Fariza Khalid
  • Home
    • Guestbook
  • Teaching
    • GP6193 Asas Teknologi Pendidikan
    • GB6022 Academic Writing 2
    • GE1153 Computer in Education
    • GE2153 Educational Technology
    • GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning
    • GE3403 Photography
    • GB6013 Research Methods
    • GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
    • GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan
    • Supervision
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks

Doa untukmu, sahabat

7/18/2014

2 Comments

 
Picture
Manis.
Itulah apa yang saya rasa tentang perkenalan kami. Bermula di tahun-tahun awal pengajian di Nottingham University, dan akhirnya berlarutan sehingga kembara kami ke England, lalu menjejak beberapa negara Eropah lain. 

Sahabat saya ini bukanlah orang jauh. Asalnya dari Selangor, namun hijrahnya ke Sarawak memberi makna tersendiri tentang ketabahan dan jatidiri serta pengorbanannya buat keluarga. 


Banyak cerita-ceriti, masam-manis dalam sejarah kembara kami berdua - bukan sahaja kembara ke benua dan negara orang, malah kembara dalam perjalanan sebuah PhD juga. Mungkin kerana saya dan dia, sama-sama menjadi pelajar di universiti yang sama, kebersamaan itu banyak mengikat silaturahim saya dengannya. 

Satu perkara yang membuat saya sering kagum dengan beliau adalah kecekapannya dalam pencarian maklumat, malah tepat pula. Beliau banyak juga berkongsi pautan serta bahan-bahan yang dimuat turun daripada laman sesawang untuk faedah bersama. Malah, ketika kami di England, hati lebur kerana terpaksa beraya di negara orang, tanpa kehadiran suami dan anak-anak tersayang. Dialah insan yang paling cekap mencari maklumat penerbangan serta melengkapkan jadual perjalanan kembara kami di Perancis. Mana boleh saya lupakan hasrat beliau yang begitu berkobar-kobar hendak bersembahyang sunat Idul Fitri di Mosque de Paris. Kerana jasa beliau juga, akhirnya kami yang baru menjejak kaki di lapangan terbang Charles De Gaulle akhirnya sempat tiba di perkarangan masjid tertua di Paris itu untuk sama-sama merasakan semangat idul fitri bersama umat Islam di Paris, biarpun kami terlepas upacara solat sunat berjemaah. 

Kehidupan di Hartley Road bersama dia juga banyak memberi ruang untuk kami saling menyelami hati budi masing-masing. Semangat berdikari, toleransi serta kerjasama banyak mengajar saya tentang mualamat yang berkesan. Saya juga banyak belajar daripada kelemahan dan kekhilafan diri sendiri. Malah permukiman di England turut dimeriahkan dengan kehadiran rakan-rakan baik seperti K.Faizah dan Zac. Kami pernah bertemu di Kampus Bandar di Chulan Tower Kuala Lumpur ketika menghadiri modul Research Methods bersama Dr Peter Gates. Lalu kedatangan kami disambut mesra dua sahabat yang pernah dikenali itu. Saya tidak akan pernah melupakan jasa K.Faizah sekeluarga yang datang menjemput kami di Birmingham, malah jaza baik Zac menguruskan rumah sewa daripada Symond, si tuan rumah yang baik hati itu. 

Banyak kisah yang boleh dicatat namun saya tidak berniat untuk bercerita panjang kali ini. 
Cuma ada bingkisan buat sahabat saya ini: 

Sal, 
Aku sentiasa mendoakan agar setiap usaha dan jerih perihmu itu akan membuahkan kejayaan sedikit masa lagi. 

Semoga Allah mempermudah segala urusanmu, mate. 
Persahabatan kita ini aku anggap sebagai satu anugerah; kerana melaluinya aku belajar banyak tentang erti kehidupan. 
Rabbi yassir wa la tuassir .. rabbi tammim bil khair ... 







2 Comments

Yang mana satu?

7/16/2014

0 Comments

 
Minggu yang padat. 
Lepas satu, datang lagi satu. 
Ada suara mengatakan bahawa, apabila kita berhadapan dengan terlalu banyak pilihan, maka tanyalah akal; mana satu yang perlu didahulukan, mana satu yang perlu? Jika jawab akal - ambil semuanya! Lalu jangan lupa menjeling neraca iman. Yang mana satu? Yang mana perlu; yang mana mampu; yang mana memberi faedah dan ganjaran dari segi ilmu dan paling penting jangan sampai kau lupa kepada tugasmu sebagai hamba-Nya. Kata iman,  jangan gelojoh mengaut kesemua peluang. Biar tidak banyak, namun padat manfaat. Biar sedikit, tetapi bererti. 

Allah .. Allah .. 


Picture
0 Comments

Makna bahagia 

7/12/2014

2 Comments

 
Picture
Berapa banyak air matanya yang mengalir tanpa sedar, kala melihat kekejaman segerombolan manusia hina yang memperlaku golongan lain seperti sampah tiada bernilai. Di sisi yang lain, dia melihat ramai bersorak riang gembira melihat sebiji bola yang bulat ditendang dikejar di tengah padang. Dia melihat manusia banyak di pusat membeli-belah sambil memimpin tangan anak-anak mencari pakaian baru untuk lebaran. Ada senyum tawa di wajah-wajah itu, meski perit untuk menunggu giliran di kaunter. Dia merenung ke langit. Di mana erti kebahagiaan dalam hidup ini? Di sudut manakah kegembiraan bisa muncul?


Di sudut belakang sebuah masjid gah di Putrajaya, dia melihat ramai anak muda lelaki perempuan bertugas di kaunter khidmat. Mereka menagih bantuan wang ringgit dari khalayak jemaah terawih untuk rakyat Palestine yang tertindas. Dia melihat seorang perempuan sebayanya, membuka beg duit lalu mengeluarkan dua keping not Rm50 lalu dimasukkan ke dalam tabung lut sinar itu. Adakah di situ dia menemui makna bahagia? 

Jom muhasabah :)
2 Comments

Ilmu nukleus hidup

7/11/2014

0 Comments

 
Picture
Bulan Ramadhan kali ini berkebetulan pula dengan cuti semester. Jadi, kesempatan yang ada ini perlu digunakan dengan sebaiknya untuk kerja-kerja penulisan dan penyelidikan, sementelah kesemua markah peperiksaan telahpun diserahkan kepada yang bertanggungjawab. Kekerapan mesyuarat juga tidak terjejas dek kerana berpuasanya kita di siang hari. Mungkin hikmahnya, fakulti dapat menjimatkan sedikit peruntukan makanan di sepanjang Ramadhan Kareem ini. 


Saya dikejar beberapa 'deadlines' yang harus juga dilangsaikan tanpa kompromi. Begitu, dalam ralit kita kejar-mengejar dalam tuntutan dunia, mari sama-sama menghantar waras ke perdu fikir. Jeling neraca timbang. Seimbangkah apa yang kita kejar antara tuntutan duniawi dan ukhrawi. Kita, sesungguhnya sangat menyedihkan kerana selalu sahaja  tertewas dengan dunia! 


Namun, ayuh, kita mulakan lembar baru. Mari kejar ilmu yang bermanfaat. Mari bungkus bekal akhirat. 
#thinkpositive #startnow #repent 

0 Comments

Erti Ramadhan 

7/8/2014

0 Comments

 
Picture
Ramadhan kita sudah masuk ke 'trimester' yang kedua. Pantas sungguh hari-hari yang berlalu, tahu-tau kita sudah menjengah hari ke 11 dalam bulan mulia ini. Tadi saya sempat mendengar halwa telinga di IKIM fm melalaui slot Islam Itu Indah. Ustaz Pahrol bercakap tentang erti Ramadhan. Dua perkara penting yang dikupas adalah tentang bagaimana ibadat puasa ini bukan sahaja sebagai satu perintah daripada Allah, namun apa yang tersirat di sebalik ibadat ini adalah untuk mengukuhkan keimanan, rasa pengharapan kita terhadap keampunan Allah. Hati saya tersentuh apabila beliau turut mengaitkan tentang keyakinan seseorang terhadap janji syurga. Beliau membawa contoh kehidupan umat Islam di Palestine; sehingga ada ungkapan yang menyebut bahawa di Palestine, 'seseorang itu mungkin bersahur di dunia, tetapi berbuka di akhirat'. Hal ini rentetan daripada keadaan di bumi Palestine kini yang menerima hujanan peluru oleh puak musuh Islam yang durjana, lalu panggilan syahid itu boleh menjemput bila-bila masa. Namun kerana keyakinan akan janji Allah, mereka langsung tiada gentar. 


Seharusnya kita tidak putus memanjat kesyukuran kepada rahmat dan nikmat Allah buat kita. Makan minum kita serba mencukupi di bulan Ramadhan, malah kadangkala melebihi daripada nikmat rezeki yang kita perolehi di bulan-bulan biasa. Pesanan buat diri sendiri dan semua: Berpada-padalah dalam menyediakan (atau membeli) juadah berbuka. Jangan sehingga makanan itu bersisa sia-sia. Jika godaan kecil ini pun kita tewas, bagaimana melalaui ibadat berpuasa ini dapat kita bentuk keyakinan dan keberanian untuk mencapai kunci ke pintu syurga? :( 



