Fariza Khalid
  • Home
    • Guestbook
  • Teaching
    • GE2153 Educational Technology
    • GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning
    • GE3403 Photography
    • GB6013 RESEARCH METHODS
    • GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
    • GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan
    • Supervision
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks

Q1-   WoS  Edu  High  Flyers!

6/20/2019

0 Comments

 
Picture

Tajuk entri ini mungkin bukan suatu fakta namun dianggap sebagai pemangkin semangat untuk merealisasikan penerbitan yang lebih berimpak dan lebih menjurus kepada jurnal-jurnal terindeks di bawah WoS. Wajah-wajah yang tertera pada layar (gambar di atas) merupakan warga fakulti yang dipilih untuk menyertai bengkel pertama di bawah inisiatif lonjakan penerbitan. Ia juga malah satu tunggungjawab yang besar untuk memastikan visi dan harapan fakulti dalam menambah bilangan penerbitan jurnal terindeks. 

Hmmm .. banyak yang dirancang dan dirangka. Namun masa seringkali merantai jua. Komitmen di sana sini sememangnya banyak memperlahankan proses penghasilan manuskrip :(  namun ianya tidak boleh dianggap sebagai alasan mutlak untuk tidak menerbit. Apatah lagi dengan wujudnya sokongan daripada pakar-pakar luar yang dijemput khas oleh universiti untuk turut sama menggembeleng tenaga fizikal dan mental untuk tujuan ini. 


Datuk Paduka Kamaruzzaman Jusoff bukanlah insan yang asing bagi saya. Semenjak lapan tahun yang lalu, saya sudah pernah menghadiri bengkel penulisan beliau. Kami malah, pernah mengeteh di medan selera Presint 11 Putrajaya bersama rakan saya Sal dari UNIMAS. Pada kali ini, nampaknya ada peluang lagi untuk bertemu beliau. Masih segak, sihat dan energetik orangnya. 
Picture
Proses penulisan sememangnya tidak akan berlaku dalam masa sehari. Banyak proses yang perlu dilalui sebelum sesuatu artikel dapat ditulis dengan berkesan. Malah, pembacaan literatur merupakan ramuan penting sebelum penulisan artikel dapat disempurnakan! 

Semoga tahun ini memberi ruang untuk pencapaian yang lebih baik dari aspek penerbitan inshaAllah! 

0 Comments

Malaysia Entrepreneurial Award 2018

5/8/2018

0 Comments

 
Alhamdulillah, bersempena dengan MEA 2018, UKM telah terpilih sebagai finalis. Justeru, beberapa PTJ diamanahkan untuk membentangkan serta membuktikan kepada juri akan kemampuan UKM dalam memenuhi kriteria MEA pada 18 April yang lepas. 
Picture

Fakulti Pendidikan pula diamanahkan untuk memperlihatkan pembelajaran yang  menggunapakai acuan 4th industrial revolution serta mendokong penggunaan teknologi terkini dalam memacu minat dan seterusnya menggandakan hasil pembelajaran pelajar. Pihak kedekanan meminta saya mengendalikan satu sesi P&P yang menonjolkan ciri-ciri tersebut. Alhamdulillah, berkat kerjasama para pelajar yang sudi meluangkan masa seharian di Hub Inovasi Pelajar, aktiviti pembelajaran yang berteraskan penggunaan Augmented Reality telah berjaya dilangsungkan. 

Ternyata, Augmented Reality bukan sahaja menarik minat anak muda, malah para juri turut 'tertawan' dengan magis yang ada pada sekeping kad AR! Aktiviti pembelajaran yang sepatutnya dilangsungkan terus menerus selama 15 minit akhirnya terputus di tengah jalan apabila para juri mula bertanya soalan kepada para pelajar tentang AR. Akhirnya, masa berlalu begitu pantas. Segmen kedua pembelajaran tidak dapat diteruskan :D

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih buat semua pelajar saya yang sudi bersama-sama menjayakan agenda universiti ini. You are awesome!! Apapun hasil dan keputusannya, kita tunggu Julai nanti, yang penting kita telah memberikan yang terbaik untuk UKM :) 

​
Picture
Picture
Picture
Picture
0 Comments

Computational Thinking & Computer Science Education

11/17/2017

0 Comments

 
Picture
Picture
Sepagi di Cyberjaya berbicara tentang isu Computational Thnking & Science Computer Education bersama pihak MDEC dan wakil-wakil beberapa universiti tanahair. Kemahiran yang menjadi 'rebutan' seiring perkembangan teknologi apatah lagi dengan wujudnya gelombang 4IR sudah pastinya setiap yang terlibat harus memikirkan ramuan mujarab untuk merealisasikan segala polisi dan target dalam dunia pendidikan khususnya yang berpaksikan aspirasi kebangsaan. 

Kami di sana membincangkan potensi untuk mewujudkan Hub CPD untuk pada guru dalam radius setempat sebagai satu model alternatif seiring dengan kegawatan ekonomi yang melihat peruntukan kewangan yang semakin mengecil - sedangkan keperluan untuk menguasai setia kemahiran ini dalam kalangan para guru amatlah mendesak. 

Saya berkesempatan juga menjenguk bilik Digital Maker Hub tadi ditemani en Johan dan Dr Tan kenalan baharu saya dari UMK. Menarik dan penuh inspirasi. 


Oh oh .. anak bujang saya si Irfan yang berumur 9 tahun akan memasuki pertandingan robotics kebangsaan pada Ahad ini. Melihat Digital Maker Hub di situ membuat saya terfikir - apakah masa hadapan anak-anak sekarang apabila mereka graduat kelak? 
Picture
0 Comments

Anugerah Akademik Negara 2017

11/9/2017

0 Comments

 
Picture
Alhamdulillah meskipun dijemput bukan atas kapasiti pemenang (hahaha .. memang tidak pernah bermimpipun untuk mengisi borang pencalonan!) namun aura dan bahangnya tetap dirasakan. 

Bertempat di Hotel Mariott Putrajaya, acara gilang gemilang ini sememangnya memberi impak tersendiri kepada hadirin, apatah lagi buat pememang-pemenang yang merupakan tokoh yang tidak asing lagi dalam akademia! Sekalung tahniah diucapkan buat semua khususnya buat idola saya PM Dr Azidah Abu Ziden dari USM yang turut merangkul gelaran AAN bagi kategori Pengajaran. ​ 
Picture

Saya mengenali beliau beberapa tahun yang lalu apabila kami sama-sama menghadiri module e-Learning di AKEPT. Meskipun perkenalan kami begitu singkat, namun saya sentiasa mengingati Dr Azidah sebagai seorang yang berdedikasi serta satu contoh yang perlu dijadikan role model. I am so proud of you !! Yeayy!! 

Bersama-sama saya pada malam itu juga adalah para pelajar yang terlibat dalam showcase e-portfolio mereka kepada YBhg Dato Seri Idris ketika pelancanra e-portfolio pada 26 Oktober di UPM baru-baru ini. Terima kasih semua! 
Picture
Tidak terkecuali, di majlis ini berkesempatan juga bertemu rakan akademia yang jarang-jarang sekali dapat bersua! Terima kasih atas kenangan indah! 
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
0 Comments

Keserakanan

11/2/2017

0 Comments

 
Keserakanan atau collegiality merupakan salah satu elemen penting dalam kelestarian sesebuah organisasi di mana ia menghubungkan aspek inter-personal ahli-ahli sehingga akhirnya membawa kepada pencapaian dan penghasilan produktiviti yang mampan secara secara kolektif. 

Konsep Communitiy of Practice sendiri banyak menekankan aspek pembelajaran dan pembangunan seseorang secara profesional melalui interaksi, perkongsian serta menuntut daripada ahli yang lebih pakar. Inilah yang dikatakan sebagai Legitimate Peripheral Participation karangan Lave & Wenger (1998). Kedudukan seseorang dalam sesebuah komuniti adalah bersifat dinamis dan sentiasa berubah. Bermula dengan peripheral participation, individu akan bergerak menuju ke titik hardcore/active members setelah melalaui proses pembelajaran daripada mereka yang lebih pakar melalui proses - observasi, soal jawab sehinggalah pelaksanaan tugas-tugas dari yang asas kepada yang lebih kompleks. 

Saya melihat diri saya begitu. Masih hijau dalam akademia. maka pertunjuk dan nasihat daripada pakar tentunya maajun mujarab dalam memperkasa profesionalisme diri. Setinggi-tinggi penghargaan buat Prof Dr Kamisah yang telah menjemput saya turut serta dalam projek Buku Perancangan Strategik KPT 2017-2018 bersama-sama tiga lagi pakar yang saya segani - Prof Dr Lilia, Prof Dr Saemah dan Prof Dr Ruhizan. 

Mudah-mudahan pengalaman ini memberi makna yang membekas. ​
Picture
0 Comments

H-Inovasi 2017

10/20/2017

0 Comments

 
Saya menerima tugas sebagai Pengerusi Hari Inovasi dengan perasaan bercampur-baur: gerun dan tidak pasti. Hari Inovasi merupakan tradisi tahunan Fakulti kami yang telah empat tahun dijayakan di peringkat dalaman. Namun Hari inovasi 2017 membawa kelainan di mana penyertaan dibuka kepada peserta-peserta dari luar FPend. Rasionalnya adalah untuk membuka persaingan yang lebih meluas di samping melebarkan sayap jaringan serta silaturahim sesama ahli akademik. Selain itu, harapan kami adlaah untuk meluaskan horizon pemikiran  tentang bagaimana sesuatu idea inovatif dapat diterjemahkan. 

Menarik juga pada kali ini kerana julung-julung kalinya kami memperkenalkan Kategori Prasiswazah. Idea ini saya perolehi ketika dijemput mengadili pertandingan inovasi di IPG Teknik di Bandar Enstek. Lalu saya berfikir 'why not?'. Meskipun pada awalnya ada segelintir yang ragu tentang jumlah penyertaan untuk kategori ini, kami tetap dengan pendirian. ALhamdulillah 33 penyertaan datang daripada pelbagai institusi. Namun saya ingin merakamkan tahniah kepada IPG kerana mendominasi penyertaan khusus IPG Sultan Mizan Besut yang menghantar sekitar 12 penyertaan! 

Persediaan awal H-Inovasi memakan masa sekitar 5 bulan lebih. Memang terlalu banyak rencah rasa di sepanjang proses itu. Namun saya bersyukur kepada Allah kerana barisan jawatankuasa yang dilantik begitu komited dalam menjalankan tugas masing-masing sehingga ke akhirnya. Tiada kata yang mampu saya ucapkan melainkan doa bertemali agar mereka dikurniai rahmat dan redha Allah .. mudah2an sahaja segala urusan mereka yang secara tekun membantu akan dibalas dengna seribu kebaikan jua! Terima kasih sahabat-sahabatku semua! 

Menjelang beberapa hari terakhir tentunya tidur malam saya asyik terganggu. Otak ligat memikirkan satu-persatu - apa lagi yang belum selesai? Apa lagi yang perlu diuruskan? Banyak jenis kebimbangan melanda! 

Hari tetap berlalu dan tarikh 11 Oktober tiba jua. Bismillah ...! Bermula  dengan majlis perasmian oleh YBhg Prof. Dato' Ir. Dr. Mohd. Marzuki bin Mustafa, Pro Naib Canselor (Strategi dan Pembangunan Korporat UKM) sehinggalah kepada penjurian, bengkel selari dan seterusnya perasmian penutup, hati tidak berhenti-henti berdoa. 

ALhamdulillah thumalhamdulillah .. setinggi-tinggi syukur kerana selesai juga H-Inovasi 2017. Meskipun dalam kesederhanaan dan penuh kekurangan, saya pasti ada sesuatu yang manis untuk dikenang oleh semua. 

​

0 Comments

Musim Menjawab Soalan

1/3/2017

0 Comments

 
Picture
Apakah makna peperiksaan bagi anda? Adakah peperiksaan bermaksud memuntahkan semula apa yang diingat dalam bentuk penulisan pada kertas berkajang-kajang? Sejauh mana peperiksaan menduga aspek kefahaman dan kemahiran pemikiran beraras tinggi? 
Banyak sekali perkara yang hendak dikupas apabila berdebat soal ini. 

Ala kulli hal .. di UKM, peperiksaan bertulis masih lagi menjadi sebahagian daripada syarat seseorang pelajar melepasi kursus yang diambil. Demam peperiksaan sudah mula melanda kampus semenjak minggu-minggu nan sudah. 

Saya mengambil kesempatan ini untuk megnucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua pelajar yang mengenali diri ini dengan doa yang diiringi semoga anda semua berjaya dngan cemerlang inshaAllah .. :)
0 Comments

Konvokesyen UKM 2016

11/9/2016

0 Comments

 
Picture
Saban tahun, acara ini seringkali menggamit rasa. Mungkin begitu perasaannya apabila menjadi seorang guru. Gembira bukan kepalang melihat kejayaan para pelajar apatah lagi dalam majlis konvokesyen yang istimewa sebegitu rupa. Saya pasti majlis ini menjadi satu kenangan hebat buat setiap pelajar. Manakan tidak, para ibu bapa serta keluarga terdekat, dan tidak terkecuali sahabat handai sanggup meluangkan masa dan datangnya dari segenap pelosok negara hanya untuk meraikan majlis graduasi. 

Meskipun telah saya ucapkan di Facebook, namun ingin saya ulangi sekali lagi ucapan TAHNIAH dan MABRUUK buat semua pelajar saya - pra mahu pun pasca siswazah. Anda sememangnya layak diraikan sedemikian rupa! Tidak sampai 48 jam .. kegembiraan masih masih bersisa pastinya!

Tamat pengajian bukanlah bermakna pengakhiran bagi anda .. namun percayalah ini sebenarnya satu permulaan. Sudah pasti semua yang telah bergraduasi sedang menunggu saat untuk terjun ke bidang pekerjaan atau mungkin mula membina pelamin angan .. hal itu adalah lumrah kerana kitaran hidup secara umumnya begitu. 

Ramai juga yang saya perhatikan sudah melalui proses temuduga untuk penempatan. Mudah-mudahan sahaja anda dihantar bertugas dengan segera. Mudah-mudahan sahaja lokasinya sesuai dengan jiwa dan semangat guru baru. Sebarang dugaan dan cabaran harus dijangka. Tiada yang mudah dalam hidup! 

Namun saya ingin menitip sedikit pesanan kecil buat semua serta peringatan buat diri sendiri. Apabila anda semua telah mempunyai segalanya - kerjaya, keluarga, kemewahan dan harta benda .. barang jangan dilupa kepada kedua orang tua kita .. 'wajib' bagi kita menghulur kepada mereka setiap bulan daripada duit gaji hasil titik peluh kita walaupun sedikit. Orang tua tidak pernah meminta .. tetapi percayalah .. walau sedikit cuma yang dihulurkan, ia umpama mutiara yang berharga yang akan dikenang-kenang! Sejujurnya, perasaan bahagia kerana memberi mampu mengatasi segalanya!
0 Comments

Hari Inovasi 2016

10/19/2016

2 Comments

 
12 Oktober 2016.
Telah beberapa hari berlalu namun baru saya temukan sedikit waktu untuk menulis tentangnya di sini. Seperti tahun-tahun sebelumnya, kali ini merupakan kali ke-4 Fakutli Pendidikan menjayakan Hari Inovasi sebagai acara tahunan. Namun majlis pada tahun ini agak istimewa kerana diadakan di lokasi luar fakulti - DTAMS .. err seberang jalan sahaja sebenarnya :) 

Selain pertandingan poster penyelidikan dan e-Inovasi, pengisian baharu pada tahun ini adalah Bicara Inovasi yang menampilkan 10 pakar fakulti yang berbicara tentang topik pelbagai. 

Alhamdulillah dengan masa yang terkejar-kejar saya sempat menghantar dua poster serta satu video multimedia. 
Picture
Picture
Tiga pelajar masters saya turut sama mengambil bahagian dengan menghantar poster masing-masing .. good job Ila, Fiqah dan Syaida! I am so proud of you! Alhamdulillah atas pulangan yang saya pasti datangnya daripada-Nya jua .. 
2 Comments

Massive Open Online Courses

9/29/2016

0 Comments

 
Picture
Alhamdulillah ala kulli hal .. meski hidup berantakan mengejar hari dan tugasan, semua yang dirancang berhasil dilangsaikan meski masih ada cacat cela yang harus diperbaiki dari masa ke semasa. Namun, tanpa langkah kecil dan usaha awal, setiap impian tidak akan dapat direalisasikan. Alhamdulilah, setinggi-tinggi syukur dirafa'kan buat-Nya kerana memberi ruang dan kekuatan untuk sama-sama menyelesaikan impian pihak fakulti khususnya dan UKm amnya untuk melihat lebih banyak kursus ditawarkan dalam bentuk Massive Open Online Courses (MOOCs). 

Bermula sekitar May tahun ini, saya dipertanggungjawabkan mengepalai gerakerja penghasilan kursus MOOC dalam kalangan pensyarah di fakulti yang dilancarkan di bawah Jawatankuasa Global Online Learning  atau PENDETA FPend di mana saya bertindak sebagai pengerusi. Melalui gerakerja ini, perancangan telah dibuat bersama beberapa rakan pensyarah lain yang turut sama menjadi orang kuat memberi sokongan teknikal kepada semua pensyarah terlibat. Beberapa siri bengkel dijalankan secara berkala, meskipun kehadiran tidak semuanya penuh kerana komitmen pensyarah yang pelbagai di sana-sini. 

Picture
Semalam adalah hari yang dinanti. Semalam merupakan hari di mana Majlis Menandatangani MOA antara UKM dan Open Learning Malaysia telah dijalankan di Bilik Senat Universiti. Serentak dengan itu juga, berlangsung acara penyampaian sijil kepada semua pembangun MOOC serta hadiah kepada tujuh kursus MOOC terbaik. Tempat Pertama, Kedua dan Ketiga, serta empat Saguhati. Masing-masing membawa pulang sijil serta wang tunai mengikut kadar tersendiri. 

Sekalung tahniah diucapkan kepada kursus2 yang berjaya mendapat tempat pertama,kedua dan ketiga serta pemenang saguhati. Kursus Inovasi dan Teknologi dalam P&P hasil air tangan saya serta rakan-rakan: En Md Yusoff Daud, Mejar mohd Jasmy Abd Rahman dan Cik Mazalah terpilih antara salah satu penerima hadiah Saguhati .. alhamdulillah atas pengiktirafan ini :) ​

Sokongan daripada pihak kedekanan serta dokongan daripada pihak PPTP pastinya juga tidak dilupakan .. semoga Allah memberi lebih nikmat dan kebahagiaan buat semua .. ameen ya rab! 
Picture
Picture
Picture
0 Comments
<<Previous
    Picture
    free web counter no ads
    Welcome to my website. See you again! :)

    RSS Feed

    Archives

    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    February 2019
    January 2019
    October 2018
    September 2018
    August 2018
    July 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    July 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    July 2015
    June 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014


    Blogs that I follow:

    Edutopia
    Center for Teaching 
    Educators Technology
    Jendela Kamila
    Tinta Seorang Wanita 
    PhD Blog 
    Patter
    The Thesis Whisperer
    James Hayton
    ​
    e-Learning Acupunture 
    Mendeley Blog
    Let's View my Blog 
    Google Drive Blog 
    SuperWebsiteBuilder
    ​
    e-learning learning
    Brain Rules 
    Peter Pappas 
    Classroom 2.0 
    ​Scoop.it

    Categories

    All
    4IR
    Academia
    Aidil Fitri
    AKRI
    Announcement
    APRS
    Audit
    Augmented Reality
    Award
    Bandung
    Cabaran Perdana
    Campuslife
    Campus Life
    Choices
    Coklat
    Computational Thnking
    Conference
    Convocation
    Cyber Crime
    Determination
    Educator 4.0
    E Learning Training
    E-learning Training
    Expert Evaluation
    Friendship
    Geran Industri
    Google Scholar
    Guru
    H-Inovasi
    Hong Kong
    Immersive Learning
    Infographic
    Innovation
    Interpretive Structural Model
    Interpretive Structural Modelling
    IOER
    Japan
    Life
    Lifo Long Learning
    Love
    Memory
    Missing In Life
    MOOC
    Nominal Group Technique
    Oath
    Open Distance Learning
    Palestine
    Piety
    Pitching
    Praktkum
    Pray
    Project
    Publication
    Pusat Internet
    Qualitative Data
    Ramadhan
    Research
    Role
    Self Reminder
    Self-reminder
    Seminar
    Simposium
    SoTL
    Success Recipe
    Supervisee
    Symposium
    Teaching Practicum
    Thank You
    Time Is Hindering
    True Friend
    UKM
    UNESCO
    Universal Design
    Wedding