eSetiap semester dua tiba, rutin melawat sekolah kembali semula. Musim praktikum kadangkala menyeronokkan juga kerana sesekali bekerja di luar kampus sambil menyelia pengajaran para pelajar. Musim ini, saya gelar musim menuai pengalaman. Banyak sekali kiranya peluang yang perlu direbut oleh setiap pelajar yang menjalani praktikum sebagai bekalan sebelum bergelar seorang guru secara rasmi.
Seperti tahun yang sudah, kali ini saya masih menyelia pelajar dari program TESL yang ditempatkan di SMK Putraaya Presint 18 (1). Hanya beberapa pelaung dari rumah. Alhamdulillah setelah bebrapa kali program tertunda, pagi ini saya berkesempatan mengunjungi sekolah tersebut untuk sesi bertemu muka dengan pentadbir sekolah. Oleh kerana kebetulan pada hari ini pengetua sekolah berada di luar kawasan, jadi saya dan dua pelajar - Syamimi dan Maryam hanya bertemu dengan penolong kanan 1. Seperti biasa, adat kita ke rumah orang, pastilah perlu memperkenalkan diri. Selebihnya menyerahkan anak-anak didik kepada pengawasan dan panduan pihak sekolah untuk memberi pendedahan sebaiknya di sepanjang musim praktikum ini. Saya kira, pelajar-pelajar saya ini amat beruntung kerana diberi peluang untuk berdampingan dengan para guru cemerlang dalam bidang yang telah lama berkhidmat. Pengalaman mengendalikan program dalam membantu meningkatkan prestasi pelajar sama ada dalam aspek akademik mahupun kecemerlangan sakhsiah memang tidak disangkal lagi kerana bukti nyata dari sudut pencapaian pelajar sememangnya ada di hadapan mata. Amat rugi jika sekiranya peluang ini tidak digunakan sepenuhnya. Selamat maju jaya Maryam dan Syamimi. InshaAllah kita berjumpa lagi dalam masa terdekat ini :)
0 Comments
Leave a Reply. |
Archives
April 2022
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |