Fariza Khalid
  • Home
    • Guestbook
  • Teaching
    • GP6193 Asas Teknologi Pendidikan
    • GB6022 Academic Writing 2
    • GE1153 Computer in Education
    • GE2153 Educational Technology
    • GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning
    • GE3403 Photography
    • GB6013 Research Methods
    • GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
    • GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan
    • Supervision
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks

Amanat  dan azam 2018

1/12/2018

2 Comments

 
Picture
Tahun baharu, azam baharu, visi baharu dan semangat yang baharu! 
Maka 2018 disambut dengan rasa pelbagai, azam berwarna-warni. 

Selari dengan kedatangan tahun baharu ini juga, Dato' Seri Idris Jusoh, Menteri KPT turut mengambil peluang untuk bersama-sama mengongsikan amanat beliau kepada semua warga kerja KPT agar setiap visi dan misi dapat dicapai seoptimanya. 

Saya menerima jemputan rasmi daripada JPT untuk menghadiri majlis yang penting lagi signifikan ini sebagai satu penghormatan terhadap diri saya selaku seorang penjawat awam di bawah naungan KPT. Soaring Upwards!

Bertempat di PICC, majlis tersebut dihadiri oleh ramai sekali tetamu. Dewan penuh dari bawah hingga ke atas! Selama hampir 2 jam dengan asyiknya mendengar celoteh beliau, yang jelas, bersahaja tetapi pernuh inspirasi. Sesekali mengangkat telefon bimbit untuk merakam momen penting khususnya paparan slide yang dirasakan perlu untuk rujukan semula. Seperti dijangka, isu 4IR merupakan intipati penting dalam amanat Dato's Seri. 

Saya turut mengambil kesempatan untuk berkumpul bersama tiga wanita hebat dari tiga institusi berbeza: PM Dr Azidah (USM), PM Dr Wan Zuhainis (UPM) dan Dr Rosemaliza (UIA). Alhamdulillah, silaturahim yang terjalin beberapa tahun sebelum ini akhirnya melahirkan satu kesepakatan untuk sama-sama menjayakan satu projek merentas institusi.  
Picture
Beberapa minggu nan sudah, kami sempat ber Zoom.us untuk perbincangan lanjut tentang projek bersama ini.

Apabila dikelilingi tokoh-tokoh hebat ini, aura positifnya memang terasa. Benarlah hikmahnya pesan Rasulullah agar kita berdampingan dengan mereka yang baik dan positif kerana tempiasnya pasti ada! 

​Dr Azi, Dr Wan, Dr Rose - terima kasih atas persahabatan ini :) 
Picture
Picture
2 Comments

Kembara

1/5/2018

1 Comment

 
Picture
Kembara itu satu perjalanan kata mereka. Bermula daripada satu titik ke satu titik perhentian yang lain mungkin bermula dan berakhir di dua destinasi yang berbeza. 

Hidup kita juga sebuah kembara sebelum kembali ke negeri abadi. 

Tugas di fakulti banyak menyaksikan kembara para pelajar saya yang pelbagai rencam dan warna. Daripada pelajar prasiswazah sehinggalah kepada pelajar doktof falsafah. Namun mungkin kerana saya punya satu keasyikan apabila bercakap tentang penyelidikan, menjadikan penyeliaan bersama pelajar sarjana dan PhD seringkali menjadi 'hiburan' dan 'makanan' minda. Bukan mudah mendaki sebuah gunung jika tiada kemahiran serta maklumat asas. Malah, kekuatan minda dan fizikal tidak terkecuali. Dan yang paling utama, resilience and determination are among the utmost important elements towards a success! 

Salah seorang pelajar PhD saya - Hairul, mempunyai cadangan penyelidikan yang agak unik kerana beliau ingin mengkaji ciri-ciri penghayatan nilai dalam pembelajaran subjek moral serta melibatkan penyelidikan kajian tindakan dengan menggabungjalinkan elemen teknologi dalam proses keseluruhan aktiviti tersebut. 

Semalam, beliau datang menyerahkan bab 1-3 kepada saya. Kami sempat berbual ringkas di bilik tentang pelbagai cerita. Apapun, teruskan momentum ini, mudah-mudahan dalam masa terdekat, bisa sahaja membuat pembentangan usulan dengan jayanya inshaAllah. 

Terima kasih atas titipan yang indah dan tahniah di atas penerbitan cerpen sebuah kembara! 
Picture
1 Comment

It's thought that counts!

1/5/2018

0 Comments

 
Picture
Duh, tidak terasa masa yang berlalu. Kiranya masih terngiang-ngiang bagaimana saya meluangkan masa bersama Syamimi untuk latihan praktikum serta penyelidikan ilmiahnya. 

Seorang pelajar yang tekun sekali dalam setiap aspek tugasan yang diberi. Malah berkaliber serta mempunyai 'roh' sebagai seorang guru yang tidak dapat disangkal lagi. 

Pertama kali saya melihat beliau mengajar di hadapan kelas, rasa kagum menguasai diri. Kepetahan berbicara, kebijaksanaan mengawal kelas serta kemampuan untuk membidik rasa bosan pelajar ternyata menjadi penawar mujarab sehingga setiap kali Teacher Mimi (panggilan  oleh pelajar-pelajarnya) melangkah masuk ke kelas, seakan menjadi satu saat yang ditunggu-tunggu. 

Syabas sekali lagi Mimi, kerana bukan sahaja berjaya mendaki pentas konvokesyen baru-baru ini, malah kerana berjaya merangkul gred A untuk praktikum mengajar - satu pencapaian yang harus dibanggakan, sesungguhnya. 

Mimi datang menjenguk saya di pejabat tengahari tadi untuk menghantar hardbound tesis beliau tentang TPACK. Sungguh manis sekali apabila dia sekaligus membawa pasta enak dari dapur hasil air tangannya sendiri untuk saya. Rasanya enak sekali - ternyata gadis ini bukan sahaja bijak sebagai seorang guru, malah sempurna pula di dapur :) 

Saya lalu mengajaknya mengisi perut kosong dengan beriyani gam sambil berbual panjang tentang kerjaya dan hidup. Semoga bicara tidak formal tadi memberi ilham dan suluh terang buat Mimi dalam mengharungi profesion keguruan. 

Kalian, 
Seorang pendidik bukanlah mahu disanjung dipuja. Namun sedikit ingatan ikhlas daripada bekas pelajar adalah satu hadiah yang paling bermakna! Di kala kalian telah berjaya merangkul segulung ijazah, tidak kira ijazah pertama, kedua atau ketiga, kenangilah mereka yang selama ini mendokong proses jatuh bangunmu. Janganlah menjadi menusia yang lupa diri serta tidak mahu mengenang susah payah sebelum kamu berjaya. It doesn't take you thousand dollars to be nice and grateful! Hanya sekeping hati dan sebuah ingatan, itu lebih daripada memadai. 

Seorang sahabat pensyarah di fakulti pernah menyebut kepada saya - ada dalam kalangan pelajarnya yang telah tamat belajar berubah seratus peratus seolah-olah dirinya tiada nilai dan bakti setitikpun. Sesekali dia menghubungi bekas pelajar-pelajarnya, tiada yang mahu membalas mesej atau panggilan. 

Ujar saya, usah dikenang usah dipinta kebaikan orang. 
Hidup ini umpama roda. Namun jeritnya - 'aku terasa!' lalu segera saya menarik tangannya mencari secangkir teh buat ubat penenang jiwa ^_^
Picture
0 Comments
    Picture
    free web counter no ads
    Welcome to my website. See you again! :)

    RSS Feed

    Archives

    February 2023
    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    February 2019
    January 2019
    October 2018
    September 2018
    August 2018
    July 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    July 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    July 2015
    June 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014


    Realtime Website Traffic

    Categories

    All
    4IR
    Academia
    Aidil Fitri
    AKRI
    Announcement
    Anugerah Bitara UKM
    Apel.Q
    APRS
    Assessment
    Audit
    Augmented Reality
    Award
    Bandung
    Bengkel
    Brunei
    BSTP
    Cabaran Perdana
    Campuslife
    Campus Life
    Center For Education Extension
    Choices
    Coklat
    Computational Thnking
    Conference
    Convocation
    Cyber Crime
    Determination
    Educator 4.0
    Edutourism
    E Learning Training
    E-learning Training
    Expert Evaluation
    FPend
    Friendship
    Geran Industri
    Google Scholar
    Guru
    H-Inovasi
    Hong Kong
    Immersive Learning
    Infographic
    Innovation
    Interpretive Structural Model
    Interpretive Structural Modelling
    IOER
    Japan
    Life
    Life Long Learning
    Lifo Long Learning
    Love
    MARA
    Memory
    Micro-credential
    Missing In Life
    MOOC
    Nominal Group Technique
    Oath
    ODL
    ODL UKM
    Open & Distance Learning
    Open Distance Learning
    Palestine
    PhD
    Piety
    Pitching
    PKP
    Praktikum
    Praktkum
    Pray
    Project
    Provisional Accreditation
    PTPTN
    Publication
    Pusat Internet
    Pusat Kembangan Pendidikan
    Qualitative Data
    Ramadhan
    Research
    Research Grant
    Robing
    Role
    Self Reminder
    Self-reminder
    Seminar
    Sijil Profesional
    Simposium
    SoTL
    Success Recipe
    Supervisee
    Symposium
    Talk
    Teaching Practicum
    Thank You
    Time Is Hindering
    True Friend
    UKM
    UKMShape
    UNESCO
    Universal Design
    Viva
    Wedding