Fariza Khalid
  • Home
    • Guestbook
  • Teaching
    • GP6193 Asas Teknologi Pendidikan
    • GB6022 Academic Writing 2
    • GE1153 Computer in Education
    • GE2153 Educational Technology
    • GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning
    • GE3403 Photography
    • GB6013 Research Methods
    • GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
    • GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan
    • Supervision
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks

Aduhai Dewi

1/25/2016

0 Comments

 
Picture

Cuti. Syukurlah kerana ia memberi ruang untuk saya menziarahi mertua di hospital yang kurang sihat. Kebetulan hendak berada di situ lebih lama, lalu saya bercadang menunaikan solat Zohor di situ sahaja. Ketika melangkah ke 'bilik kecil' sebelum ke bilik solat, saya tanpa sengaja terlihat satu insiden. Dua gadis bertudung labuh berkira-kira sama ada bilik tandas itu berpenghuni atau tidak meskipun pada zahirnya di mata saya jelas tanda 'merah' pada pemegang pintu yang menunjukkan pintu dikunci dari sebelah dalam. Namun entah kenapa, salah seorang daripadanya tiba-tiba menolak pintu tu dengan agak kuat sehingga daunnya tertolak. Lalu sekonyong-konyong ada suara dari dalam "Heyy!!!". Pintu lalu dilantun kuat, mungkin penghuni dalam berasa terganggu! 

Tidak lama kemudian, keluarlah seorang wanita dengan raut wajahnya agak tegang. Saya hanya meminggir untuk memberi laluan keluar. Aneh. Saya tertunggu-tunggu kata maaf daripada gadis yang menolak pintu tadi namun tiada sepatah kata diucapkan kepada wanita tersebut. Jika andalah yang secara tidak sengaja telah menolak daun pintu itu, apakah mungkin anda terfikir untuk mengucapkan kata maaf? 

Selesai urusan di situ, saya memasuki bilik solat dan saya perhatikan dua gadis tadi telah bersedia untuk bersolat. Sememangnya ruang solat di bilik itu hanya cukup untuk dua sejadah sahaja lalu saya perlu menunggu di belakang sementara menanti giliran.

MashaAllah SubhanaLlah .. bukanlah niat saya untuk membuka aib orang  tetapi apa yang saya lihat membuat hati berdebar-debar. Tidak ubah seperti kartun Charlie Chaplin dua-dua gadis tadi bersolat tanpa sebarang toma'ninah! Saya ternganga di belakang. Tidak sampai dua minit solatnya selesai dan mereka terus bangun tanpa menadah doa barang sepatah. 

Allah ... Allah ... apakah yang mampu saya katakan? Justeru saya ini bukanlah manusia sempurna dalam ibadat namun apa yang terhidang di hadapan mata amat membekas di hati. 

Semoga kisah ringkas ini memberi makna buat kita dalam muhasabah diri tentang ibadah dan muamalah kita sebagai hamba!

0 Comments

Pesanan

1/20/2016

0 Comments

 
Picture
Saya menerima satu pesanan ringkas tapi penuh signifikan.
Pesanan istimewa yang membawa peringatan buat mengubat hati yang terlupa. 

Bilik saya di fakulti semalam dimasuki 'seseorang' lalu dia membawa pergi mesin pencetak Laser Jet HP saya sebagai ole-ole percuma. Masuknya tetamu tidak diundang melalui tingkap (yang sekian lama tidak bisa dirapatkan lalu jika dilihat dari luar akan kelihatan rongga semuat jari kelingking). Mangga dipecahkan lalu dibawa entah ke mana .. melompat dia ke atas karpet merah belang tempat bersolat setiap hari. 

Entah berapa lama dia di dalam bilik sederhana saya .. menyelongkar segenap laci namun mungkin tiada yang bernilai ditemui selain mesin pencetak yang menjangkau usia dua tahun itu. 

Begitulah. Saya kehairanan sendiri bagaimana pintu bilik saya tidak terkunci kala mula-mula menjejak kaki ke pintu. Beberapa ketika cuba 'membaca' petanda yang ada fahamlah saya ada 'tetamu' semalamnya di situ. Sementelah pula kunci pendua pintu bilik saya tinggalkan di atas rak berhampiran pintu lalu tidak perlulah dia bersusah payah memanjat tingkap lagi untuk keluar pergi bersama ole-ole tadi. 

'Bersyukur Saat Diuji' karya Prof Kamil kiranya menjadi penawar hati. Saya tiba-tiba membandingkan ujian yang pernah dialami penulis jauh lebih berat daripada apa yang saya lalui. Lalu, bersyukurlah saat diuji - kerana di sebalik ujian saya menerima satu pesanan untuk kembali dan membersih hati. 

Ampunilah diri ini Allahku, jika di sebalik mencari dunia diri ini alpa tentang perhambaan kepada-Mu. Diri ini mengakui bahawa nikmat-Mu terlalu agung untuk dibayar dengan nilai amalku yang sekelumit cuma. AstaghfiruLlahal adzim .. mungkin juga kerana doa ini sudah lama tidak dibaca ..... 
Picture
0 Comments

Warna Saya 

1/11/2016

0 Comments

 
Semenjak beberapa hari lepas beliau beberapa kali mencari saya namun kami tidak pula berselisih di pejabat lalu pagi tadi pintu bilik saya diketuk. 

"Jom ke bilik! Ada ole-ole!" 

Dia membuka bagasi yang tersadai di tepi almari di biliknya lalu menghulurkan sepasang kain tenun berwarna err ...

"Wah! Macam tau-tau ini warna saya!" 

Rezeki datang jangan ditolak.  Alhamdulillah thummalhamdulillah!

Terima kasih pengerusi Seminar ACER-N kerana ini julung-julung sekali jawatankuasa kerja diberi insentif yang menarik begini. Benarlah kata-kata yang meletakkan budi bahasa sebagai paksi - orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa! :)
Picture
0 Comments

Coklat 

1/8/2016

0 Comments

 
Picture
Saya bukanlah penggemar coklat yang tegar meskipun saya gemar membeli cokelat bar jika ke pasaraya namun kebanyakan waktu, cokelat tersebut akan dihabiskan oleh orang lain (suami dan anak!). Sesekali jika datang 'mood' saya juga gemar membakar kek coklat sendiri di rumah. Secara amnya, pengambilan coklat dalam kadar yang tidak berlebihan boleh memberi manfaat kepada tubuh badan kerana kandungan coklat itu sendiri boleh bertindak sebagai penyahoksidan, malah 'dark chocolate' dikatakan mampu merendahkan kadar kolesterol dalam badan dan membantu memperbaik tekanan darah! Di Jerman, satu kajian telah dijalankan di Germany’s Heinrich Heine University di mana peserta kajian dibahagikan kepada dua kumpulan; kumpulan yang diberi makan coklat dan sekumpulan lagi tidak. Kedua-dua kumpulan didedahkan kepada sinaran ultraviolet dan setelah enam minggu, data menunjukkan kumpulan yang diberi makan coklat menunjukkan kulit yang kurang kemerahan akibat pendedahan kepada ultraviolet tadi iaitu sebanyak 15%. Setelah 12 minggu pula, kulit ahli kumpulan kulit pemakan coklat didapati lebih lembap berbanding kumpulan yang tidak memakan coklat. Kesimpulannya, coklat juga baik untuk kulit! Walla! 

Fakta di atas mungkin tidak cukup kuat untuk mendokong aktiviti memakan coklat namun bolehlah digunapakai untuk menyedapkan hati untuk meratah coklat, apatah lagi jika ia percuma hehe .. terima kasih Lee! :)
0 Comments

Yang manis dalam ingatan 

1/7/2016

0 Comments

 
Barang yang lepas jangan dikenang. Begitu kata orang namun kebiasaannya ujaran ini disebut bagi merujuk perkara ralat yang jika dikenang tiada gunanya, serta tidak mengubah apa-apa ketentuan yang telah terjadi. Sebaiknya dalam keadaan sedemikian, seseorang perlu terus memandang ke hadapan, menggendong bekal resolusi terbaik untuk mencapai sesuatu yang lebih baik serta melupakan ralat yang terjadi. Namun yang dikenang ini sesuatu yang manis, malah bisa membakar semangat untuk terus produktif dengan redha-Nya jua. 

