Fariza Khalid
  • Home
    • Guestbook
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks

Bengkel i-Folio

9/29/2014

0 Comments

 
Insha-Allah jika diizinkan-Nya, satu lagi Bengkel di bawah portfolio Penyelaras e-Pembelajaran akan dilangsungkan pada hari Rabu ini. Saya tidak begitu beria-ria menyediakan manual atau nota untuk rakan-rakan peserta kerana kali ini penggunaan i-Folio akan lebih berpusat kepada acara 'hands-on'. Saya menjangkakan bengkel kecil ini akan hanya berlangsung sekitar satu jam atau satu jam setengah sahaja kerana tidak banyak yang hendak diterokai, melainkan untuk 'refresh' semula beberapa aplikasi yang jarang digunakan oleh para rakan pensyarah. 
Picture
Saya harap semua sedar bahawa  wujudnya empat kriteria baru dalam i-Folio yang perlu dipenuhi untuk sesautu kursus itu mencapai status Blended Learning. Kursus di bawah penyelarasan saya iaitu GE1155 telahpun mencapai kriteria tersebut serta telah mendapat status Blended Learning, alhamdulillah dan ... yeayy! :) 


Picture
0 Comments

September yang berlari  

9/27/2014

0 Comments

 
Duh, September seperti belati, laju membelah hari sehingga kayaknya tiada sempat untuk mengulit mimpi ketika lena beradu. Saya kira September ini kemuncak aturcara. Datang dan pergi, silih berganti. Sementelah pula minggu-minggu kuliah sudah bermula, lalu agenda harian menjadi sendat dan padat sekali. 

Minggu nan sudah, Seminar ICELD telah berlangsung dengan jayanya. Syukur alhamdulillah kerana setiap jerih-perih para ahli jawatankuasa pelaksana terbayar dengan rasa puas. Melihat jumlah penyertaan yang begitu ramai sekali, khususnya dalam kalangan pelajar-pelajar Sarjana dan PhD dari Fakulti Pendidikan UKM serta institusi-institusi lain termasuk peserta dari luar negara, saya kira kami mampu menghela nafas lega. Tidak sia-sia iklan dan promosi yang dijalankan. Tidak dilupakan betapa kerapnya maklumat tentang tarikh akhir serta info lain terpaksa dikemaskini pada brosur dan website! Namun saya anggap itu  semua sebagai asam garam dalam tugas. 

Picture
Dua pelajar Sarjana saya turut sama membentang. Saya bangga dengan kedua-duanya kerana semangat jitu yang dipamerkan meski ada yang seram sejuk tangan sebelum tiba giliran membentang. Good job! 
Picture
Suzana
Picture
Ummu
Saya mengikuti keseluruhan sidang selari dengan penuh minat serta cuba melibatkan diri dalam perbincangan seusai setiap pembentangan. Saya lihat, ramai yang masih selesa dalam kepompong serta rela menjadi pemerhati bisu, sedang orang lain meriah berkomentar. Budaya ringan mulut nampaknya masih belum mendarah daging daging dalam individu pelajar-pelajar kita. Saya kira, hal ini perlu  perhatian serius. Perbincangan dalam kumpulan kecil seperti ini seharusnya digarap dengan padu untuk menjana pemikiran serta membangunkan nilai dan keyakinan diri dalam lagak ahli akademik. Jika kita masih gemar bersikap tutup mulut, saya kira itu satu keputusan yang merugikan. Ayuh, mari ubah dan jana pemikiran. Buang rasa malu dan segan, pasakkan dalam diri bahawa kita sapa seperti orang lain. Jika kita rasa diri kita kurang hebat, orang lain juga berprasangka begitu sebenarnya namun yang memisahkan kita dengan mereka adalah keberanian untuk memecah tembok dalam diri. Cubalah! Sekali anda melontarkan persoalan, dan terlibat dalam perbincangan kecil seumpama itu, anda akan rasakan 'kemanisan'nya! 


September masih lagi berbaki beberapa hari. Di peringkat Fakulti, Hari Inovasi juga dijalankan selang beberapa hari setelah tamatnya ICELD. Seperti yang pernah saya ceritakan sebelum ini, sebagai AJK untuk acara Hari Inovasi ini, saya mengambil kesempatan untuk menyertai pertandingan poster. Peringkat awalnya, hanya itu yang saya kira sempat saya sediakan. Sedangkan, sempena hari tersebut, terdapat dua acara yang dipertandingkan, iaitu Poster dan Pitching. 


Entah dari mana datangnya ilham, dua hari sebelum tiba harinya, saya membuat keputusan untuk menyertai pertandingan Pitching. Niat asal saya bukanlah untuk menang, tetapi semata-mata sebagai wakil pensyarah baru. Saya memilih tajuk ringkas 'Google Drive kan ada?!'. Dan tajuk itu menggambarkan isi pitching saya. Cuma saya menekankan aspek penyeliaan menggunakan aplikasi Googel Drive. Persembahan saya amat sederhana, namun saya pastikan ia jelas dan terus menuju matlamat. 


Siapa sangka, rezeki di tangan-Nya jua. Pitching saya tentang Google Drive mendapat tempat kedua dan melayakkan saya menerima wang tunai RM1000 :) Alhamdulillah! Mungkin ini berkat bisikan hati kecil saya yang sudah agak lama bermimpikan mini Ipad baru hehe ... manakala poster saya yang penuh kesederhanaan itu diberi ganjaran pingat perak. Oklah tu kan! Jom layan beberapa gambar: 
Picture
Antara 'orang kuat' Hari Inovasi. Good job semua!
Picture
Kami di booth Dr. Rosseni yang juga memenangi hadiah RM1000! Tahniah!
Picture
Mengabadikan kenangan bersama poster masing-masing :D
Picture
Gambar ini kiriman daripada salah seorang pelajar saya yang turut berada di Dewan Budiman ketika acara penyampaian hadiah. TQ Atikah!
Picture
Picture
September yang padat, namun memberi kenangan manis :) 
0 Comments

Flipped Classroom 

9/20/2014

0 Comments

 
Would you be a flipper? :)
0 Comments

My humble presentation 

9/16/2014

0 Comments

 
Sebagai AJK untuk Hari Inovasi Fakulti Pendidikan yang bakal diadakan pada 24 Oktober ini, saya berasa terpanggil untuk meramaikan penyertaan khususnya untuk pertandingan poster. Saya tidak memasang niat untuk merebut sebarang hadiah yang ditawarkan; sekadar memeriahkan acara di samping menyahut seruan agar setiap ahli fakulti memberi kerjasama terhadap setiap acara yang dijalankan. Tambahan pula saya begitu pasti, bahawa rakan-rakan di fakulti pastinya hebat dan bukan tandingan saya! 

Masa begitu pantas berputar, lalu kerja ini terpaksa saya siapkan dalam masa yang paling singkat - sekitar 1 jam. Banyak yang hendak dimasukkan , namun kerana ruang yang terhad, maka saya memilih sahaja apa yang saya rasakan perlu untuk ditonjolkan. 

Hmmm .. ternyata tidak mudah untuk meringkaskan sesuatu yang panjang lebar! Lalu inilah hasilnya yang tidak seberapa. Silalah komen! :)
Picture


Esok pula Seminar ICELD bakal berlangsung selama dua hari. Saya turut membentangkan satu bahagian kecil daripada dapatan kajian keseluruhan saya. Ianya berkait rapat juga dengan poster di atas, cuma saya kecilkan skop kepada perbincangan seputar 'personal identities' sahaja. Jika anda merupakan peserta seminar ICELD, saya menjemput anda untuk mendengar penerangan ringkas saya tentang isu identiti - satu skop yang jarang diambilkisah oleh penyelidik lain khususnya yang menjurus kepada penggunaan teknologi untuk P&P. Slaid ringkas untuk persembahan saya adlaah seperti berikut:


0 Comments

Musim menuai 

9/13/2014

0 Comments

 
Alhamdulillah. Kepada-Nya jua harus kita memulangkan segala sesuatu kerana daripada-Nya jualah ia datang! 

Saya mengenalinya ketika beliau di semester ketiga, sekaligus mengambil alih tugas sebagai penyelia di kala beliau sudahpun menyiapkan Penulisan Akademik 1 (Bab 1,2, dan 3 proposal kajian). Ketika pertama kali beliau datang bertemu saya, jelas wajahnya tidak keruan kerana perihal pertukaran penyelia kerana sebab yang tidak dapat dielak itu. 

Saya dengan tangan terbuka menerima kedatangannya untuk perincian lanjut tentang kajian masternya. Dia jelas tidak berpuas hati dengan proposal yang telah disiapkan sebelum ini. Lalu saya cuba mengorek apa sebenarnya minat beliau untuk dijadikan subjek kajian. Masanya agak suntuk lalu saya terpaksa menggunakan pendekatan yang lebih proaktif untuk memastikan penulisannya berjalan lancar. Ternyata, tidak mudah kerana kekangan di tempat kerja serta komitmen keluarga banyak mempengaruhi kelancaran kajian. Saya akur dan sangat mengerti kerana itulah hakikat apabila berhadapan dengan pelajar separuh masa. 

Namun, saya menebalkan muka. Hampir setiap bulan, saya tidak lupa menghantar pesanan mesra kepada beliau serta beberapa pelajar sarjana di bawah seliaan. Mungkin ada yang 'rimas' apabila menerima mesej ringkas tapi membekas itu. 

Saya kira hubungan inter personal penyelia-pelajar boleh menjadi pemangkin positif atau negatif kepada tahap ketahanan mental serta produktiviti mereka. Sesekali saya mengajak anak-anak buah di bawah penyeliaan untuk bertemu di tempat selain dari pejabat di kampus. Sambil minum-minum, banyak yang dikongsi, termasuklah isu-isu akademik dan non akademik. 

Beberapa kali saya menyaksikan airmatanya tumpah; membuat saya rindu akan zaman saya bergelumang dengan penulisan tesis PhD dahulu. Bukan sedikit air mata yang mengalir, bukan sedikit hati yang hancur berderai. Namun, doa, usaha dan redha Ilahi pasti memberi jalan luas nan terbentang. Kita cuma perlu ada keyakinan. 

Minggu lepas, saya dikunjungi beliau. Senyuman melebar setelah akhirnya tamat jua perjalanan yang penuh liku. Saya mengucapkan syabas kepadanya. Saya bangga dengan kesungguhan yang ditunjukkan. Saya gembira dengan azamnya yang tidak pernah luntur. 

InsyaAllah, awal November ini beliau bakal menaiki pentas konvokesyen. Tahniah Ummu. 
Semoga Allah mempermudah segala urusanmu. 

p/s: Terima kasih di atas bingkisan ini. Ia sungguh bermakna. 


Picture
NOTA: SEKALUNG TAHNIAH JUGA BUAT SEMUA PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN YANG BAKAL BERJUBAH OREN NOVEMBER NANTI! :)
0 Comments

Academia??

9/7/2014

2 Comments

 
Picture
Seringkali emel saya dihujani pelawaan untuk 'memautkan' diri dengan kenalan di Linkedln. Sejujurnya, saya kurang berminat dengan aplikasi tersebut kerana ia hanya sekadar pautan kepada para akademik, serta tidak memberi input yang banyak misalnya hasil kerja mereka untuk dibaca dan diteladani. Saya lebih cenderung kepada penggunaan Academia  kerana  di situ kita bukan sahaja berpeluang mengenali mereka dalam bidang atau 'area of interest' yang sama, malah dalam bidang-bidang lain. Malahan lebih daripada itu, Academia memberi ruang untuk pengguna berkongsi hasil kerja dengan khalayak audiens. Secara tidak langsung proses 'dissemination', kerja kita dapat dihasilkan. 

