Fariza Khalid
  • Home
    • Guestbook
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks

Bengkel  Pembentangan SBU   UKM

2/17/2022

2 Comments

 
Picture
Catatan tertangguh. 

Semua pihak yang menyumbang kepada penjanaan universiti telah dijemput berkampung di Port Dickson untuk menyampaikan pembentangan masing-masing berkaitan strategi dan perancangan dalam menghasilkan penjanaan buat universiti watan tercinta. Antara SBU yang terlibat termasuklah UKMShape, UKM Holdings, UKM Pakarunding, UKM Kesihatan, UKM UNIPEQ, serta UKM-GSB. 

UKMShape atau Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional tidak terkecuali untuk memenuhi agenda. Malah kehadiran UKMShape tentulah merupakan sesuatu yang amat signifikan kerana SBU inilah yang saban tahun menyumbang kepada penjanaan pendapatan tertinggi untuk UKM. 

Agenda ini merupakan satu amanah yang berat dan perlu direalisasikan sebaiknya. Setiap SBU mempunyai peranan masing-masing serta skop yang tersendiri. Mendengar sendiri pembentangan daripada pihak lain banyak memberi insights kepada kefahaman saya sendiri tentang tanggungjawab dalam penjanaan ini. Saya juga mengutip beberapa mutiara berharga daripada pembentangan tersebut. Malah, setiap kelemahan dalam perincian dan strategi yang dikupas serta diberi komen untuk beberapa SBU lain menjadi satu sempadan yang perlu dielakkan. 

Lokasi bengkel juga menarik. Malangnya, keindahan tersebut tidak dapat dikongsi bersama keluarga. My other partner pada kala itu sedang sibuk berbengkel Pelan Strategik bersama pengarah-pengarah hospital universiti di Sabah. Begitulah. Masing-masing dengan komitmen sendiri. 

Semoga Allah permudahkan jua. Ameen.
 
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
2 Comments

Keserakanan antara PTJ

2/16/2022

0 Comments

 
Picture

Kisah semalam. 
Dijemput ke Pengajaran UKM oleh orang kuatnya cik Jamilah a.k.a Cik Jem.
Turut memeriahkan perbincangan adalah PM Dr Roziah - Pengarah PJK,  Timbalan Pengarah  Pembangunan Kurikulum yang baharu - PM Dr Zulkefli, Dr Laili dari GSB dan Pn Yanti, Project Manager untuk ODL UKM. 

Ada beberapa perkara yang diperhalusi dan cuba dihadam. 
Meski ada kesangsian tentang penggunaan istilah Semakan Kurikulum untuk program ODL (yang sepatutnya mengikut MQA adalah dianggap program baharu) kami sepakat untuk mencari jalan penyelesaian terbaik. 

Seperti biasa bila group ini berkumpul, hal-hal lain lebih banyak daripada agenda utama! Namun slot petang semalam bagi saya adalah satu sesi yang bermakna buat semua PTj terlibat - UKMShape, Pengajaran UKM dan Pusat Jaminan Kualiti UKM. 

Alhamdulillah terima kasih semua, semoga apa yang kita kerjakan sebagai satu amanah diganjari dengan kebaikan dan redha-Nya jua. 
0 Comments

Pelan Strategik  UKMShape

2/12/2022

0 Comments

 
Picture
Picture
Picture
Picture
Setiap perkara yang hendak dilaksanakan perlulah dirancang dengan teratur dan berhemah. Sebagai persediaan awal sebelum pembentangan kepada Naib Canselor pada 12 & 13 Februari 2022, kami terlebih dahulu berbengkel seharian di Le Meridien IOI City bersama dengan semua Pengurus Projek bagi meneliti Pelan Strategik projek masing-masing di samping menyelaras bilangan unjuran pelajar serta pendapatan dapat dihasilkan secara sinergik. 

Tahniah kepada semua pengurus projek yang jelas komited dalam tugas yang diberi. 

Terlalu banyak perkara yang hendak dilaksanakan. 
Too many thing yet too little time! Apapun, masa yang sempat diluangkan bersama rakan-rakan UKMShape tentunya memberi semangat yang lebih segar mudah-mudahan. 

Merenung kembali geran penyelidikan yang diperolehi masih belum digerakkan lagi sedangkan 2022 telah hampir mencecah bulan ke tiga! 

Semoga Allah permudahkan segala urusan kami ameen. 
0 Comments

Sahabat Kembara

2/1/2022

1 Comment

 
Picture
Picture
Picture
Salmah a.k.a mate. 
Itulah sahabat saya. 
Sahabat dalam kembara dunia akademia, malah kembara ke benua Eropah. 

Pertemuan kami bukanlah sesuatu yang diduga namun tentu sekali perancangan Allah itulah yang sebaiknya. 

Pertama kali kami bersua adalah pada tahun 2008 di sesi block Research Methods bersama Dr. Peter Gates di Chulan Tower -  city campus untuk pelajar-pelajar Doktor Falsafah dari University of Nottingham berkampung sebelum meneruskan aktiviti penyelidikan bersama penyelia masing-masing. 

Dari kelas hingga ke makan tengahari, malah membawa kepada minum petang di KL Sentral. Acara kebersamaan ini cukup untuk saya mengerti betapa secocoknya kami! Dalam santai berbual, pelbagai cerita lama dikongsi. Begitulah chemistry yang wujud antara dia dan saya begitu membuai rasa. 

Keakraban semakin terjalin tatkala masing-masing mengambil keputusan untuk pergi sendiri-sendiri tanpa keluarga ke bumi Nottingham. Lalu bermulalah episod sebagai housemate - dan itulah yang membawa kepada gelaran 'mate' antara kami sehingga kini. 

Banyak ceritera yang kami kongsi. 
Ada suka ada duka. 
Rencamnya pelbagai. 
Terlalu banyak memori yang dicipta bersama untuk dikenang. 

Alhamdulillah setelah lebih sepuluh tahun bersahabat ukhuwwah tetap terjalin. 

Kebetulan dia turun ke KL untuk urusan kemasukan anaknya Dina ke UPM lalu peluang ini tidak dapat dilepaskan. 

Saya terus mencarinya di Conezion lalu memandunya ke IOI untuk acara makan malam meskipun perut ketika itu belum terasa lapar. 

Duduk-duduk selama beberapa jam sambil mengupas pelbagai isu itu ini, begitu begini, tidak terasa masa yang terlalu pantas beredar. Tau-tau malam sudah larut lalu kami terpaksa berpisah. 

Mate,
Terima kasih di atas persahabatan yang dihulurkan. Tidak lupa di atas ihsanmu yang sudi mendengar setiap ocehanku dari dulu hingga kini! Banyak rahsiaku dalam poketmu mate! 

Semoga Allah memelihara persahabatan ini selagi hayat dikandung badan. 
Mudah-mudahan akan ada laig pertemuan antara kita. 
Di saat itu, aku berharap agar aku kelihatan lebih dewasa  dan berwibawa di matamu :D 



Picture
Picture
Picture
Picture
1 Comment
    free web counter no ads
    Welcome to my website. See you again! :)

    RSS Feed

    Archives

    March 2025
    December 2023
    November 2023
    October 2023
    August 2023
    May 2023
    March 2023
    February 2023
    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    February 2019
    January 2019
    October 2018
    September 2018
    August 2018
    July 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    July 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    July 2015
    June 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014


    Realtime Website Traffic

    Categories

    All
    4IR
    Academia
    Aidil Fitri
    AKEPT
    AKRI
    Announcement
    Anugerah Bitara UKM
    Apel.Q
    APRS
    Assessment
    Audit
    Augmented Reality
    Award
    Bandung
    Benchmark
    Bengkel
    Brunei
    BSTP
    Cabaran Perdana
    Campus Life
    Campuslife
    Center For Education Extension
    Choices
    Coklat
    Computational Thnking
    Conference
    Convocation
    Cyber Crime
    Determination
    Educator 4.0
    Edutourism
    E Learning Training
    E-learning Training
    Expert Evaluation
    FPend
    Friendship
    Geran Industri
    Google Scholar
    Guru
    H-Inovasi
    Hong Kong
    Immersive Learning
    Infographic
    Innovation
    Interpretive Structural Model
    Interpretive Structural Modelling
    IOER
    Japan
    Life
    Life Long Learning
    Lifo Long Learning
    Love
    MARA
    Memory
    Micro Credential
    Micro-credential
    Missing In Life
    MOOC
    Nominal Group Technique
    Oath
    ODL
    ODL UKM
    Open & Distance Learning
    Open Distance Learning
    Palestine
    PhD
    Piety
    Pitching
    PKP
    Praktikum
    Praktkum
    Pray
    Project
    Provisional Accreditation
    PTPTN
    Publication
    Pusat Internet
    Pusat Kembangan Pendidikan
    Qualitative Data
    Ramadhan
    Research
    Research Grant
    Robing
    Role
    Self Reminder
    Self-reminder
    Seminar
    Sijil Profesional
    Simposium
    SoTL
    Success Recipe
    Supervisee
    Symposium
    Talk
    Teaching Practicum
    Thank You
    Time Is Hindering
    True Friend
    UKM
    UKMShape
    UNESCO
    Universal Design
    Visit
    Viva
    Wedding