Fariza Khalid
  • Home
    • Guestbook
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks

Praktikum 2017

2/26/2017

0 Comments

 
Picture
eSetiap semester dua tiba, rutin melawat sekolah kembali semula. Musim praktikum kadangkala menyeronokkan juga kerana sesekali bekerja di luar kampus sambil menyelia pengajaran para pelajar. Musim ini, saya gelar musim menuai pengalaman. Banyak sekali kiranya peluang yang perlu direbut oleh setiap pelajar yang menjalani praktikum sebagai bekalan sebelum bergelar seorang guru secara rasmi. 

Seperti tahun yang sudah, kali ini saya masih menyelia pelajar dari program TESL yang ditempatkan di SMK Putraaya Presint 18 (1). Hanya beberapa pelaung dari rumah. Alhamdulillah setelah bebrapa kali program tertunda, pagi ini saya berkesempatan mengunjungi sekolah tersebut untuk sesi bertemu muka dengan pentadbir sekolah. Oleh kerana kebetulan pada hari ini pengetua sekolah berada di luar kawasan, jadi saya dan dua pelajar - Syamimi dan Maryam hanya bertemu dengan penolong kanan 1. Seperti biasa, adat kita ke rumah orang, pastilah perlu memperkenalkan diri. Selebihnya menyerahkan anak-anak didik kepada pengawasan dan panduan pihak sekolah untuk memberi pendedahan sebaiknya di sepanjang musim praktikum ini. 

Saya kira, pelajar-pelajar saya ini amat beruntung kerana diberi peluang untuk berdampingan dengan para guru cemerlang dalam bidang yang telah lama berkhidmat. Pengalaman mengendalikan program dalam membantu meningkatkan prestasi pelajar sama ada dalam aspek akademik mahupun kecemerlangan sakhsiah memang tidak disangkal lagi kerana bukti nyata dari sudut pencapaian pelajar sememangnya ada di hadapan mata. Amat rugi jika sekiranya peluang ini tidak digunakan sepenuhnya. 

Selamat maju jaya Maryam dan Syamimi. InshaAllah kita berjumpa lagi dalam masa terdekat ini :) 




0 Comments

K-Novasi 2017

2/23/2017

0 Comments

 
Tahun ini merupakan kali ketiga Knovasi peringkat UKM dijalankan dan saya tidak pernah melepaskan peluang untuk turut sama memeriahkan acara tahunan universiti ini. Karnival pada tahun ini lebih menarik kerana penyertaan turut dibuka kepada para peserta dari luar UKM, berbanding pada tahun-tahun sebelum ini. Lokasinya juga berbeza. Jika sebelum ini K-Novasi dijalankan di DECTAR, pada kali ini kami beramai-ramai menyerbu Dewan Gemilang pula. 
Alhamdulillah, dalam mengejar hari-hari yang padat saya sempat menyediakan satu poster ringkas tentang bagaimana mengintegrasikan Augmented Reality dalam menyuntik motivasi pelajar menggunakan kerangka ARCS. ​Terima kasih kepada semua rakan fakulti yang sudi singgah di booth saya dan tidak terkecuali- Azura, kenalan dari FTSM semenjak tahun 2006 lagi, Dr Hasanah dari Citra, Prof Madya Dr Raihanah Mydin - Pengajaran UKM serta para pelajar saya yang pernah terlibat dengan proses pembelajaran menggunakan bahan AR - meskipun tiada kesempatan bertemu mata. 

Acara pada tahun ini juga saya diberi peluang untuk berkongsi sedikit sebanyak tentang penggunaan Trello yang saya khususkan kepada aspek penyeliaan pelajar pascasiswazah bersama para peserta K-Novasi melalui Bengkel Nano. Tambah istimewa kerana saya berpeluang bertemu lagi dengan PM Dr Wan Zuhainis Saad dari UPM yang sememangnya amat saya hormati dari sudut kreativiti serta jiwa pendidiknya yang menjadi suri teladan buat semua. Thanks Dr Wan for the knowledge shared! :) 

​
Alhamdulillah thummalhamdulillah kerana semuanya berjalan dengan lancar, pingat emas juga dalam genggaman. Tidaklahi iham itu datang kerana kebijikasanaan manusia, sebaliknya kerana rahmat dan kurnia-Nya jua. 
0 Comments

Simposium Pendidikan diPeribadikan 

2/7/2017

3 Comments

 
Alhamdulillah sekian lama tidak bersiaran meski banyak hal yang ingin dikisahkan namun seringkali masa merantai lalu selera menulis terpaksa ditolak ke tepi.

Simposium Pendidikan diPeribadikan akhirnya berjaya juga dilaksanakan dengan jayanya mesipun persediaan hanya dilakukan dalam jangkamasa yang sangat singkat sekitar 3 bulan. Simposium ini saya kira sesuatu yang unika kerana julung-julung kali perbincangan tentang teknologi dalam pendidikan dilaksanakan dalam kerangka dan persepktif Islam khususnya berpandukan Risale-i-Nur, buah tangan Said Nursi Bediuzzaman. 


Banyak suka duka dalam penganjuran Simposium ini yang pastinya mematangkan fikir serta kemahiran membuat keputusan. Semuanya akan saya kenang dan jadikan pengajaran buat diri sendiri.  
3 Comments
    free web counter no ads
    Welcome to my website. See you again! :)

    RSS Feed

    Archives

    March 2025
    December 2023
    November 2023
    October 2023
    August 2023
    May 2023
    March 2023
    February 2023
    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    February 2019
    January 2019
    October 2018
    September 2018
    August 2018
    July 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    July 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    July 2015
    June 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014


    Realtime Website Traffic

    Categories

    All
    4IR
    Academia
    Aidil Fitri
    AKEPT
    AKRI
    Announcement
    Anugerah Bitara UKM
    Apel.Q
    APRS
    Assessment
    Audit
    Augmented Reality
    Award
    Bandung
    Benchmark
    Bengkel
    Brunei
    BSTP
    Cabaran Perdana
    Campus Life
    Campuslife
    Center For Education Extension
    Choices
    Coklat
    Computational Thnking
    Conference
    Convocation
    Cyber Crime
    Determination
    Educator 4.0
    Edutourism
    E Learning Training
    E-learning Training
    Expert Evaluation
    FPend
    Friendship
    Geran Industri
    Google Scholar
    Guru
    H-Inovasi
    Hong Kong
    Immersive Learning
    Infographic
    Innovation
    Interpretive Structural Model
    Interpretive Structural Modelling
    IOER
    Japan
    Life
    Life Long Learning
    Lifo Long Learning
    Love
    MARA
    Memory
    Micro Credential
    Micro-credential
    Missing In Life
    MOOC
    Nominal Group Technique
    Oath
    ODL
    ODL UKM
    Open & Distance Learning
    Open Distance Learning
    Palestine
    PhD
    Piety
    Pitching
    PKP
    Praktikum
    Praktkum
    Pray
    Project
    Provisional Accreditation
    PTPTN
    Publication
    Pusat Internet
    Pusat Kembangan Pendidikan
    Qualitative Data
    Ramadhan
    Research
    Research Grant
    Robing
    Role
    Self Reminder
    Self-reminder
    Seminar
    Sijil Profesional
    Simposium
    SoTL
    Success Recipe
    Supervisee
    Symposium
    Talk
    Teaching Practicum
    Thank You
    Time Is Hindering
    True Friend
    UKM
    UKMShape
    UNESCO
    Universal Design
    Visit
    Viva
    Wedding