0 Comments

e-Pembelajaran untuk semua 

7/7/2014

0 Comments

 
Picture
Saya terpanggil untuk berkongsi tentang hasrat yang dipacu oleh pihak Universiti Kebangsaan Malaysia yang mahu melihat aspirasi untuk memperkasa pembelajaran para pelajar dengan mengintegrasi kaedah e-pembelajaran di setiap fakulti. Hasil laporan yang saya jana daripada i-folio menunjukkan jumlah tertinggi penggunaan i-folio khususnya untuk semester 2 2013-2014 merujuk kepada aspek forum posting, diikuti dengan jumlah kedua tertinggi adalah aktiviti memuat naik fail ke i-folio. Jumlah terendah penggunaan i-folio untuk tujuan P&P adalah merujuk kepada aspek tugasan (tasks) dan kuiz. 
Picture
Di bawah pula adalah graf keseluruhan penggunaan i-folio bermula dari semester 2 2011-2012 (di mana i-folio mula diperkenalkan) sehinggalah semester 2 2013-2014. Data bagi semester 3 adalah sifar kerana tiada semester 3 ditawarkan di fakulti pendidikan. 
Picture
Merujuk kepada tahap penggunaan yang boleh diaplikasi dalam e-pembelajaran sebagaimana tertera dalam rajah paling atas, kelihatan penggunaan platform i-folio secara keseluruhan telah mencapai ke Tahap 2. Namun demikin, kita masih memerlukan bukti tentang kreativiti dan kesungguhan para pensyarah menghasilkan sendiri bahan pengajaran yang sesuai untuk diintegrasi ke dalam sistem i-folio ini. Atau adakah pandangan para pensyarah kita tentang penggunaan i-folio semata-mata untuk memuat naik proforma, bahan bacaan, membuat pengumuman, atau forum semata-mata? Satu persoalan lain yang boleh dibangkitkan adalah sejauh mana kesedaran para pensyarah tentang keperluan mereka untuk menjana kemahiran agar dapat merealisasikan Tahap 3 dalam penggunaan i-folio itu. 


Ada sebarang komen? :)

0 Comments

Erti puasa ... 

7/4/2014

0 Comments

 
Picture
Banyak. Tetapi tidak mustahil. Isha-Allah! :)

0 Comments

Jom berlumba!

7/3/2014

0 Comments

 
Kita sering berlumba-lumba menjadi yang terbaik misalnya semasa dalam peperiksaan, kita mahu mendapat markah yang terbaik. Dalam hubungan kita dengan ibu bapa, atau guru, atau rakan-rakan - kita mahu menjadi orang penting dan sentiasa diperlukan. Bulan Ramadhan muncul lagi buat ke sekian kalinya. Jom teropong ke dalam diri kita masing-masing - sudah sejauh mana kita berada dalam perlumbaan mencari redha-Nya? 

Salam Ramadhan al-Mubarak. Bulan mulia, kurangkan bercakap perkara kosong, banyakkan muhasabah dan amal. Jom berlumba! :)
Picture
0 Comments
    Picture
    free web counter no ads
    Welcome to my website. See you again! :)

    RSS Feed

    Archives

    February 2023
    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    February 2019
    January 2019
    October 2018
    September 2018
    August 2018
    July 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    July 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    July 2015
    June 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014


    Realtime Website Traffic

    Categories

    All
    4IR
    Academia
    Aidil Fitri
    AKRI
    Announcement
    Anugerah Bitara UKM
    Apel.Q
    APRS
    Assessment
    Audit
    Augmented Reality
    Award
    Bandung
    Bengkel
    Brunei
    BSTP
    Cabaran Perdana
    Campuslife
    Campus Life
    Center For Education Extension
    Choices
    Coklat
    Computational Thnking
    Conference
    Convocation
    Cyber Crime
    Determination
    Educator 4.0
    Edutourism
    E Learning Training
    E-learning Training
    Expert Evaluation
    FPend
    Friendship
    Geran Industri
    Google Scholar
    Guru
    H-Inovasi
    Hong Kong
    Immersive Learning
    Infographic
    Innovation
    Interpretive Structural Model
    Interpretive Structural Modelling
    IOER
    Japan
    Life
    Life Long Learning
    Lifo Long Learning
    Love
    MARA
    Memory
    Micro-credential
    Missing In Life
    MOOC
    Nominal Group Technique
    Oath
    ODL
    ODL UKM
    Open & Distance Learning
    Open Distance Learning
    Palestine
    PhD
    Piety
    Pitching
    PKP
    Praktikum
    Praktkum
    Pray
    Project
    Provisional Accreditation
    PTPTN
    Publication
    Pusat Internet
    Pusat Kembangan Pendidikan
    Qualitative Data
    Ramadhan
    Research
    Research Grant
    Robing
    Role
    Self Reminder
    Self-reminder
    Seminar
    Sijil Profesional
    Simposium
    SoTL
    Success Recipe
    Supervisee
    Symposium
    Talk
    Teaching Practicum
    Thank You
    Time Is Hindering
    True Friend
    UKM
    UKMShape
    UNESCO
    Universal Design
    Viva
    Wedding