Manis. Itulah apa yang saya rasa tentang perkenalan kami. Bermula di tahun-tahun awal pengajian di Nottingham University, dan akhirnya berlarutan sehingga kembara kami ke England, lalu menjejak beberapa negara Eropah lain. Sahabat saya ini bukanlah orang jauh. Asalnya dari Selangor, namun hijrahnya ke Sarawak memberi makna tersendiri tentang ketabahan dan jatidiri serta pengorbanannya buat keluarga. Banyak cerita-ceriti, masam-manis dalam sejarah kembara kami berdua - bukan sahaja kembara ke benua dan negara orang, malah kembara dalam perjalanan sebuah PhD juga. Mungkin kerana saya dan dia, sama-sama menjadi pelajar di universiti yang sama, kebersamaan itu banyak mengikat silaturahim saya dengannya. Satu perkara yang membuat saya sering kagum dengan beliau adalah kecekapannya dalam pencarian maklumat, malah tepat pula. Beliau banyak juga berkongsi pautan serta bahan-bahan yang dimuat turun daripada laman sesawang untuk faedah bersama. Malah, ketika kami di England, hati lebur kerana terpaksa beraya di negara orang, tanpa kehadiran suami dan anak-anak tersayang. Dialah insan yang paling cekap mencari maklumat penerbangan serta melengkapkan jadual perjalanan kembara kami di Perancis. Mana boleh saya lupakan hasrat beliau yang begitu berkobar-kobar hendak bersembahyang sunat Idul Fitri di Mosque de Paris. Kerana jasa beliau juga, akhirnya kami yang baru menjejak kaki di lapangan terbang Charles De Gaulle akhirnya sempat tiba di perkarangan masjid tertua di Paris itu untuk sama-sama merasakan semangat idul fitri bersama umat Islam di Paris, biarpun kami terlepas upacara solat sunat berjemaah. Kehidupan di Hartley Road bersama dia juga banyak memberi ruang untuk kami saling menyelami hati budi masing-masing. Semangat berdikari, toleransi serta kerjasama banyak mengajar saya tentang mualamat yang berkesan. Saya juga banyak belajar daripada kelemahan dan kekhilafan diri sendiri. Malah permukiman di England turut dimeriahkan dengan kehadiran rakan-rakan baik seperti K.Faizah dan Zac. Kami pernah bertemu di Kampus Bandar di Chulan Tower Kuala Lumpur ketika menghadiri modul Research Methods bersama Dr Peter Gates. Lalu kedatangan kami disambut mesra dua sahabat yang pernah dikenali itu. Saya tidak akan pernah melupakan jasa K.Faizah sekeluarga yang datang menjemput kami di Birmingham, malah jaza baik Zac menguruskan rumah sewa daripada Symond, si tuan rumah yang baik hati itu. Banyak kisah yang boleh dicatat namun saya tidak berniat untuk bercerita panjang kali ini. Cuma ada bingkisan buat sahabat saya ini: Sal, Aku sentiasa mendoakan agar setiap usaha dan jerih perihmu itu akan membuahkan kejayaan sedikit masa lagi. Semoga Allah mempermudah segala urusanmu, mate. Persahabatan kita ini aku anggap sebagai satu anugerah; kerana melaluinya aku belajar banyak tentang erti kehidupan. Rabbi yassir wa la tuassir .. rabbi tammim bil khair ...
2 Comments
zac
7/17/2014 10:20:49 pm
Awwww.. tak sangka ko ada ruang luahan perasaan.. teruskan menulis!! Ramai pembaca ni..termasuk aku :)
Reply
Fariza Khalid
7/20/2014 01:43:38 pm
Zac!! hehehe .. jiwa kacau perlu diluahkan sekali-sekala kan! Lepas raya jadi tak turun KL?
Reply
Leave a Reply. |
Archives
December 2023
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |