Alhamdulillah, bersempena dengan MEA 2018, UKM telah terpilih sebagai finalis. Justeru, beberapa PTJ diamanahkan untuk membentangkan serta membuktikan kepada juri akan kemampuan UKM dalam memenuhi kriteria MEA pada 18 April yang lepas. Fakulti Pendidikan pula diamanahkan untuk memperlihatkan pembelajaran yang menggunapakai acuan 4th industrial revolution serta mendokong penggunaan teknologi terkini dalam memacu minat dan seterusnya menggandakan hasil pembelajaran pelajar. Pihak kedekanan meminta saya mengendalikan satu sesi P&P yang menonjolkan ciri-ciri tersebut. Alhamdulillah, berkat kerjasama para pelajar yang sudi meluangkan masa seharian di Hub Inovasi Pelajar, aktiviti pembelajaran yang berteraskan penggunaan Augmented Reality telah berjaya dilangsungkan. Ternyata, Augmented Reality bukan sahaja menarik minat anak muda, malah para juri turut 'tertawan' dengan magis yang ada pada sekeping kad AR! Aktiviti pembelajaran yang sepatutnya dilangsungkan terus menerus selama 15 minit akhirnya terputus di tengah jalan apabila para juri mula bertanya soalan kepada para pelajar tentang AR. Akhirnya, masa berlalu begitu pantas. Segmen kedua pembelajaran tidak dapat diteruskan :D Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih buat semua pelajar saya yang sudi bersama-sama menjayakan agenda universiti ini. You are awesome!! Apapun hasil dan keputusannya, kita tunggu Julai nanti, yang penting kita telah memberikan yang terbaik untuk UKM :)
0 Comments
Para penerima Geran FRGS Fasa 1 2017 dikehendaki memilih satu daripada tujuh Cabaran Perdana yang berkaitan dengan bidang penyelidikan yang berkaitan. Sudah beberapa kali juga saya mendengar Cabaran Perdana tetapi kesemuanya seperti masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Lalu untuk rujukan bersama, saya bina satu infografik yang memuatkan tujuh cabaran tersebut. Mungkin bagi pensyarah-pensyarah muda yang bakal menghadiri temuduga pelantikan, perkara ini perlu dijadikan 'bekalan'. Zaman saya dahulu, enam KRA UKM perlu dihafal dan dibahaskan :) |
Archives
March 2021
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |