Otak yang penat tentunya tidak baik untuk kelangsungan hidup serta kesejahteraan emosi. Lalu di kala kaum Tionghua meraikan tahun baharu, saya dan ahli serumah mencari ruang untuk berdamai dengan alam, menyatu dengan laut dan pantai. Alhamdulillah .. the battery of life has been charged, if not fully. Cuaca agak suram di sepanjang beberapa hari di sana. Sukar mencari limpahan cahaya mentari lalu senja yang dinanti agak samar-samar memunculkan diri. Bilik untuk Family Villa yang ditempah cukup selesa dengan dua bilik di bawah satu bumbung dengan dinding yang boleh laras untuk privasi sememangnya menyenangkan. Satu bilik untuk mama & daddy, satu lagi untuk adik dan kakak. Bujangku - sebelum pulang teringin pula menjamah Maggi Cup di anjung villa :D Barangkali karena ada deru ombak yang membuai, keenakan Maggi lebih terasa!
0 Comments
Stress will become our best buddy when things are not done correctly as they should be! I feel like shouting - "Wake me up when September ends!" really.
I have three theses to evaluate - one internal and two as an external reader. I have a grant proposal to be completed by the end of this week. Three modules for ODL (done it halfway through!). Two manuscripts for development letter (editorial work) and 3 manuscripts to review as a reviewer. Publication? Just forget about it... October is approaching very soon, but I haven't had time to complete the drafts since January this year :( Ah yes - not to mention a lined up of meetings! Wonder when all these will be over!!! This feeling is soo intense. To get a 'me time,' I had to flee here - my tiny room at the faculty. Turn on the diffuser with some citrus drops, speakers on with Spanish guitar (if you wonder what I am listening to right now, try this LINK Soothing to ears, serene to minds, isn't it?). Yes, a cup of Cappuccino will help wonders too! O Allah, please grant me the strength to endure all these obligations. Jumaat nan mendung. Semenjak pagi langit menangis .. seperti tahu yang dunia akan kehilangan sebutir permata. Mesej-mesej tidak henti masuk ke group WhatsApp ahli DS memberi khabar terkini tentang keadaan kesihatan Tuan Guru kami Dato' Dr Haron Din. Berita pemergian beliau saya terima dengan seribu rasa. Tentunya hiba dan sendu sekali. K. An, sahabat dari UPM bertanya sama ada saya sudah maklum tentang berita pemergian itu. Saya membalas ringkas. Ahli-ahli yang lain mengajak agar setiap seorang menghadiahkan satu juzu' untuk disedekahkan kepada roh Tuan Guru.
Kenangan itu tiba-tiba datang menjelma. Sungguh saya rindu akan musim kuliah setiap Isnin yang pernah dilalui sepanjang setahun itu bila mana kami bergelar anak murid Tuan Guru. Hari bersejarah ketika ditauliahkan tentu sahaja menjadi kenangan paling berharga di sepanjang zaman. Jumaat penuh barakah menjemputnya kembali kepada Azza wa Jalla.. tenanglah dikau di sana wahai guruku .. tentu sahaja engkau sedang berbahagia di sana .. menemui Pencipta Rabbul Jalil .. Masa kita entah bila. Bekal kita sudah pasti jauh dari mencukupi. Pemergian ini begitu memberi erti. Membekas masuk ke sanubari. Al-Faatihah ... Sudah begitu lama saya tiada ruang untuk mengadun idea, masa dan cerita untuk coretan di sini. Justeru, masa sentiasa jua menjadi penghambat setia.
Sudah begitu lama saya pingin duduk-duduk di rumah sambil mengadun kek atau minum-minum kopi yang hangat bersama pakwe atau rakan sekerja. Sudah begitu lama saya tidak bepeluang memanjakan diri di spa meski keinginan melonjak-lonjak jua. Sederet kerja menunggu untuk diberesi dalam masa terdekat namun hati menakal mahu mencuri masa di sini :) Sudah begitu lama! |
Archives
December 2023
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |