Alhamdulillah, untuk segala-galanya wahai Allah.. untuk udara segar yang masih bisa dihela, untuk segala rezeki yang dikurniakan, untuk segaris keriangan yang menghiasi hari-hariku .. dan tidak terkecuali untuk puing-puing kesedihan yang kadangkala meranap kekuatan jiwaku di sepanjang kembara di dunia.. Alhamdulillah!
Segala cerita dalam hidup, bisa saja saya ringkaskan bahawa hidup kita memang tidak boleh bersendiri-sendiri, kerana lingkungan hidup dan perhubungan kita dengan manusia sejagat sememangnya terlarut dalam fitrah kehidupan itu sendiri. Kerana itu disebutkan bahawa kewajipan manusia bukan setakat menjaga 'hablum minalLah' (hubungan dengan Allah) semata-mata, malah merupakan tanggunjawab kita juga sebagai makhluk di dunia untuk memelihara 'hablum minannaas' (hubungan dengan manusia). Beberapa ketika dahulu saya pernah berbicara dengan beberapa orang rakan tentang apa yang disebut sebagai rangkaian doa dan keajaibannya. Betapa pentingnya kita saling mendoakan, dan doa itu haruslah untuk kebaikan dan perkara-perkara yang positif sahaja. Justeru, kerana kita ini manusia lemah, lalu, kita membutuhkan doa daripada orang lain untuk kita. Namun, kata seorang teman - tiada kuasanya untuk mendoakan manusia yang berbuat dajal pada dirinya, dan alangkah bagus jika didoakan manusia keji itu mati dengan cepat. Allah .. Allah .. Allah .. saya terkesima mendengar ujaran lantang itu. Lalu seusai pertemuan, saya cuba teduhkan jiwa .. ampunkanlah Allah .. segala perbuatan, perkataan mahupun lintasan dalam hatiku andai aku juga pernah mendoakan perkara-perkara bejat buat orang lain ... mohon dijauhkanlah ya Allah daripada lintasan yang tidak baik .. luaskanlah ya Allah unsur pemaaf dalam diriku .. perkayakanlah ya Allah, akan kesucian peribadi, hati dan jiwaku agar berputik dari situ nur keimanan yang bakal membawa kesejahteraan buat diriku dan manusia-manusia dalam lingkungan hidupku - keluargaku, sahabat handaiku, pelajar-pelajarku .. Alhamdulillah, syukurku tidak pernah bertepi. Kerana langit rahmat-Mu terlalu luas, laut Rahim-Mu tidak pernah mampu kuselami hingga ke dasarnya.
0 Comments
|
Archives
December 2023
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |