Persahabatan kami bertaut sudah agak lama di bawah bumbung fakulti tentunya. Inilah geng jiwa lara yang sama-sama menyusur jalan berliku dalam perjalanan semasa masing-masing dalam tempoh cuti belajar untuk pengajian PhD.
Aida dan Faridah. Kami juga pernah menjadi penghuni blok bangunan Keris Mas. Acara bowling, makan siang, makan petang malah aktiviti ke panggung wayang menjadi sulaman kebahagiaan meski otak ketika itu sarat dengan tesis, tesis dan tesis. Begitulah. PhD itu perjalanan yang panjang dan sunyi namun jangan sesekali bergerak sendiri. Never walk alone, kata tokwan saya. Silaturahim itu tetap terpatri. Meski masa dan jarak membatasi. Tahu tahu salah seorang ingin pergi. Lalu pertemuan diatur secara adhoc. Banyak cerita yang tersimpan dibuka lembar demi lembar. Tidak sedar masa berputar, terasa baru setengah jam bertamu di situ. Rupanya sidah hampir 3 jam mendodoi kisah dan ceritera. Selamat berhijrah sahabatku Faridah. Semoga hijrahmu membawa ke satu dimensi yang lebih berwarna-warni. Kami mendoakan kebahagiaanmu di tempat baharu. Janji di akhir sesi. Pertemuan ini perlu diulang meski bukan selalu. Cukuplah untuk memupuk silaturahim agar tidak kering dan hancur ditelan waktu. Selamat meneruskan perjalanan. Juga buat sahabatku Aida. Best betul mendengar suara merdumu di corong radio! ^___^
2 Comments
Memang.
Kami kaki sushi. Jika mahukan makanan Jepun, dia (Dr Azlin) akan saya cari hehe.. Sayangnya gambar-gambar di restoran Jepun lain yang pernah kami jejaki tiada dalam simpanan - atau dengan erti kata lain - tiada rakamanpun! Gambar ini diambil ketika kami mengisi perut di Miyagi sambil rancak bercerita hal itu dan ini .. dan yang pasti penuh dengan pengajaran dan pembangunan profesional - bukan membawang ye :D Mungkin bukan semua orang menggemari makanan Jepun. Rata-rata yang menolak makanan Jepun seperti sushi mempunyai alasan yang tersendiri. Antara sebab utama mereka tidak menggemari sushi dan rakan-rakannya adalah kerana merasakan bahawa ianya sesuatu yang mentah dan hanyir. Oh oh .. jangan cepat melatah. Cubalah dahulu baru anda tahu enaknya makanan Jepun ini! Saya kongsikan sedikit maklumat berguna tentang khasiat sushi. Selain ia mengandungi kandungan mineral dan vitamin, sushi juga dikatakan dapat membekalkan asid omega, vitamin B, sebatian mineral dalam bentuk fosforus dan magnesium. Mana tidaknya, komponen utama dalam hidangan sushi adalah ikan misalnya tuna atau salmon. Sushi juga merupakan hidangan yang rendah kolesterol. Jadi bagi mereka yang mempunyai masalah kolesterol tinggi di dalam darah boleh mencuba sebagai alternatif hidangan. Namun jagan pula sushi diambil setiap hari. Setiap apapun, jika diambil berlebihan tentu akan membawa ketidakseimbangan pula kepada sistem tubuh badan :) Minggu yang padat.
Lepas satu, datang lagi satu. Ada suara mengatakan bahawa, apabila kita berhadapan dengan terlalu banyak pilihan, maka tanyalah akal; mana satu yang perlu didahulukan, mana satu yang perlu? Jika jawab akal - ambil semuanya! Lalu jangan lupa menjeling neraca iman. Yang mana satu? Yang mana perlu; yang mana mampu; yang mana memberi faedah dan ganjaran dari segi ilmu dan paling penting jangan sampai kau lupa kepada tugasmu sebagai hamba-Nya. Kata iman, jangan gelojoh mengaut kesemua peluang. Biar tidak banyak, namun padat manfaat. Biar sedikit, tetapi bererti. Allah .. Allah .. |
Archives
March 2025
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |