Saya mengikuti perkembangan di Palestine saban hari dengan pelbagai perasaan yang mendalam. Kadangkala sebak lalu berair mata mengenangkan kekejaman terhadap saudara seagama di sana. Apatah lagi kala lagu-lagu jihad dikumandangkan, begitu menggegar nurani. Betapa dekatnya mereka dengan semangat mati kerana Allah, berbanding kita yang hidup bersenang-lenang di bumi bertuah ini. Peristiwa berdarah ini turut membuat saya terkenangkan kenalan saya Brother Dr. Musa dan keluarganya yang berasal dari tanah Palestine.
Mereka saya kenali ketika bermukim di Nottingham dahulu. Musa seorang yang sentiasa tenang, begitu menjaga solatnya. Sering kali, saya lihat beliau tanpa sangsi mendirikan solat di atas lantai di bilik kerja kami C12. Malahan, penghuni lain yang bukan Muslim sepertinya sudah lali serta tidak hairan dengan situasi begitu. Satu lagi sikap mereka yang membekas di hati adalah nilai 'takreemud dhuyuf' (menghormati tetamu) yang bersangatan. Pernah kami mengunjungi rumah beliau dan isterinya Rana, dua hari setelah mereka menerima cahaya mata baru, bernama Bana. Saya tidak percaya bahawa Rana yang baru beberapa melahirkan begitu gigih di dapur mempersiap juadah untuk kami. Beliau kelihatan kuat seperti bukan di dalam pantang. Kami pula yang 'seriau' melihat kelasakan Rana sehingga kami menariknya supaya duduk di kerusi. Pernah juga saya tanyakan keadaan di bumi Palestine. Balas Musa, mereka tidak pernah gentar, dan setelah tamat pengajian PhD beliau dengan pasti akan pulang ke Palestine untuk berkhidmat di salah sebuah universiti di sana. Tidak pula saya pastikan universiti yang mana satu. Lalu, setelah menerima khabar bahawa pihak tentera Zionis sudah mula mensasarkan sekolah serta institusi pengajian di sana, hati saya tiba-tiba terjentik. Allah, Allah .. Kau selamatkan mereka dan ahli keluarga di sana! Andai mereka terkorban, bariskanlah mereka dalam kalangan syuhada' ..ameen ya rabb! NOTA: Nikmatnya kita hidup di bumi bertuah ini. Jika tiada rasa syukur, maka apalah ertinya segalanya ... :(
0 Comments
|
I write whatever comes to my mind. I do write in English but most of the time I prefer to express my thought in Bahasa; just because I am Anak Malaysia :)
Archives
December 2019
Blogs that I follow:Edutopia
Center for Teaching Educators Technology Jendela Kamila Tinta Seorang Wanita PhD Blog Patter The Thesis Whisperer James Hayton e-Learning Acupunture Mendeley Blog Let's View my Blog Google Drive Blog SuperWebsiteBuilder e-learning learning Brain Rules Peter Pappas Classroom 2.0 Scoop.it Categories
All
|