita ini manusia yang sering lupa. Lalu berpesan-pesanlah kita agar tidak tergelincir dari laluan yang hak. (Muhasabah dan titipan pesanan untuk diri sendiri juga yang seringkali terlupa dan lalai). 

Wallahu a'lam. 

Nota: Penghujung September yang padat ..! 



0 Comments

Gen Z 

9/17/2015

0 Comments

 
Minggu ke-2 semester yang baru bertamu. Sekali lagi saya menyelaras Kursus Komputer dalam Pendidikan. Kursus ini merupakan kursus wajib bagi pelajar tahun pertama di fakulti. Seperti semester nan lepas juga, saya mengendalikan kumpulan pelajar TESL. 

Hari ini, saya bertemu muka dengan pelajar-pelajar baru ini. Datangnya mereka dari pelbagai pelosok tanahair, membawa latar belakang berpanca warna, menggendong personaliti serta gaya pembelajaran nan berbeza. Namun tujuannya satu. Mudah-mudahan ilmu yang digali melalui proses ekplorasi kendiri serta kolboratif ini akan menjadi bekal dan pedoman untuk mereka terus maju. Apatah lagi dalam dunia kini yang pantas peralihan teknologinya. Mudah-mudahan juga mereka yang bergelar Generasi Z ini mampu menampan segala godaan serta lambaian pelbagai aplikasi teknologi yang boleh menyebabkan berlakunya 'proscrastination' yang berlebihan, serta bijak pula memilih yang mana perlu dan yang mana tidak. 
Picture
Picture
Berikut antara sebahagian 'greetings' yang saya terima daripada mereka untuk aktiviti email ethics :)
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Self-reminder: 
Picture
0 Comments

Semalam yang panjang 

9/15/2015

2 Comments

 
Pagi semalam, bertempat di Bilik Senat UKM, berlangsung majlis pelancaran MOOC, ORI (Original Resources Initivative) dan iTunes U. Saya turut diundang ke majlis ini oleh pihak PPTP. Meski jadual asalnya saya harus ke Seminar Majlis Dekan-dekan IPTA jam 7 pagi, saya tunda hasrat itu kerana memenuhi jemputan ini. 
Picture
Satu majlis yang menarik di mana Prof. Amin Pengarah PPTP  berkongsi pencapaian beliau dalam MOOC yang dihasilkannya. Capaian jumlah yang tinggi daripada banyakb uah negara menunjukkan bahawa permintaan untuk pembelajaran bercirikan MOOC (Massice Open Online Course) ini sememangnya tinggi. 

Dato' VC UKM sendiri menzahirkan impian beliau untuk turut sama dalam 'liga' MOOC dan ini pastinya memberi suntikan kepada pensyarah-pensyarah lain untuk sama-sama berganding bahu menghasilkan inovasi baru dalam pengajaran subjek masing-masing. 

ORI pula merupakan satu usaha PPTP mengkompilasi bahan-bahan pembelajaran yang dibangunkan oleh para pensyarah agar dapat dimanfaatkan oleh khalayak ramai di luar sana. Capaian ORI UKM boleh dicapai DI SINI 

Seiring dengan pelancaran tersebut, dua kategori telah dipertandingkan iaitu Penyumbang ORI Terbanyak serta Bahan ORI Terbaik. Tidak pula saya sangka salah satu bahan saya mendapat tempat ketiga. Syukur alhamdulillah ... dan ASUS di bawah sebagai ole-olenya. 

Picture
Fakulti Pendidikan turut dianuegerahi sebuah trofi atas sumbangan bahan ORI paling tinggi berbanding fakulti-fakulti lain. Syabas FPEND! 
Picture
Usai di Canselori, bergegas pula ke UTTHM Batu Pahat untuk pembentangan di Seminar Majlis Dekan-dekan IPTA 2015. (Thanks to hubby to drive me there! <3). Sempatlah juga mendengan kertas institusi terakhir sebelum pembentangan selari. Terima kasih juga kepada Dr. Zanaton yang tolong mendaftar untuk saya :) 


Picture
Picture
Saya dijadualkan sebagai pembentang kedua untuk sesi petang itu. Meskipun pada awalnya ada masalah teknikal (LCD tidak dapat dipancarkan) berkat ketekunan dua orang juruteknik (rujuk gambar) akhirnya maslaah tersebut berjaya juga diselesaikan. Oleh kerana waktu pembentangan terlalu singkat sekitar 10 minit saya hanya menekankan isi-isi penting berkaitan kajian mini yang saya jalankan. 

Melainkan kepada pembentang pertama, tiada persoalan dilontarkan kepada pembentang-pembentang lain. Lalu sesi itu menjadi begtu sehala. Tiada perbahasan, perkongsian pengalaman untuk dihadam bersama. Hmm .. namun perkara sebegini seolah-olah menjadi fenomena biasa dalam mana-mana seminar yang saya hadiri. Menjelang petang, penglibatan peserta semakin kurang .. masing-masing asyik mengerling jam di tangan. 
Picture
Tiba di rumah, badan lesu dan mata seperti digam-gam. 
Hari yang panjang tetapi penuh kenangan! 
2 Comments
    free web counter no ads
    Welcome to my website. See you again! :)

    RSS Feed

    Archives

    March 2025
    December 2023
    November 2023
    October 2023
    August 2023
    May 2023
    March 2023
    February 2023
    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    February 2019
    January 2019
    October 2018
    September 2018
    August 2018
    July 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    July 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    July 2015
    June 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014


    Realtime Website Traffic

    Categories

    All
    4IR
    Academia
    Aidil Fitri
    AKEPT
    AKRI
    Announcement
    Anugerah Bitara UKM
    Apel.Q
    APRS
    Assessment
    Audit
    Augmented Reality
    Award
    Bandung
    Benchmark
    Bengkel
    Brunei
    BSTP
    Cabaran Perdana
    Campus Life
    Campuslife
    Center For Education Extension
    Choices
    Coklat
    Computational Thnking
    Conference
    Convocation
    Cyber Crime
    Determination
    Educator 4.0
    Edutourism
    E Learning Training
    E-learning Training
    Expert Evaluation
    FPend
    Friendship
    Geran Industri
    Google Scholar
    Guru
    H-Inovasi
    Hong Kong
    Immersive Learning
    Infographic
    Innovation
    Interpretive Structural Model
    Interpretive Structural Modelling
    IOER
    Japan
    Life
    Life Long Learning
    Lifo Long Learning
    Love
    MARA
    Memory
    Micro Credential
    Micro-credential
    Missing In Life
    MOOC
    Nominal Group Technique
    Oath
    ODL
    ODL UKM
    Open & Distance Learning
    Open Distance Learning
    Palestine
    PhD
    Piety
    Pitching
    PKP
    Praktikum
    Praktkum
    Pray
    Project
    Provisional Accreditation
    PTPTN
    Publication
    Pusat Internet
    Pusat Kembangan Pendidikan
    Qualitative Data
    Ramadhan
    Research
    Research Grant
    Robing
    Role
    Self Reminder
    Self-reminder
    Seminar
    Sijil Profesional
    Simposium
    SoTL
    Success Recipe
    Supervisee
    Symposium
    Talk
    Teaching Practicum
    Thank You
    Time Is Hindering
    True Friend
    UKM
    UKMShape
    UNESCO
    Universal Design
    Visit
    Viva
    Wedding