Saya sendiri sudah beberapa tahun melanggani Academia yang ditawarkan secara percuma. Saya juga berkongsi hasil penulisan (meski tidak banyak!). Ini merupakan salah satu cara saya berkongsi hasil kajian dengan para penyelidik di luar sana. Pembaca di Academia bukan semata-mata datang dari peta Malaysia sahaja, malah dari seluruh pelosok dunia. 


Picture
Contoh printscreen yang memaparkan pengunjung ke Academia milik saya
Academia juga membolehkan saya melihat kata kunci yang digunakan oleh pelawat yang membawa kepada link akaun Academia saya. Perhatikan di bawah: 


Picture
Atau enjin pencarian yang digunakan: 
Picture
Atau makluman lain seperti statistik berikut: 
Picture
Tidak kira samada anda seorang pensyarah, guru, atau mahasiswa, Academia boleh menjadi medan yang berguna untuk memaparkan hasil kerja seperti tesis dan tugasan yang mungkin memberi manfaat kepada orang lain. Ilmu yang dimanfaatkan daripada hasil kerja kita oleh orang lain pastinya memberi buah pahala, umpama kita bersedekah kepada yang memerlukan. Otak dan tenaga yang diperah untuk menyiapkan tugasan dan tesis pastinya sedikit berbaloi sekiranya hasil tungkus-lumus itu kita kongsikan dengan orang lain. Berbaloi! Bukan mengharap pujian atau sanjungan, tetapi anggaplan ini juga sebahagian daripada proses membina jati diri sebagai pengejar ilmu. Kadangkala tanpa diduga, kita menerima mesej daripada pembaca-pembaca yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang sesuatu perkara, atau memohon kebenaran untuk mendapatkan instrumen kajian kita. Saya pernah menerima permintaan sedemikian dan dengan rasa besar hati saya memberi respon sebaiknya. Mereka begitu gembira dan berterima kasih di atas bantuan kecil tetapi signifikan. Apa lagi yang kita mahu? Mudah-mudahan sahaja, kebaikan sekecil zarah itu dibalas dengan doa yang baik-baik, amin :) 


Jom ber Academia!! Klik link di bawah dan berhubung dengan saya!
Picture
2 Comments

Bengkel Asas Pembinaan Blog

9/5/2014

2 Comments

 
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Alhamdulillah, siri kursus pertama di bawah e-Learning Support Series telah dilaksanakan. Sejujurnya saya tidak menjangkakan jumlah kehadiran yang tinggi kerana kursus kali ini sememangnya disasarkan kepada mereka yang tidak mempunyai asas dalam pembinaan blog. Saya kira, jika empat lima orang yang hadir sudah memadai. Biar kecil tetapi benar-benar bermakna dan memberi nafas baru untuk mereka memulakan blog mereka secara terancang. Dan saya begitu teruja melihat betapa bersemangatnya mereka untuk benar-benar berkeupayaan untuk merancang dan membina blog persendirian secara efektif. 

Saya ditanya bilakan siri kedua (lanjutan) kursus blog ini hendak diadakan. Saya menggaru kepala. Minggu hadapan kuliah, tutorial bakal bermula. Alangkah pantasnya masa berputar. Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Pemurah, kurniakanlah kami masa yang senggang, ilham yang mendalam serta kesempatan yang luas!
2 Comments

Selamat datang warga kampus 

9/2/2014

0 Comments

 
Picture
1 haribulan. Seluruh negara bercuti umum sempena Hari Kemerdekaan namun tidak bagi kami semua. 1 haribulan menyaksikan UKM menerima pelajar-pelajar baru pelbagai jurusan mendaftar di seluruh kampus dan fakulti. Saya tidak menyangka bahawa pendaftaran pelajar baru yang datang berbondong-bondong diiringi ahli keluarga mengakibatkan kesesakan jalan yang teruk sekali. Hampir setengah jam saya tersekat di jalan, simpang ke fakulti hanya dipisahkan beberapa buah kenderaan di hadapan saya namun tiada ruang untuk mencelah. Akhirnya saya terpaksa akur dengan membuat pusingan U lalu mengambil keputusan untuk memarkir kereta di PPBL lalu menapak laju ke Dewan Budiman untuk bersama-sama TNC HEP mengalu-alukan anak-anak baru bersama keluarga ke fakulti. Saya terlewat sepuluh minit. 


