Belum sempat bernafas, sepulang dari Brunei, saya dijemput menghadiri Pelan Induk Pembelajaran Sepanjang Hayat Peringkat Nasional 2022 anjuran KPT di IOI Palm Garden.
Berjumpa ramai rakan baharu daripada pelbagai agensi dan kementerian tentunya satu pengalaman yang mengujakan. Kami dibahagikan kepada enam kumpulan yang masing-masing akan mengupas aspek berkaitan Konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat di Malaysia, tidak lupa tentang cabaran serta pelan strategik dalam menangani isu-isu yang timbul. Bercakap tentang PSH ini tentu tidak terlepas daripada peluang kemasukan ke program akademik berdasarkan pengalaman terdahulu seperti Apel.A, Apel.C, Apel.Q dan akan datang adalah Apel.M. Antara yang turut mencuri perhatian ada penawaran kursus secara micro-credential yang membolehkan calon membuat penukaran kredit. Acara penuh selama tiga hari tidak dapat saya tunaikan sepenuhnya kerana pada hari ketiga saya terpaksa menghadiri bengkel lain yang telah dipersetujui semenjak sekian lama. Anyway, I am glad with what I had contributed to this focus group discussion. Hopefully all the insights given will be beneficial to help the ministry to move forward with this agenda - the promotion of life long learning to a wider group of people out there.
0 Comments
Alhamdulillah sekian lama tidak bersiaran meski banyak hal yang ingin dikisahkan namun seringkali masa merantai lalu selera menulis terpaksa ditolak ke tepi. Simposium Pendidikan diPeribadikan akhirnya berjaya juga dilaksanakan dengan jayanya mesipun persediaan hanya dilakukan dalam jangkamasa yang sangat singkat sekitar 3 bulan. Simposium ini saya kira sesuatu yang unika kerana julung-julung kali perbincangan tentang teknologi dalam pendidikan dilaksanakan dalam kerangka dan persepktif Islam khususnya berpandukan Risale-i-Nur, buah tangan Said Nursi Bediuzzaman. Banyak suka duka dalam penganjuran Simposium ini yang pastinya mematangkan fikir serta kemahiran membuat keputusan. Semuanya akan saya kenang dan jadikan pengajaran buat diri sendiri. |
Archives
March 2025
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |