Alhamdulillah, silaturahim yang dibina semasa perkenalan kami di Bandar Seri Begawan Ogos yang lalu akhirnya ditautkan lagi dengan perbincangan dengan satu projek khas - EduTourism.
Projek ini akan dikendalikan oleh UKMShape di bawah projek khas namun akan dilaksanakan bersama dengan team marketing dan business development kami. Saya hanya selaku pemudahcara serta membantu aspek reka bentuk program serta pengisian yang ditawarkan. Pertemuan maya ini telah tertangguh kerana memberi laluan kepada persiapan majlis Pelancaran International English Test. Namun syukur perbincangan telah berjalan dengan lancar. Terima kasih yang tidak terhingga buat Puan Latifah Dato' Hj Ismail, Timbalan Pengarah Malaysia Tourism Promotion Board yang turut sama sudi menjemput kami untuk menyertai Sabre Brunei Travel Fair 2022. InshaAllah UKMShape akan berkunjung ke sana untuk mempromosikan program Edutourism yang kami bangunkan khusus untuk pelajar-pelajar Brunei serta anak-anak ekspatriat di sana. #hasbunallahuwani'malwakil
0 Comments
Kunjungan ini merupakan kali kedua saya menjejakkan kaki di Brunei Darussalam. Kali pertama adalah pada tahun 2016, di mana saya terlibat sebagai jawatankuasa kerja untuk Wacana Pendidikan Islam anjuran fakulti. Dan kali ini saya bersama Jureena dari bahagian pemasaran UKMShape untuk acara Education Fair yang turut dijalankan di hotel yang sama - Centre Point Hotel. Sehari sebelum acara utama, kami berkesempatan mengunjungi pejabat Malaysian High Commision untuk minum petang bersama TYT Dato' Raja Reza bin Raja Zaib Shah. It was a long day, and we were so delighted to see many visitors coming to the UKM booth. It was rewarding when we managed to close the deal with three candidates who applied for UG and PG programs on the spot. Time flew extremely fast - I didn't realize it was 5.00 o'clock already when it was time to wrap up. But it was not the end of the day. We later had dinner with Malaysian University alumni. Esoknya berkesempatan untuk mencuba Nasi Katok. Terima kasih Steve, yng sudi membawa kami makan tengahari dan tak lupa hmm .. untuk singgah di kedai kain. Malam sebelum pulang menapak sedikit di sekitar hotel penginapan. hasrat untuk mencari ambuyat terkubur apabila restoran yang dituju tutup pula. Lalu rezeki kami di WyWy restoran. Keberangkatan pulang diiring acara makan pagi bersama Imam Wafi yang sudi mampir ke airport. Segak sungguh ustaz berbaju Melayu serba putih sebelum menyertai acara khatam Al-Quran jam 11 pagi. Terima kasih ustaz belanja murtabak.
|
Archives
December 2023
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |