Fariza Khalid
  • Home
    • Guestbook
  • Teaching
    • GE2153 Educational Technology
    • GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning
    • GE3403 Photography
    • GB6013 RESEARCH METHODS
    • GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
    • GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan
    • Supervision
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks

Massive Open Online Courses

9/29/2016

0 Comments

 
Picture
Alhamdulillah ala kulli hal .. meski hidup berantakan mengejar hari dan tugasan, semua yang dirancang berhasil dilangsaikan meski masih ada cacat cela yang harus diperbaiki dari masa ke semasa. Namun, tanpa langkah kecil dan usaha awal, setiap impian tidak akan dapat direalisasikan. Alhamdulilah, setinggi-tinggi syukur dirafa'kan buat-Nya kerana memberi ruang dan kekuatan untuk sama-sama menyelesaikan impian pihak fakulti khususnya dan UKm amnya untuk melihat lebih banyak kursus ditawarkan dalam bentuk Massive Open Online Courses (MOOCs). 

Bermula sekitar May tahun ini, saya dipertanggungjawabkan mengepalai gerakerja penghasilan kursus MOOC dalam kalangan pensyarah di fakulti yang dilancarkan di bawah Jawatankuasa Global Online Learning  atau PENDETA FPend di mana saya bertindak sebagai pengerusi. Melalui gerakerja ini, perancangan telah dibuat bersama beberapa rakan pensyarah lain yang turut sama menjadi orang kuat memberi sokongan teknikal kepada semua pensyarah terlibat. Beberapa siri bengkel dijalankan secara berkala, meskipun kehadiran tidak semuanya penuh kerana komitmen pensyarah yang pelbagai di sana-sini. 

Picture
Semalam adalah hari yang dinanti. Semalam merupakan hari di mana Majlis Menandatangani MOA antara UKM dan Open Learning Malaysia telah dijalankan di Bilik Senat Universiti. Serentak dengan itu juga, berlangsung acara penyampaian sijil kepada semua pembangun MOOC serta hadiah kepada tujuh kursus MOOC terbaik. Tempat Pertama, Kedua dan Ketiga, serta empat Saguhati. Masing-masing membawa pulang sijil serta wang tunai mengikut kadar tersendiri. 

Sekalung tahniah diucapkan kepada kursus2 yang berjaya mendapat tempat pertama,kedua dan ketiga serta pemenang saguhati. Kursus Inovasi dan Teknologi dalam P&P hasil air tangan saya serta rakan-rakan: En Md Yusoff Daud, Mejar mohd Jasmy Abd Rahman dan Cik Mazalah terpilih antara salah satu penerima hadiah Saguhati .. alhamdulillah atas pengiktirafan ini :) ​

Sokongan daripada pihak kedekanan serta dokongan daripada pihak PPTP pastinya juga tidak dilupakan .. semoga Allah memberi lebih nikmat dan kebahagiaan buat semua .. ameen ya rab! 
Picture
Picture
Picture
0 Comments

IUCEL 2016

9/26/2016

0 Comments

 
International University Carnival on e-Learning 2016 akhirnya berlalu jua. Tahun ini, saya menghantar satu penyertaan bersama dua pelajar Sarjana - Syaida dan Afiqah tentang Hybrid CoP untuk Penyeliaan Berkesan. Satu lagi penyertaan saya adalah bersama PM Dr Rosseni Din tentang Edutechnovation Day yang berkisar tentang perjalanan kursus Teknologi Pendidikan yang kami sama-sama pimpin pada semester yang lepas. 

Seperti juga tahun sebelumnya, saya turut bertugas sebagai juri pertandingan IIDEL. Alhamdulillah, persembahan oleh setiap peserta sememangnya menarik dan memberi nafas baharu dalam inovasi P&P. Namun demikian, secara umumnya, masih ada beberapa perkara yang boleh ditambahbaik dalam persembahan kepada juri. Misalnya, penerangan yang terus kepada info utama tanpa meleret-leret seperti menyampaikan sorotan literatur (perkara ini banyak terjadi dalam kalangan peserta yang terdiri daripada pelajar Sarjana dan Phd). Selain itu, kurang keyakinan dalam memberi jawapan kepada soalan-soalan menduga yang diutarakan. Kebanyakan peserta yang saya nilai juga tidak dapat membuktikan bagaimana hasil inovasi mereka dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam P&P. Hal ini terjadi kerana mereka banyak terikut-ikut dengan struktur penulisan dalam penyelidikan mungkin - walhal dalam pertandingan inovasi, yang penting adalah para peserta perlu menonjolkan kelebihan inovasi/intervensi mereka yang dapat 'mengubah' masalah atau kekurangan semasa agar menjadi lebih baik. 

Saya sendiri dinilai oleh dua juri masing-masing daripada UniMAP dan Taylor's University. Alhamdulillah, akhirnya pingat emas menjadi milik kami. Syukurlah di atas segala nikmat dan redhaNya :) 
Picture
Picture
Picture


Di IUCEL ini juga saya mengambil peluang mencari sahabat-sahabat lama. Seperti sudah diduga saya past bertemu lagi dengan Dr Lee kenalan saya dari UMS, Zac - orang kuat IUCEL dan juga penerima Anugerah e-Pembelajaran (tahniah Zac!) serta Dr Wan dari UPM yang turut menggondol Anugerah e-Pembelajaran bagi kategori bahan Kreatif (tahniah!). Tanpa dirancang saya turut bertemu dengan Dr Dij, sahabat yang pernah saya kenali di Nottingham. Agak panjang kami berbicara tentang pelbagai perkara. Saya turut mengambil kesempatan bertemu dengan Hasnor, sahabat lama yang kini bertugas di Skudai sebagai pendidik. Sungguh manis kenangan itu! 


Picture
Picture
Picture
Kembali ke fakulti, banyak perkara yang belum langsai menanti. Seminar Siswazah pada hujung minggu pula menuntut saya menghabiskan pembacaan usulan penyelidikan salah seorang pelajar PhD. Beberapa artikel juga menunggu untuk disiapkan. Pendaftaran kelas citra Komputer dalam Pendidikan juga begitu rancak dilakukan oleh para pelajar dari luar fakulti. Duh! Masa yang tidak pernah simpati! 

Esok juga, ipar saya bakal kembali dari Baitullahil Haram. Seperti baru beberapa minggu beliau berpergian, rupanya esok sudah mahu kembali. Begitulah. Kitaran masa yang terlalu pantas untuk manusia kerdil yang punya banyak impian untuk diterjemahkan!! ​
0 Comments

Tenanglah dikau di sana . . .

9/16/2016

0 Comments

 
Jumaat nan mendung. Semenjak pagi langit menangis .. seperti tahu yang dunia akan kehilangan sebutir permata. Mesej-mesej tidak henti masuk ke group WhatsApp ahli DS memberi khabar terkini tentang keadaan kesihatan Tuan Guru kami Dato' Dr Haron Din. Berita pemergian beliau saya terima dengan seribu rasa. Tentunya hiba dan sendu sekali. K. An, sahabat dari UPM bertanya sama ada saya sudah maklum tentang berita pemergian itu. Saya membalas ringkas. Ahli-ahli yang lain mengajak agar setiap seorang menghadiahkan satu juzu' untuk disedekahkan kepada roh Tuan Guru. 

Kenangan itu tiba-tiba datang menjelma. 
Sungguh saya rindu akan musim kuliah setiap Isnin yang pernah dilalui sepanjang setahun itu bila mana kami bergelar anak murid Tuan Guru. Hari bersejarah ketika ditauliahkan tentu sahaja menjadi kenangan paling berharga di sepanjang zaman. 

Jumaat penuh barakah menjemputnya kembali kepada Azza wa Jalla.. tenanglah dikau di sana wahai guruku .. tentu sahaja engkau sedang berbahagia di sana .. menemui Pencipta Rabbul Jalil .. 

Masa kita entah bila. Bekal kita sudah pasti jauh dari mencukupi. Pemergian ini begitu memberi erti. Membekas masuk ke sanubari. Al-Faatihah ... 

​
Picture
0 Comments

Bila Pelajar Berinovasi

9/15/2016

0 Comments

 
Masa berlari seperti belati. Terasa masih baharu saya dijemput memperketakan tentang strategi Bicara Tuntas di hadapan para pelajar di IPG Teknik Nilai, tiba-tiba hari Inovasi yang ditunggu mampir sekelip mata. Duh, memang kita manusia yang senantiasa berlari mengejar masa. 

Khamis nan lepas, saya seperti lipas kudung berlarian semenjak pagi. Selesai menghantar Irfan ke sekolah, kereta terus dipandu ke IPG Teknik kerana janji untuk tiba di sana sekitar jam 8.30 pagi untuk taklimat para hakim Pertandingan Bicara Tuntas. Syukur aliran trafik tidak begitu teruk, hanya terpaksa 'mendap' 15 minit di simpang Salak Tinggi. 

Para peserta hari tersebut merupakan para pelajar dari pelbagai semester dan bidang. Sebanyak 13 kumpulan berentap untuk memburu gelaran juara. Secara jujur, saya terhibur sekali dengan persembahan, idea serta lagak gaya para pembentang. Penuh seni, kreativiti, keyakinan serta mempunyai ciri-ciri pembahas yang baik. Namun tidak dinafikan di sana sini pasti ada ruang untuk penambahbaikan. 

Namun demikian, pujian harus diberikan kepada para pelajar yang megambil bahagian kerana berjaya menghasilkan 'tangible product' hasil proses pemikiran mereka secara kreatif dan inovatif. Sesuatu yang tidak dapat saya temui di Fakulti Pendidikan - di mana kebanyakan produk bukan berbentuk 'tangible' sebaliknya lebih kepada model/konstruk dan lain-lain. Syabas sekali lagi! 

Saya kira usaha mengetengahkan pertandingan Bicara Tuntas dan dalam masa yang sama menggalakkan pemikiran inovatif perlu dilaksanakan bukan lagi di peringkat mikro tetapi perlu dikembangluaskan. Pendedahan terhadap penyelsaian masalah dan penghasilan proses kerja yang lebih efisyen tentunya akan membangkitkan pemikiran dan rasa kebertanggunjawaban para pelajar secara lebih efektif dan bermakna. Misalnya, produk Jabakus yang dihasilkan misalnya mampu membantu mempermudah pembelajaran Kimia atau I-Think Map On membanut mengurangkan beban tugas guru untuk membina peta i-Think kerana penggunaannya yang mudah dan tidak memakan masa yang panjang. 

Generasi Abad ke-21 mampu berdiri sebagai tulang belakang dalam dunia perguruan. Dengan adanya kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah secata tuntas, pastinya akan memberi nilai tambah kepada bakal guru dalam mendepani arena perguruan dengan lebih berkesan dan menyeronokkan. Sesuai dengan temanya 'Guru Inovatif Artikek Penyelidikan', pastinya pengalaman berinovasi memberi manfaat yang bukan sedikit kepada mereka. 
​



​


0 Comments
    Picture
    free web counter no ads
    Welcome to my website. See you again! :)

    RSS Feed

    Archives

    March 2021
    February 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    February 2019
    January 2019
    October 2018
    September 2018
    August 2018
    July 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    July 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    July 2015
    June 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014


    Realtime Website Traffic

    Categories

    All
    4IR
    Academia
    Aidil Fitri
    AKRI
    Announcement
    APRS
    Assessment
    Audit
    Augmented Reality
    Award
    Bandung
    Bengkel
    Cabaran Perdana
    Campuslife
    Campus Life
    Center For Education Extension
    Choices
    Coklat
    Computational Thnking
    Conference
    Convocation
    Cyber Crime
    Determination
    Educator 4.0
    E Learning Training
    E-learning Training
    Expert Evaluation
    Friendship
    Geran Industri
    Google Scholar
    Guru
    H-Inovasi
    Hong Kong
    Immersive Learning
    Infographic
    Innovation
    Interpretive Structural Model
    Interpretive Structural Modelling
    IOER
    Japan
    Life
    Lifo Long Learning
    Love
    Memory
    Missing In Life
    MOOC
    Nominal Group Technique
    Oath
    ODL
    Open Distance Learning
    Palestine
    Piety
    Pitching
    Praktkum
    Pray
    Project
    Publication
    Pusat Internet
    Qualitative Data
    Ramadhan
    Research
    Role
    Self Reminder
    Self-reminder
    Seminar
    Simposium
    SoTL
    Success Recipe
    Supervisee
    Symposium
    Teaching Practicum
    Thank You
    Time Is Hindering
    True Friend
    UKM
    UNESCO
    Universal Design
    Wedding