Nucel2015

Bermula 14-15 Disember 2015, jadual tersusun padat. National University Carnival on e-Learning (NUCEL 2015) pada tahun ini berlangsung di UPSI. Saya membawa tiga pelajar Sarjana sebagai pendedahan terhadap karnival tahunan ini. Kebetulan, kesemuanya dalam bidang Sumber dan Teknologi Maklumat dan berada di bawah penyeliaan saya sendiri. Shafiezul, Nadirah dan Afiqah. Saya menghantar satu poster ringkas tentang profil penggunaan komuniti atas talian yang sedang dalam proses pilot untuk Geran Galakan Penyelidik Muda. Mereka diberi peluang bersoal jawab dengan juri tentang kajian tersebut ketika saya sibuk menjuri penyertaan di booth lain. Alhamdulillah, pingat perak mejadi milik kami. Tahniah buat semua! (^_____^)
Picture
Picture
Syukur juga kerana di penghujung majlis penutup nama saya diumumkan sebagai penerima Anugerah e-Pembelajaran Kebangsaan untuk kategori edublog/wiki e-Pembelajaran Terbaik. Tidak pernah saya sangka akan terpilih sebagai pemenang kerana saya hanya sekadar mengisi borang penyertaan yang telah dinamakan oleh pihak PPTP UKM. Alhamdulillah ala kulli hal .. 
Picture

Skepen 

Pulang dari UPSI, 16-17 Disember pula merupakan tarikh Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara. Mujur lokasinya tidak jauh - AKEPT. Sebagai Ahli Jawatankuasa Pelaksana, saya perlu hadir di sana selama seminar dijalankan. Tambahan pula, ingin memberi sokongan moral buat pelajar-pelajar saya yang turut membentangkan kertas kerja mereka. Paling menyeronokkan, semua pelajar dari kursus Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat hadir ke seminar ini sebagai sebahagian pengisian kursus. 
Picture
Picture
Picture


​Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat 

19 Disember pula berlangsung Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat yang merupakan sebahagian daripada keperluan kursus. Segalanya diuruskan oleh para pelajar kursus ini. Secara peribadi saya kira inilah kumpulan yang paling cemerlang dari sudut komitmen, kerjasama serta daya usaha di sepanjang saya mengendalikan kursus-kursus siswazah! Sponsor yang banyak, hadiah yang menarik serta pembentangan yang mantap membuatkan segala-galanya menyeronokkan. Tambahan pula, kehadiran rakan-rakan dari bidang Sumber Teknologi Maklumat yang dijemput begitu sporting dalam memberikan input serta perkongsian idea. Saya kira ini satu proses pembelajaran penuh makna untuk mereka dalam kursus ini. Syabas sekali lagi kerana berjaya menerbitkan sebuah buku sebagai hasil kerja! 
Picture


​Bengkel Web 2.0 

21 Disember berlangsungnya Bengkel Web 2.0 sebagai sebahagian aktiviti kursus Teknologi Maklumat dalam Pendidikan. Peserta terdiri daripada guru-guru dari Tunas Permata UKM. Mereka diberi pendedahan tentang pembangunan bahan menggunakan aplikasi Powtoon serta bagaimana memuatnaik video ke YouTube. Semua facilitator menunjukkan semangat bersungguh-sungguh membantu para peserta untuk mencapai objektif bengkel. Alhamdulillah saya kira semua pihak berpuas hati dengan hasil bengkel ini. Syabas semua! 
​
Picture
Picture
Picture
2015 mengensot pergi ketika semester berada di penghujung. Dan kini, para pelajar sibuk menelaah untuk peperiksaan akhir. Semoga berjaya semua dengan cemerlang inshaAllah! 
Picture

31 Disember menyaksikan majlis penyerahan tugas daripada mantan kepada Dekan Fakulti yang baharu. Tahniah Professor Dr. Norazah di atas pelantikan sebagai peneraju fakulti serta sekalung penghargaan dan terima kasih buat Professor Dr. Lilia atas prestasi cemerlang yang telah membawa nama Fakulti pada satu tahap yang membanggakan! 
Picture

Pesan buat diri dan semua: Semoga kedatangan tahun baharu memberi lebih momentum untuk meningkatkan produktiviti, amal, serta tawadhuk diri. 
0 Comments

2016

1/4/2016

0 Comments

 
Picture
Tahun baharu datang lagi. Oh seorang sahabat saya berkata - alangkah indah jika itu satu mimpi! Justeru banyak sekali perkara yang belum sempat dilangsai sebelum 2015 pergi tidak kembali! 

... dan kita yang  sering ditinggalkan! ya, kita sering ditinggalkan waktu yang berlalu tanpa pesan. 
Berpaling menjenguk hari-hari terakhir dalam bulan Disember membawa mengah sehingga  saya kalah jua akhirnya. Sehingga hari ini, demam masih bersisa, batuk pula mula bertamu diselang seli air hidung yang silih mengalir. Sudah agak lama saya tidak sakit. Begitu, saya anggap ini pembasuh dosa. 

31 Disember - tarikh akhir mengisi pencapaian KPI untuk prestasi tahunan. Saya benar marah dan kesal kerana sistem yang terumbang-ambing. Sudah lebih 7 kali mengisi ruang- ruang yang memerlukan pemikiran jitu, namun apabila butang SUBMIT ditekan, kemaskini gagal. Saya lalu berhenti. Ah hingus mengalir lagi! 

Begitu banyak yang ingin dicatat namun ada perkara lain yang lebih memerlukan perhatian segera. Sekadar salam di angin lalu, dengan doa dan harapn agar 2016 memberi lebih keberkatan dalam rezeki dan kehidupan amen ya rabbal alameen ... 

Buat pelajar2 yang masih bergelut dengan peperiksaan .. teruskan perjuangan pasti kejayaan menjadi milik anda semua :) 

oh oh .. pemarkahan belum selesai ! 


0 Comments
    Picture
    free web counter no ads
    Welcome to my website. See you again! :)

    RSS Feed

    Archives

    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    February 2019
    January 2019
    October 2018
    September 2018
    August 2018
    July 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    July 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    July 2015
    June 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014


    Realtime Website Traffic

    Categories

    All
    4IR
    Academia
    Aidil Fitri
    AKRI
    Announcement
    Anugerah Bitara UKM
    Apel.Q
    APRS
    Assessment
    Audit
    Augmented Reality
    Award
    Bandung
    Bengkel
    Brunei
    BSTP
    Cabaran Perdana
    Campuslife
    Campus Life
    Center For Education Extension
    Choices
    Coklat
    Computational Thnking
    Conference
    Convocation
    Cyber Crime
    Determination
    Educator 4.0
    Edutourism
    E Learning Training
    E-learning Training
    Expert Evaluation
    FPend
    Friendship
    Geran Industri
    Google Scholar
    Guru
    H-Inovasi
    Hong Kong
    Immersive Learning
    Infographic
    Innovation
    Interpretive Structural Model
    Interpretive Structural Modelling
    IOER
    Japan
    Life
    Life Long Learning
    Lifo Long Learning
    Love
    MARA
    Memory
    Micro-credential
    Missing In Life
    MOOC
    Nominal Group Technique
    Oath
    ODL
    ODL UKM
    Open & Distance Learning
    Open Distance Learning
    Palestine
    Piety
    Pitching
    PKP
    Praktikum
    Praktkum
    Pray
    Project
    Provisional Accreditation
    PTPTN
    Publication
    Pusat Internet
    Pusat Kembangan Pendidikan
    Qualitative Data
    Ramadhan
    Research
    Research Grant
    Robing
    Role
    Self Reminder
    Self-reminder
    Seminar
    Sijil Profesional
    Simposium
    SoTL
    Success Recipe
    Supervisee
    Symposium
    Talk
    Teaching Practicum
    Thank You
    Time Is Hindering
    True Friend
    UKM
    UKMShape
    UNESCO
    Universal Design
    Wedding