Meski tidak ramai yang hadir (mungkin kerana masih ramai yang belum langsai pendaftaran di kolej), kehadiran ibu bapa bersama anak-anak cukup mengharukan. Di wajah-wajah tua itu tersimpan sejuta harapan yang menggunung tinggi, segaring mentari. Dari jauh saya mendoakan agar mereka kelak bakal menghadiahkan kecemerlangan buat kedua ibu bapa, serta nilai khuluk yang mulia sebagai seorang terpelajar pastinya. 


Oh oh .. kemasukan pelajar baru bermakna cuti semester sudah kian tiba ke garis penamatnya. Duh .. kembali merutini hari-hari sebagai pensyarah, bergelut dengan kuliah, tutorial dan pelajar dan tidak lama lagi menggulati kertas peperiksaan pula. Alangkah singkatnya masa! Kitaran kehidupan begitu pantas dioleng roda waktu. Ayuh anak-anak kampus! Perkemaskan diri dengan azam memuncak, teruskan usaha untuk kecemerlangan diri, sahsiah dan peribadi. Semoga Allah memberkati setiap perjalanan kita. 



0 Comments
    free web counter no ads
    Welcome to my website. See you again! :)

    RSS Feed

    Archives

    March 2025
    December 2023
    November 2023
    October 2023
    August 2023
    May 2023
    March 2023
    February 2023
    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    February 2019
    January 2019
    October 2018
    September 2018
    August 2018
    July 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    July 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    July 2015
    June 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014


    Realtime Website Traffic

    Categories

    All
    4IR
    Academia
    Aidil Fitri
    AKEPT
    AKRI
    Announcement
    Anugerah Bitara UKM
    Apel.Q
    APRS
    Assessment
    Audit
    Augmented Reality
    Award
    Bandung
    Benchmark
    Bengkel
    Brunei
    BSTP
    Cabaran Perdana
    Campus Life
    Campuslife
    Center For Education Extension
    Choices
    Coklat
    Computational Thnking
    Conference
    Convocation
    Cyber Crime
    Determination
    Educator 4.0
    Edutourism
    E Learning Training
    E-learning Training
    Expert Evaluation
    FPend
    Friendship
    Geran Industri
    Google Scholar
    Guru
    H-Inovasi
    Hong Kong
    Immersive Learning
    Infographic
    Innovation
    Interpretive Structural Model
    Interpretive Structural Modelling
    IOER
    Japan
    Life
    Life Long Learning
    Lifo Long Learning
    Love
    MARA
    Memory
    Micro Credential
    Micro-credential
    Missing In Life
    MOOC
    Nominal Group Technique
    Oath
    ODL
    ODL UKM
    Open & Distance Learning
    Open Distance Learning
    Palestine
    PhD
    Piety
    Pitching
    PKP
    Praktikum
    Praktkum
    Pray
    Project
    Provisional Accreditation
    PTPTN
    Publication
    Pusat Internet
    Pusat Kembangan Pendidikan
    Qualitative Data
    Ramadhan
    Research
    Research Grant
    Robing
    Role
    Self Reminder
    Self-reminder
    Seminar
    Sijil Profesional
    Simposium
    SoTL
    Success Recipe
    Supervisee
    Symposium
    Talk
    Teaching Practicum
    Thank You
    Time Is Hindering
    True Friend
    UKM
    UKMShape
    UNESCO
    Universal Design
    Visit
    Viva
    Wedding