Catatan tertangguh.
Syukur alhamdulillah perancangan untuk melaksanakan Sijil Profesional Pendidik Abad ke-21 (21st Century Educators) akhirnya berjaya direalisasikan. Apakah beza antara Sijil Profesional dengan kursus pendek biasa? Untuk makluman semua, Sijil Profesional merupakan program pendidikan bukan formal (non- formal education) berbentuk pembangunan pengetahuan dan kemahiran setaraf dengan Tahap 4-7 Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) yang ditawarkan untuk memberikan nilai tambah kepada pengetahuan dan kemahiran ikhtisas dan profesional individu untuk melaksanakan tugas tertentu. Dengan erti kata lain, mereka yang mengikuti Sijil Profesional dijangka akan dapat mempertingkat kemahiran yang khusus dalam bidang pekerjaan yang berkaitan. Kumpulan pertama yang mengikuti Sijil Profesional Pendidik Abad ke-21 ini adalah dalam kalangan pensyarah di bawah institusi MARA. Pelaksanaan SP ini telah dijalankan secara hibrid di mana kami bertemu secara bersemuka selama tiga hari dan seterusnya para peserta akan melalui proses pembelajaran kendiri di LMS yang telah disediakan. Sebagai tugasan yang melayakkan mereka dianugerahi Sijil Profesional Pendidik Abad ke-21, para peserta dikehendaki mendemonstrasikan kemahiran mereka dalam merancang, melaksana serta menilai semula keseluruhan proses yang telah di ambil.
0 Comments
Adat bersilaturahim, ziarah menziarahi.
Alhamdulillah, kami menerima kunjungan daripada Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA yang sudi menjejakkan kaki ke UKM untuk perbincangan lanjut tentang penawaran Sijil Profesional untuk tenaga pengajar institusi di bawah MARA. InshaAllah, langkah selanjutnya akan dilaksanakan sebaiknya. Terima kasih Puan Yusnita - Timbalan Pengarah II Pengajian BKT dan YM Pn Raja Marini - Penolong Pengarah Pengajian BKT yang telah sudi mampir ke kampus Bangi. Harap tidak serik untuk berkunjung kemari :) |
Archives
February 2023
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |